Gaji Kecil Nak Beli Rumah? 4 Tip Asas Beli Rumah

kediaman impian

Pasaran hartanah Malaysia semakin stabil dan dijangka mencatatkan pemulihan secara berperingkat pada separuh pertama 2022.

Situasi tersebut sejajar dengan tinjauan umum terhadap ekonomi Malaysia yang semakin baik, apabila dijangka mencatatkan prestasi lebih baik pada tahun depan.

Ini merupakan masa sesuai buat pencari rumah yang ingin merebut peluang, selain mendapat manfaat daripada kadar faedah rendah yang sedang ditawarkan.

Namun, anda dinasihatkan untuk mempertimbangkan kestabilan kewangan peribadi dan jaminan pekerjaan sebelum membuat komitmen kewangan jangka panjang.

Jika anda menyimpan hasrat untuk membeli rumah anda sendiri dan ini adalah rumah pertama yang anda miliki, ada beberapa perkara yang mesti ada dalam perhatian anda demi memastikan anda dapat melalui prosedur pembelian rumah ini dengan baik.

Sebelum anda memulakan langkah anda untuk membeli rumah, tetapkan di dalam minda anda yang anda ingin tinggal di rumah tersebut untuk 3 hingga 5 tahun akan datang dan anda akan hidup bersama komuniti dan persekitaran rumah tersebut.

4 tip asas beli rumah:

1. Semak kelayakan

Pertama, semak kelayakan dan bajet. Jurujual biasanya akan mencadangkan beberapa bank untuk menyemak kelayakan kita.

Jadi, kalau nak pinjaman mudah lulus, ikutlah kelayakan dan bajet kita sendiri. Kalau kita hanya layak beli rumah RM200,000, carilah rumah sekitar harga tersebut.

Tetapi anda juga perlu ingat, lulus loan bukan bermakna kita mampu bayar. Buat bajet sendiri. 

“Berapa aku nak bayar untuk beli rumah ini?”.

Anda perlu lihat tawaran yang terbaik antara bank atau intitusi yang menawarkan kemudahan pinjaman seperti berapa kadar faedah. Walau pun perbezaan 1% tetapi memberi kesan yang banyak!

2. Kewangan yang stabil

Anda perlu kewangan yang stabil dan bersiap sedia dari segi kewangan.

Contohnya kalau nak beli rumah banyak kos yang kita perlu keluar. Lagi-lagi kalau beli rumah subsale. Sediakan at least 15% hingga 6% bajet daripada harga rumah untuk deposit, yuran guaman, duti setem serta kos penilaian.

Dah beli rumah, setiap bulan kita kena bayar bank. Bukan sebulan dua, tetapi bertahun. Bukan itu sahaja, kita juga perlu bayar bil air dan bil elektrik setiap bulan. 

Ambil kira juga kos-kos lain yang perlu kita bayar pada masa-masa tertentu seperti cukai pintu, cukai tanah, indah water, dan maintenance.

Jadi, bila dah ada rumah sendiri nanti, kita wajib ambil tahu kos-kos ini supaya kita lebih bersedia dari segi kewangan dan ada bajet yang mencukupi. Anda pun tak tertekan dan stess.

3. Utamakan keluarga

Selain itu, beli rumah keperluan. Maksudnya, bagi mereka yang pertama kali nak beli rumah untuk duduk sendiri, sebaiknya tidak terus beli rumah idaman. Mulakan dengan membeli rumah yang biasa-biasa sahaja dahulu. Jika anda mampu tak jadi masalah. Tapi jika cukup-cukup makan sahaja akan jadi masalah. Lagi-lagi pasangan yang baru berkahwin atau keluarga masih kecil.

Utamakan keperluan diri dan keluarga. Sediakan satu list penting yang menjadi keperluan kita dan keluarga. Contohnya, kita nak pilih lokasi rumah yang berdekatan dengan tempat kerja atau pilih lokasi yang berdekatan dengan sekolah anak.

Jika rumah anda jauh dari tempat kerja berapa kos? Jika bulanan rumah anda murah tetapi kos tinggi untuk ke tempat kerja. Kira dahulu mana yang lebih untung.

4. View puas-puas hingga puas hati

Terakhir, view rumah sampai betul-betul puas hati. Masa pergi viewing rumah, pastikan kita lihat puas-puas. Kalau ada apa-apa nak tanya, tanya sahaja sehingga kita rasa puas hati dengan rumah tersebut.

Katalah anda ditawarkan rumah tanpa balkoni, sedangkan ada mahukan rumah yang dilengkapi balkoni untuk menjemur pakaian, melihat pandangan di luar dan pelbagai tujuan lain. Walaupun balkoni tersebut saiznya tidak terlalu besar, tetapi fungsinya tetap besar. Sedangkan anda nak tinggal di rumah tersebut untuk tempoh jangka yang panjang.

Nak beli rumah ini bukan setakat dua tiga ribu tapi ratus-ratus ribu. Jadi tak perlu terlalu terburu-buru sebelum buat keputusan.

Jangan pula anda rasa bersalah dengan juru jual kerana tidak membeli rumah tersebut walau loan dah lulus. Anda atau juru jual yang nak duduk rumah tersebut?

Buat keputusan tepat dan terbaik. Semoga kita dipermudahkan segala urusan dan dimakbulkan memperoleh kediaman impian.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply