Gunakan Viral Marketing

Gunakan Viral Marketing

Apa benda lah viral marketing ‘ni? Macam best je, tapi OK ke?

Apa yang anda tahu tentang viral marketing dalam bisnes? Pernah tak bila anda buka media sosial, ada perniagaan yang viral kerana bisnes marketing mereka yang unik?

Anda nak tahu tak? Perangai manusia ini boleh berjangkit. Contoh, jika sekarang orang pakai tudung Pucci, semua lah juga nak Pucci. Ada juga orang mengviralkan sesuatu dengan cara yang salah, ini ada bagus dan tak bagusnya.

Every publicity is a good publicity – Jadi pandai-pandailah anda nak viralkan apa benda dalam bisnes anda.

5 kelebihan viral marketing :

1. Menjimatkan kos

Apabila anda viralkan bisnes anda dengan cara yang unik, secara tak langsung akan menjimatkan kos pemasaran. Sekarang, bukan susah untuk viralkan bisnes anda kerana ada banyak page yang menawarkan khidmat ini.

Selain itu, anda boleh minta kawan-kawan kongsikan dalam media sosial mereka. Jika benda yang anda lakukan itu lain dari yang lain, dan menawarkan pula harga yang berbaloi, siapa yang tak mahu beli. Yang penting anda perlu tahu apa yang nak diviralkan.

2. Cepat berkembang

Anda perasan tak, bila sesuatu bisnes itu viral di media sosial, perniagaan mereka akan cepat dikenali dan pelanggan juga akan bertambah. Ini kerana, setiap manusia ada perasaan ingin tahu dan ingin mencuba benda baru.

Dengan viral marketing, bisnes anda akan berkembang sehingga anda sendiri tak akan jangkakannya.

3. Menambah pelanggan

Kadang-kadang, bukan anda sendiri yang viralkan bisnes anda, tapi orang-orang disekeliling anda, betul? Siapa setuju say I! Siapa yang tak teruja, dengan ekonomi yang tak menentu, tiba-tiba anda jual produk anda lebih murah dari orang lain, pasti viral betul?

Bukan itu sahaja, jika dulu hanya pelanggan yang berdekatan anda tahu bisnes anda, tapi bila dah viral, anda akan dapat pelanggan baru yang datang dari merata tempat.

4. Meningkatkan kredibiliti

Sekiranya bisnes anda dah meningkat, dah dikenali, menerima kepercayaan dari pelanggan dan terima banyak tempahan dari pelanggan, tunjukkan kredibiliti anda sebagai peniaga.

Jangan pula anda jadi kacang lupakan kulit, bila bisnes dah maju, mulalah anda nak naikkan harga barangan dan kualiti produk anda juga menurun. Tingkatkan kualiti produk dan servis bisnes anda dengan lebih efisien.

5. Kadar respons yang tinggi

Anda tahu, bila anda gunakan kaedah promosi yang biasa, ia akan mengambil masa untuk dapatkan respons dari pelanggan. Tapi bila anda gunakan viral marketing, ia akan jadi semakin cepat.

Kerana, anda tahukan fungsi ‘like dan share’ di media sosial? Ia akan viral bila bisnes anda dapat banyak ‘like dan share’ di media sosial. Sebab itu ia dipanggil viral marketing.

Artikel terbaru

8 Comments

  • Saya setuju utk belajar tambah rezeki.

  • Saya dah niaga kecil kecil lama lebih 15 th.
    tapi tak berjaya lagi kerana tidak ada ilmu pengetahuan yg baik

    • Team RichWorks

      Assalamualaikum Tuan, boleh bantu berikan no telefon untuk Team Richworks bantu berikan saranan yang sesuai

  • nadzrul aiman

    Dapat ilmu yang sangat banyak
    Dekat kan lagi sye dengan allah dan bisnes sye 🙌🏼

    • nadzrul aiman

      Sye bersyukur dapat kelas dok hari ke 5, dan sye mula follow dari group Jom berbesnis , bersyukur dan sye banyak buat tindakan 🙌🏼
      Alhamdulillah sye satu hari nanty sye nak masuk kelas2 yang lebih power2 dari rich works InsyaAllah
      dengan izin allah 🙌🏼

      • Team RichWorks

        Aamin Ya Rabb. Mudah mudahan dipermudahkan. Terima kasih atas sokongan berturusan anda.

        BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!

        Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial

    • Team RichWorks

      Aamin Ya Rabb. Moga dipermudahkan.

      BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!

      Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial

Leave a Reply