Ini Sebab Mengapa Kita Perlukan Mentor Dalam Hidup

Ini Sebab Mengapa Kita Semua Perlukan Mentor Dalam Hidup

Bimbingan daripada seorang mentor mampu memberikan pengetahuan dan sokongan bagi membantu anda menjawab apa-apa persoalan termasuklah soalan paling sukar mengenai kerjaya anda.

Dalam keadaan ekonomi yang kompetitif, hubungan pementoran boleh memberi anda kelebihan yang anda tidak pernah tahu bahawa anda perlukannya selama ini.

Kepentingan mempunyai mentor sepanjang perjalanan kerjaya seseorang tidak boleh dipertikaikan. Untuk memahami kelebihan daya saing yang boleh diberikan oleh mentor, adalah penting untuk memahami peranan seorang mentor dan apa yang sebenarnya diperlukan.

Mentor adalah ‘alat’ pembangunan kerjaya yang berkuasa yang boleh membantu memajukan matlamat dan aspirasi profesional seseorang. Mentor berfungsi sebagai panduan kepada mentee mereka dan tugas mereka adalah untuk mendengar, menawarkan nasihat, galakan dan sokongan.

Pementoran tidak semestinya perlu menjadi komitmen jangka panjang. Sebenarnya, perbualan yang hanya berlaku sekali sahaja juga boleh memberi kesan positif kepada perjalanan kerjaya anda.

Komunikasi dengan mentor boleh membantu anda mengenal pasti peluang baharu, membuka minda kepada idea baharu, menasihati tentang cara mengawal tempat kerja dan menjadi komponen penting dalam perjalanan mencapai matlamat profesional anda.

Menariknya, pekerja yang menerima bimbingan mentor lebih berpeluang untuk dinaikkan pangkat berbanding mereka yang tidak menerimanya. 

Jika anda rasa masih ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat mentor, pernyataan-pernyataan di bawah ini akan memberikan lebih banyak sebab yang tepat mengapa anda perlu mewujudkan hubungan pementoran bermula hari ini!

-Seorang mentor membantu anda mencipta laluan kerjaya yang sesuai dengan minat, bakat dan minat individu anda.

– Menolong anda untuk berkembang secara profesional.

-Kemungkinan besar, mentor anda pernah berada di tempat anda sekarang… Mentor boleh berkongsi pelajaran hidup yang berharga dan mendidik anda tentang perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan. Oleh itu, anda boleh mengelakkan banyak kesilapan daripada berulang!

-Seorang mentor boleh memberi respon yang baik sewaktu keputusan sukar perlu dibuat.

-Mentor boleh membantu mengembangkan rangkaian profesional dengan menghubungkan anda kepada orang lain.

-Mentor berfungsi sebagai ‘jurulatih’ yang boleh membantu anda semasa fasa perubahan atau peralihan.

-Bertindak sebagai pembimbing, pasukan sorak dan insan yang mencabar serta mendorong anda untuk pergi lebih jauh daripada apa yang anda fikir!

-Menjadi insan yang boleh memberi inspirasi dan memastikan anda sentiasa fokus kepada matlamat.

-Mendapat pendapat kedua daripada individu yang lebih berpengalaman bukanlah perkara yang buruk!

Oleh itu, tidak syak lagi bahawa kewujudan mentor dalam hidup mampu meningkatkan keupayaan diri kita ke tahap yang lebih tinggi. Tidak perlu ego untuk meminta bantuan, rendahkanlah hati bagi menerima bimbingan kerana mereka yang angkuh sentiasa rugi.

Artikel terbaru

Leave a Reply