7 Tip Bina Hubungan Baik Dengan Pelanggan

Hubungan baik dengan pelanggan, biasakan dengar ‘customer always right’.

Ketika bertugas sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel terkemuka, sewaktu kursus kami diajar mengenai perkara ini. 

Sebagai penyambut tetamu kami juga dimaklumkan bahawa kami merupakan gambaran pertama dan terakhir (first and last impression) yang menentukan pelanggan akan kembali semula atau tidak.

Jika anda di industri yang berbeza, lain pula kerenah pelanggan. Mungkin ada pelanggan yang cerewet memastikan produk yang mahu dibeli menepati citarasanya.

Walau berdepan dengan 1,001 macam kerenah pelanggan, sebagai usahawan anda perlu menanganinya dengan baik. 

Sehubungan itu, bagaimanakah nak bina hubungan baik bersama pelanggan dan prospek anda?

Kami akan kongsikan anda dengan beberapa tip untuk bina hubungan baik dengan pelanggan. Sudah tentu kita mahu pelanggan tersebut kembali semula ke kedai kita dan menjadi pelanggan setia.

7 tip bina hubungan baik dengan pelanggan:

1. Komunikasi berkesan

Gunakan gelaran tuan/puan/encik bagi menunjukkan anda menghormati pelanggan anda.

Jika anda sudah mengetahui nama mereka, adalah lebih wajar anda menggunakan nama pelanggan.

Contohnya, jika pelanggan membuat bayaran menggunakan kad kredit. Pada kad tersebut tertera nama pelanggan dan ketika memulangkan kad itu, anda boleh mengucapkan kata-kata terima kasih tuan/puan/encik A. Sila datang lagi.

2. Bina kepercayaan pelanggan

Ingat, bisnes bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Peniaga perlu menyelesaikan masalah pelanggan. Jadi produk anda perlu berkualiti dan tidak memudaratkan pengguna.

Anda perlu jujur dan ikhlas kepada pelanggan. Jangan memusnahkan kepercayaan pelanggan!

Bukan sekadar mutu produk, jenama, pembungkusan, promosi dan aspek lain juga perlu berkualiti.

3. Berhubung dengan pelanggan setia

Jangan sia-siakan maklumat pelanggan anda!

Gunakan borang maklumbalas atau borang pendaftaran bagi mengenal pelanggan anda.

Maklumat seperti email dan nombor telefon sangat penting, ini penting untuk anda terus berhubung dengan pelanggan. Memaklumkan maklumat bisnes anda seperti promosi dan produk terbaharu.

Hasilnya, mereka akan terpengaruh dan kekal setia dengan jenama bisnes anda.

4. Ambil perhatian maklum balas pelanggan

Dah lakukan yang terbaik, kadang kala tak sangka ada juga cacat-celanya.

Sekiranya ada respon yang tidak baik, tolong ambil tindakan serius dan segera.

Anda tidak akan menjangka sejauh mana pelanggan itu akan bertindak sekiranya anda mengabaikan aduan mereka. Lebih-lebih lagi di zaman viral ini!

Bersemuka dengan mereka untuk menunjukkan anda serius dengan masalah mereka. Berikan jawapan yang dapat memuaskan hati mereka.

5. Mahir mengenai produk dan perkhidmatan

Selain anda, pekerja juga mesti mempunyai dan mengetahui product knowledge atau pengetahuan yang mendalam mengenai produk.

6. Aktif di media sosial sosial media

Jangan sia-siakan media sosial anda seperti Instagram, Facebook dan TikTok.

Gunakan media sosial tersebut sebagai medium melakukan komunikasi dua hala kepada pelanggan.

Contohnya, menerusi live Instagram anda boleh memberi respon dan berkomunikasi dengan pelanggan.

7. Menghargai pelanggan

Siapa sahaja yang tidak suka dihargai?

Tidak ada salahnya jika anda memberi penghargaan seperti diskaun dan mata ganjaran kepada pelanggan setia anda.

Pasti pelanggan anda tak lokek untuk mention atau tag produk anda di laman media sosial mereka sekali gus promosi produk anda telah berjalan.

Lebih ramai pelanggan anda, lebih banyak untung jualan anda, lebih banyak kebaikan anda dapat lakukan.

Kebaikan bagaimana? Antaranya membuka peluang dan ruang kepada individu lain menjana pendapatan dan peluang pekerjaan.

Hargai dan jagalah pelanggan anda sebaik mungkin.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “7 Tip Bina Hubungan Baik Dengan Pelanggan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

8 Comments

Leave a Reply