Grannies : Jual Nasi Dagang Saja, Boleh Capai RM1 Juta Pertama

Berbekalkan ‘Big Why’ yang sangat tinggi dan komited untuk dapatkan pendapatan yang hilang malah nak dapat lebih tinggi dari sebelumnya, bekas Banker ini berjaya jadi usahawan jutawan dengan hanya jual nasi dagang!

Dulunya, buat bisnes tanpa ilmu tapi selepas pergi belajar melalui program RichWorks dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan akhirnya menyertai Program Mentoring SPIRE – dapat saksikan perubahan demi perubahan dengan jelas.

Founder kepada pengeluar nasi dagang premium – Grannies, Puan Suraya Abdul Halim ingin buktikan yang beliau boleh hidup tanpa makan gaji sehingga berjaya capai jualan RM1 juta pertama pada 2020 walaupun adanya PKP selama 3 bulan.

Jualan beliau bukan hanya RM1 juta, sebaliknya cecah RM1.3 juta sepanjang 2020. Jual nasi dagang saja ya! Luar biasa bukan, tapi tahukah anda macam mana perjalanan jenama Grannies ini?

Perjalanan Grannies – Nasi Dagang Premium

Pada mulanya bisnes dijalankan, sekadar bisnes sehinggakan semua kerja nak buat sendiri! Macam Rashid & Rashidah, usahawan yang menjalankan bisnes tanpa ilmu yang betul.

Situasi inilah yang dulu berlaku dalam bisnes dijalankan Puan Suraya Abdul Halim dan suami pada tahun pertama. Beliau dan suamilah yang melakukan semua benda, memasak, membungkus dan buat penghantaran malah buat marketing secara offline.

Mengapa hal ini boleh terjadi, di mana silapnya?

Hampir 1 tahun pasangan ini hidup dengan ‘bangun, tidur, makan, mandi nasi dagang’. Setiap masa semua benda yang dibuat melibatkan nasi dagang, tiada cuti, shopping, hiburan dan televisyen.

“Selama setahun tu juga kami tidur selama 1-2 jam sahaja. Itupun Kalau penat sangat tidur dalam kereta di stesen minyak lepas hantar nasi dagang. Mata dah tak boleh nak buka, terpaksa berhenti, off engine buka tingkap & tidur sekejap,”

“Tapi apa yang kami ada pada waktu itu adalah tenaga yang sangat luar biasa. DESIRE yang SANGAT TINGGI Untuk dapatkan juga income yang hilang malah NAK DAPAT INCOME YANG LEBIH TINGGI dari sebelum nya sebab NAK BUKTIKAN AKU BOLEH HIDUP TANPA MAKAN GAJI!

“Perasaan NAK YANG SANGAT KUAT Itulah yang menjadikan ENERGY kami sangat tinggi dan kami boleh lalui hari-hari tersebut dengan perasaan best, seronok walaupun penat sangat…”

Kemudian selepas satu masa, mereka terasa penat sangat. Justeru itu, mereka ambil keputusan untuk mengaji pekerja. Asal ‘bernafas’ saja, ambil orang bekerja yang menyebabkan staf mereka tak bertahan lama. Malah tiada interview pun dilakukan ketika nak ambil orang itu.

Ketika itu, beliau masih belum belajar lagi pasal bisnes, tak tahu nak ambil pekerja pun kena pilih, interview, coaching dan banyak lagi untuk pastikan bisnes dapat berkembang.

“Now alhamdulillah, mummy (Puan Suraya) sangat bersyukur selama 2 tahun mummy di SPIRE (Program Mentoring RichWOrks), MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman banyak sangat ajar mummy pasal leadership, cara nak ambil staf – nak interview, coaching, bina culture & banyak lagi,” kata Founder Grannies ini.

Beliau kini boleh berbangga dengan team Grannies yang mana 100% merupakan staf tempatan malah kebanyakan ada diploma dan ijazah.

Tidak perlu lagi masuk ke dapur untuk masak. Pengoperasian bagi penyediaan nasi dagang kini sudah diambil alih oleh Kitchen Head sepenuhnya sejak 2019 (tahun pertama SPIRE).

Bukan itu sahaja, Puan Suraya juga pemilik Grannies pengeluar Nasi Dagang Premium berjaya bina 11 orang Team baharu dan 3 orang leader dalam bisnesnya.

Asal Usul Jenama Grannies

Pada pertama bisnes, brand digunakan adalah Nasi Dagang Mok Yah. Ia diambil daripada nama panggilan ibu Puan Suraya – ‘Mok Yah’ malah resepi nasi dagang dibuat pun daripada ibunya.

Tapi ketika itu, tak fikirkan pun masa branding nak kena buat dekat MyIpo. Janji boleh jual sebab tak ada ilmu masa itu.

Sampailah satu hari dalam kelas MMM anjuran RichWorks, mereka sangat terkesan dengan topik branding yang mana MenThor tanya, “ke mana kamu nak bawa brand kamu ni?”.

Dari situlah, Puan Suraya dan suami fokus dan buat hala tuju bisnesnya. Paling penting ke mana nak bawak brand mereka, nak jual dekat siapa dan bermacam-macam soalan yang perlu dijawab.

Akhirnya, muncul nama ‘grannies’- ilham daripada salah seorang sahabat baik beliau yang menamakan cornflakes cookies dibuat ‘granny’s crunchy cornflakes’.

“Dari situ mummy dapat idea ‘grannies’. Ditambah Nasi dagang ni adalah ‘resepi nenek’. So macam best je guna nama ‘grannies’,” jelasnya.

Mula-mula ramai yang tak setuju sebab cakap ‘grannies’ tak melambangkan nasi dagang, tak nampak orang Islam punya, tiada ciri-ciri Terengganu.

Tapi mereka tetap pilih juga grannies sebab Menthor pesan, bahawa tugas kita yang naikkan & bina brand kita dari orang tak kenal kepada orang kenal.

Pesanan itu juga yang beliau dan suami pegang sampai sekarang. Apatah lagi, Grannies kini telah pun berdaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Negara.

“Now grannies bukan lagi ‘TM’ Tapi dah berstatus ‘R’”

Bagaimana anda lihat kisah Puan Suraya dan suaminya dalam perjalanan bisnes mereka? Ada tak yang berdepan situasi sama seperti mereka hadapi pada peringkat awal bisnes anda?

RichWorks bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman nak bantu lebih ramai usahawan di luar sana yang masih tak nampak jalan. Mereka yang serius nak bina bisnes yang berjaya seperti Puan Suraya pada tahun baru ini.

Bertindak sekarang, anda juga boleh menjadikan bisnes dijalankan seperti brand Grannies yang makin dikenali ramai orang di luar sana.

Artikel terbaru

1 Comment

  • Hayati

    Saya pun berniaga Nasi dagang ori ganu kita….Dh sthn.Lbh kurang sm perjlnan dgn P.suraya..Semua bt sndr n COD sndr,hanya bntun ahli keluarga.Tp x dpt ape yg ditarget.

Leave a Reply