eNuur: Graduan Sarjana Kejuteraan Jatuh Cinta Dengan Perniagaan, Jana Pendapatan Dengan Keberkatan

eNuur

eNuur, memulakan pernigaan sekadar suka-suka sebagai dropship menjual buku keagamaan selepas menamatkan pengajian dalam bidang kejuteraan peringkat sarjana akhirnya membuatkan Puan Nur Hidayati Ahmad Barudin jatuh cinta dengan bidang perniagaan.

“Selepas saya habis sarjana, saya jadi dropship buku, saya tersuka dan rasa seronok jadi dropship ini. Saya tak ada asas langsung mengenai bisnes, keluarga juga.

“Masa saya buat marketing ada sambutan dan ada order. Saya pernah buat review dengan instafamous lagi dapat sambutan. Masa itu jualan saya paling tinggi adalah RM10,000 sebulan. Saya rasa RM10,000 setiap bulan sebagai dropship sangat wowww,” katanya.

Perniagaan stuck

Seterusnya, eNuur Sdn Bhd ditubhkan pada 23 Mac 2017 mengusahakan idustri Al-Quran tagging selain pelbagai jenis Al-Quran, rehal, penunjuk kayu jati, telekung dan kain tudung.

Namun, dek kerana tidak mempunyai ilmu perniagaan pada 2020 Nur Hidayati mengalami cabaran dalam perniagaan apabila perniagaan tersebut stuck walau jualan ketika itu telah mencapai RM1.9 juta.

“Saya sendiri tak ada ilmu, saya belajar hanya sekejap-sekejap sahaja. Saya dah pergi kelas RichWorks pada 2015, pegi semula pada 2017, namum pada 2019 masa itu buka mata saya untuk berguru, ada mentor.

“Masa saya stuck dropship saya pun stuck, beri kesan kepada semua orang dan membuatkan saya mengambil keputusan untuk menyertai program mentoring Titan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Nur Hidayati berkata antara kesilapan yang dilakukannya adalah tidak mempunyai ilmu kepimpinan dan mengenali pasukan.

Bina hubungan dengan team

“Paling utama, saya sendiri tak ke depan. Dari 2015 jadi dropship sampai 2020 team yang berada dalam team saya pun tak kenal siapa saya. Saya engage hanya melalui whatsapp. Saya tak bercakap dengan die orang, saya tak pernah buat zoom, tak pernah jumpa tak pernah buat video call, tak de FB live. Saya betul-betul ke belakang.

“Saya nampak benda betul adalah bila saya benar-benar engage dengan team. Saya engage dengan staff, saya engage dengan dropship. Kalau dulu saya tak pernah ada sharing. Sekarang setiap pagi saya bercakap dengan dropship saya. Kami buat kelas, pagi dan malam. Petang pun kami buat. Non stop kami buat,” jelasnya lagi.

Hasil bimbingan Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks, jualan pada 2020 diraih sebanyak RM5.7 juta dan meningkat kepada RM8.4 juta pada 2021, seterusnya mensasarkan RM30 juta pada tahun 2022.

Berhutang dengan keluarga

Namun, disebalik kejayaan ini Nur Hidayati pernah menempuh zaman memperoleh jualan tinggi tetapi tiada pendapatan malah terpaksa berhutang.

“Saya berhutang dengan suami, adik beradik dan mertua sehingga 5 angka sebab nak rolling bisnes, tetapi hakikatnya saya tiada untung pun dalam bisnes.

“Saya tak ambil gaji walaupun bisnes. Saya malu dengan family dan mertua sebab saya buat bisnes tetapi menyusahkan mereka,” katanya.

Kini, eNuur mempunyai 13,000 dropship dan 35 pekerja. Lebih mengembirakan kualiti kehidupan mereka juga bertambah baik.

Sehubungan itu, bagi yang berminat untuk menjana pendapatan bersama eNuur boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web enuur.com.

“Ada yang mampu memberi RM1,000 sebulan kepada ibu bapa selaian memiliki kediaman dan kenderaan impian.

Berniaga jana pendapatan dan keberkatan

“Dalam eNuur saya tekankan kita berniaga, dapat jana pendapatan dapat keberkatan. Dalam bisnes Ini kena berkat. Dapat doa mak ayah, suami, minta mereka selalu doakan kita. Kena amanah, jujur, bila kita bentuk diri jadi lebih baik, banyak benda lain akan turut baik sama,” ujarnya.

Tambah Nur Hidayati yang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah, kini beliau aktif menyampaikan ilmu kepada team untuk mengembangkan bisnes.

“Sekarang saya mengajar juga, mengajar anak-anak team saya untuk buat bisnes. Walau saya bukan pensyarah bidang kejuruteraan tapi saya jadi leader untuk bisnes saya. Benda yang saya seronok sekarang.

Ilmu perniagaan sangat luas. Sebab dulu saya punya persepsi, ilmu bisnes berkaitan marketing sahaja dan bisnes adalah duit. Bila saya join Titan, saya nampak ilmu perniagaan sangat luas. Kami belajar sangat banyak perkara. Sebenarnya bukan marketing sahaja, tetapi leadership kena power rupanya,” jelasnya.

Artikel terbaru

6 Comments

  • Ernieza

    Assalamualaikum.. Bagi pendapat saya,Saya rasa sangat terinpirasi dgn corak yang disampaikan… Aura yang lain drpd yang lain. Alhamdulillah, dpt join shingga kini.. Sharing yg tiptop…tq puan Nurhidayati kerana beri kata2 yg sentiasa positif..

    • Team RichWorks

      Waalaikumussalam, terima kasih atas comment yang positif. Semoga dapat mencapai matlamat anda dengan mudah dan cepat!

  • Alhamdulillah… TAHNIAH PUAN NUR. MOGA TERUS CEMERLANG DALAM BIDANG BISNES. DAN BANTU LEBIH RAMAI ORANG JANA INCOME. 😊💪

  • Alhamdulillah, tahniah Puan Nur & team eNuur!
    Nak berjaya bukan mudah, tapi tak mustahil.
    Saya sangat kagum dengan semangat & komitmen yang Puan Nur & team berikan kepada kami – non stop sharing ilmu, kelas free, kaedah order yang sistematik & bahan yang menarik. Jujur, saya happy berada dalam circle eNuur, dapat jana income, ada sahabat² yang supportive & positif, & paling penting, dapat improve dari segi ibadah sebagai bekalan di akhirat kelak.
    Terima kasih eNuur ❤️

Leave a Reply