Faktor Kenapa Starbucks Lingkup Di Australia

Faktor Kenapa Starbucks Lingkup Di Australia

Siapa tidak kenal Starbucks, jenama kopi terkenal yang mana boleh dikatakan setiap pusat beli-belah pastinya ada cawangannya. Rangkaian kedai kopi dari Seattle, Amerika Syarikat ini mempunyai cawangan di seluruh dunia.

Boleh dikatakan sebelum pandemik sekitar 1 kedai Starbucks baru dibuka setiap 15 jam di China. Cawangannya berada di lebih 28,000 lokasi dalam 76 pasaran dari Shanghai, China hingga ke Guantanamo Bay.

Bagaimanapun, tahukah anda terdapat satu kawasan yang tidak ‘berminat’ dengan jenama kopi terbesar di dunia ini iaitu Australia. Negara ini menjadi pasaran yang sukar untuk ditembusi hinggakan Starbucks terpaksa menutup lebih 2 per 3 kedainya pada 2008.

Jom ketahui apa faktor dan silapnya Starbucks ketika cuba memasuki pasaran di Australia ini.

3 faktor melingkupkan Starbuck di Australia ketika itu :

1. Tidak adaptasi dengan keadaan sekeliling

Starbucks mula membuka kedai pertama di Sydney pada 2000. Dalam tempoh 8 tahun, Starbucks sudah mempunyai 87 kedai di seluruh Australia. Salah satu masalah Starbucks ketika itu apabila mereka fikir bisnes model yang ada dapat sesuai pada mana-mana persekitaran berbeza, maka tak perlu membuat perubahan.

Berbanding Starbucks, kita boleh melihat apabila McDonald’s memasuki pasaran India dengan mereka menyediakan menu yang mengikut cita rasa pengguna di negara itu.

2. Terlalu cepat berkembang dengan besar

Mereka cuba berkembang terlalu cepat dengan membuka beberapa kedai berbanding cuba berintegrasi dengan perlahan ke dalam pasaran Australia. Tindakan dibuat itu menyebabkan pengguna-pengguna Australia tak sempat untuk membina minat atau suka dengan jenama Starbucks.

Sebab itu, Starbucks menjadi sesuatu produk yang sangat mudah didapati hingga buatkan pengguna di Australia rasa tiada pun perbezaan atau rasa mahukannya.

Pada 7 tahun pertama Starbucks di Australia, mencatatkan kerugian $105 juta. Pada 2007, Starbuck Australia sudah hampir lingkup selepas mengambil pinjaman yang besar dari Amerika Syarikat (sekitar $54 juta).

Kemudian pada 2008, Starbucks mengumumkan penutupan 61 kedainya.

3. Terlalu banyak pilihan atau saingan bagi orang Australia

Ketika Starbucks meninggalkan pasaran Australia ayau menutup kebanyakan kedainya tidak pun memberikan kesan kepada pengguna-pengguna di sana. Hal ini kerana penduduk Australia sudah pun dibanjiri dengan banyak pilihan bagi kopi.

Pasaran kopi Australia merupakan salah satu yang terbesardi dunia. Industri kopi mencatatkan hasil keseluruhan lebih $6 bilion. Mereka sudah dibanjiri dengan budaya kafe sejak pertengahan 1900 apabila imigran dari Itali dan Greece datang ke negara itu.

Kafe memainkan peranan sebagai tempat pertemuan di mana semua orang kenal satu sama lain dan kopi menjadi minuman mereka. Kemudian bila Starbucks datang ke sana dengan membawa budaya kopi gaya Amerika yang mana ia menjadi produk atau komuniti.

Starbucks menawarkan lebih banyak minuman bergula yang tidak disukai penduduk di sana. Apatah lagi Starbuck mengenakan harga lebih tinggi berbanding kedai kopi di sana. Sehubungan itu, penduduk Australia memilih untuk bayar lebih murah pada kopi yang digemari daripada barista tempatan.

Walau bagaimanapun, Starbucks tidak berputus asa di Australia. Sejak 2008, syarikat itu telah mula membuka dengan lebih berhati-hati dan perlahan di beberapa lokasi. Starbuck telah buka pada 39 lokasi termasuk kawasan Melbourne, Brisbane, Gold Coast dan Sydney.

Kawasan baru itu menyasarkan untuk menampung keperluan pelancong dengan Starbuck mula meraih populariti. Syarikat itu mungkin sudah menjumpai ‘formula’ bagi capai kejayaam di Australia.

Artikel terbaru

6 Comments

  • Hazimah Harun

    Perkongsian yg menarik dan membuka mata saya bagi berbuat sesuatu dalam strategy perniagaan ..
    Apa keistimewaan produk, siapa memerlukanNya.. terima kasih team richworks tak jemu berkongsi cerita..

  • Sobri b ahmat

    Minat sangat2 berbisnes..cuma xde ilmu.boleh ajarkn saya A sampai Z.

    • Team RichWorks

      Mudah mudahan dipermudahkan.

      BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!

      Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial

  • Arifah

    It good la, mereka dah cari n n fikorkan jalan penyelesaian ()solution) diaorg. Good news for them n me too. Thanks for this.. semangat sikit.

Comments are closed.