Jaga Motivasi Team Anda

Jaga Motivasi Team Anda

Team sangat penting bagi sesebuah bisnes untuk berkembang. Kita tidak boleh buat bisnes seorang diri saja, jika nak menyaksikan bisnes berkembang ke tahap lebih tinggi.

Melalui team yang bermotivasi ditambah dengan energi, ilmu dan kemahiran membuatkan anda dapat mencapai apa-apa yang disasarkan.

Apatah lagi, dalam keadaan yang tidak menentu dengan pandemik ketika ini. Kes yang semakin meningkat, buatkan ramai mula risau, sama ada boleh ke untuk balik kampung bagi berjumpa mak dan ayah pada Syawal nanti.

Perkara seperti ini juga dapat memberikan impak kepada anda dan team. Justeru itu, sebagai seorang pemimpin, perlunya memainkan peranan dalam memastikan mereka merasa diberi perhatian dan bantu mereka mencapai apa yang diimpikan.

Bagaimanapun, adakalanya kita tidak perasaan kesilapan yang dilakukan menyebabkan ahli team tidak bermotivasi dan tidak lagi bersama anda.

5 perkara dapat mengekalkan motivasi team anda:

1. Gaji diberikan mengikuti nilai mereka

Gaji merupakan antara perkara utama yang dilihat team mereka. Pastikan anda tak membayar mereka dengan rendah, tidak sama dengan tanggungjawab mereka berbanding pesaing anda.

2. Sediakan tempat kerja yang sesuai

Setiap orang mahukan persekitaran kerja yang bersih dan membuatkan mereka rasa gembira. Segala peralatan juga disediakan sebaiknya agar mereka dapat menyiapkan tugasan dengan baik.

3. Peluang untuk tingkat pembangunan diri

Sediakan team anda dengan latihan-latihan agar mereka dapat mengembangkan kerjaya dan tambah nilai dalam diri ini.

4. Tetapkan matlamat jelas

Sebagai seorang pemimpin, tugas anda adalah untuk pastikan team anda dengan matlamat yang jelas. Setiap orang ketahui matlamat itu, kepentingannya dan apa tanggungjawab mereka untuk mencapainya.

5. Abaikan mesyuarat tidak produktif

Mesyuarat boleh menjadi punca pembaziran purata masa pekerja sekitar 3.8 jam dalam setiap mesyuarat tak produktif seminggu.

Pastikan ada agenda mesyuarat dan dimaklumkan lebih awal dengan menjemput hanya mereka yang diperlukan dan mulakan ikut masa ditetapkan serta menamatkannya secepat mungkin.

Artikel terbaru

Leave a Reply