Hadiah, Buat Manusia Saling Mencintai

Siapa yang tak gembira apabila menerima hadiah? Jarang situasi itu terjadikan.

Lazimnya, kita pasti gembira apabila menerima hadiah. Lebih-lebih lagi pemberian daripada insan tersayang.

Walaupun hadiah itu mungkin kecil, tetapi amat besar maknanya bagi si penerima.

Memberi hadiah sesama insan dapat menambah perasaan kasih sayang.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang maksudnya:  “Hendaklah kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.”  (Hadis riwayat al-Bukhari)

Ada sebahagian pandangan ulama menyatakan perbuatan memberi hadiah dapat membuatkan manusia saling mencintai lebih daripada perbuatan memberi sedekah.

Ini kerana sedekah diberikan kepada orang yang memang memerlukan bantuan, sedangkan hadiah diberikan tanpa sebab yang khusus dan orang yang menerima hadiah tidak dalam keadaan amat memerlukan hadiah tersebut.

Hadiah diberikan atas kerelaan hati dan tanpa perlu diminta-minta. Perbuatan memberi hadiah juga merupakan satu tanda kesyukuran orang yang memberi atas nikmat kurniaan rezeki yang diterimanya daripada Allah SWT.

 Sesungguhnya setiap amal kebaikan yang dilakukan oleh Muslim, manfaatnya akan kembali kepada diri orang yang melakukan kebaikan.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang maksudnya:

“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang melakukan kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada para hamba-Nya.”  (Surah Fussilat, ayat 46)

Dari sudut yang lain pula, Islam mengharuskan seseorang Muslim menerima hadiah yang diberikan kepadanya. Malah Rasulullah SAW melarang orang daripada tidak menerima hadiah pemberian orang lain.

Jika tidak ada sebab yang munasabah, hadiah tidak boleh ditolak apatah lagi sekiranya ia ditolak di depan khalayak ramai kerana ia boleh menjatuhkan air muka orang yang memberi hadiah tersebut.

Lihatlah dengan mata hati betapa Islam sangat menjaga hubungan sesama manusia sehingga perkara yang melibatkan perbuatan bersifat bukan wajib pun diberi petunjuk agar tidak menimbulkan suasana tidak harmoni dalam hubungan insani.

Rasulullah SAW berpesan yang mafhumnya:  “Hadirilah undangan dan janganlah kalian menolak pemberian hadiah.”  (Hadis riwayat Ahmad)

Baginda SAW menunjukkan contoh teladan yang baik apabila menerima pemberian hadiah dan baginda juga membalas permberian tersebut. Meskipun orang yang memberi hadiah tidak boleh mengharapkan balasan daripada pemberiannya, namun adab yang baik bagi penerima hadiah ialah dengan membalas pemberian tersebut mengikut kemampuannya.

Saidatina Aishah RA menyatakan bahawa:  “Rasulullah SAW ada menerima hadiah dan baginda juga membalasnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Walau bagaimanapun, pemberian hadiah perlulah menepati garis panduan yang ditetapkan syarak. Terdapat banyak dalil umum yang perlu diambil perhatian tatkala memberi hadiah kepada orang lain. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah sesuatu pemberian itu mestilah dibuat tanpa menjatuhkan air muka orang yang menerimanya.

Jadi, dah ada idea untuk memberi hadiah kepada insan tersayang atau rakan-rakan.

Jika seorang guru memberi hadiah kepada anak murid, selain jadi penyuntik semangat mungkin jadi asbab anak murid sentiasa mendoakan guru tersebut.

Hadiah hari sempena peristiwa tertentu seperti majlis hari ulang tahun, meraikan kejayaan dan sebagainya.

Berilah hadiah yang besar manfaat, contohnya hadiahkan Al-Quran kepada anak yang telah tamat membaca Iqraq.

Semoga kita semua dilimpahi rezeki yang melimpah ruah, mengeratkan silatulrahim sesama insan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Hadiah, Buat Manusia Saling Mencintai” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

3 Comments

Leave a Reply