Ganjaran Mempengaruhi Komitmen. 10 Idea Ganjaran Kepada Pekerja Anda

Ganjaran Mempengaruhi Komitmen. 10 Idea Ganjaran Kepada Pekerja Anda

Siapa sahaja pasti suka diri dihargai dan disayangi, walau di tempat kerja.

Hasil kajian pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah bertajuk – Sejauh Manakah Pemberian Ganjaran Dapat Mempengaruhi Sesebuah Organisasi? mendapati faktor ini lebih mempengaruhi komitmen dan kualiti kerja berbanding persekitaran di tempat kerja tersebut.

Ganjaran adalah bentuk penghargaan atau faedah yang diberikan oleh organisasi kepada pekerja atas prestasi baik yang ditunjukkan.

Malah, hampir semua jenis pekerja baik swasta, awam, organisasi kecil dan besar dipengaruhi oleh penghargaan atau faedah.

Ganjaran juga merupakan suatu peneguhan (reinforcement) dan peneguhan merupakan aspek yang saling berkaitan dengan keinginan untuk memenuhi kehendak seseorang individu.

Ganjaran terbahagi kepada dua iaitu ganjaran intrinsik dan ganjaran ekstrinsik. 

Ganjaran ekstrinsik ialah berbentuk kewangan yang dibayar secara langsung kepada pekerja seperti gaji atau upah, bonus, elaun dan pampasan. 

Ganjaran intrinsik pula ialah yang bukan berbentuk kewangan iaitu seperti penghargaan, penghormatan dan sanjungan.

Tambahan pula organisasi dalam persekitaran hari ini berusaha untuk menentukan keseimbangan yang munasabah di antara komitmen pekerja dan prestasi organisasi. Faktor ganjaran mempunyai hubungan signifikan yang positif terhadap komitmen afektif

Ok, dah tahu apa itu ganjaran dan kepentingnya. Tapi tak tahu pula apa yang nak diberi kepada pekerja sebagai ganjaran.

Idea ganjaran kepada pekerja anda:

1. Kenaikan gaji

Kenaikan gaji melibatkan pelbagai keadaan seperti sah jawatan, kenaikan gaji tahunan dan naik pangkat.

2. Keuntungan bersama

Bonus boleh diberi berdasarkan tahap pencapaian individu atau kumpulan. Contohnya, pekerja berjaya mencapai target jualan lebih daripada yang telah ditetapkan oleh syarikat.

3. Bonus

Bagi kakitangan kerajaan, pengumuman ini dinantikan ketika pembentangan belanjawan. Bagi syarikat swasta pula bergantung kepada keupayaan kewangan syarikat masing-masing.

Bonus adalah sejumlah pendapatan tambahan yang diberikan perusahaan di luar upah atau gaji pokok sebagai hadiah karena telah melakukan pekerjaan dengan baik.

Biasanya, bonus diberi pada hujung atau awal tahun. Sebulan gaji, dua bulan gaji atau sebarang jumlah yang ditetapkan oleh syraikat.

4. Subsidi perjalanan

Subsidi perjalanan seperti minyak dan tol merupakan inisiatif yang boleh ditawarkan. Bagi yang menaiki kenderaan awam, boleh beri subsidi seperti elaun bulanan pengangkutan.

5. Percutian tahunan

Setelah berpenat lelah bekerja dan bertungkus-lumus mencapai sasaran yang dikehendaki syarikat, boleh cuti-cuti Malaysia atau ke luar negara. Sambil bercuti secara tak langsung boleh mengeratkan silaturrahim antara pekerja dan pihak pengurusan.

6. Waktu kerja fleksibel

Kaedah ini tak memerlukan kos, iaitu waktu kerja fleksibel.

Dengan membenarkan pekerja mempunyai waktu fleksibiliti membantu mengurangkan perasaan ‘burnout’ disebabkan oleh bebanan atau tekanan kerja yang tiada kesudahan.

7. Insurans kesihatan

Tawaran insurans kesihatan yang berkualiti akan menempatkan majikan sebagai pilihan pekerja. Sekiranya sebagai majikan mampu untuk menawarkan hanya satu jenis faedah kepada pekerja disarakan insurans kesihatan untuk diberikan kepada pekerja dan keluarga mereka.

8. Surat atau sijil penghargaan

Pujian sama ada berbentuk tulisan atau lisan diberi secara persendirian atau hadapan umum merupakan satu cara untuk menggambarkan rasa besar hati terhadap pekerja.

9. Biasiswa pendidikan

Ada organisasi yang menawarkan biasiswa pendidikan kepada pekerja tetapi bersyarat. Misalnya, tidak boleh berhenti dari syarikat bagi tempoh tertentu.

10. Hadiah atau sambutan hari ulang tahun

Tak semestinya sambutan besar-besaran. Tak salah jika mengeluarkan sedikit modal seperti memberi kad ucapan. Jika tak mahu kasi kad ucapan sekali pun, hari ini lagi mudah. Majikan boleh email atau whatsapp. Mudah bukan.

Semoga dengan ganjaran yang anda beri kepada pekerja memberi pulangan dan kebaikan yang berganda kepada perusahaan anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply