Empayar AilyQairy: Dipaksa Isteri Cari Ilmu Bisnes, Kini Bekas Guru Dan Peguam Bimbing BBNU Jadi Jutawan

Empayar AilyQairy: Dipaksa Isteri Cari Ilmu Bisnes, Kini Bekas Guru Dan Peguam Bimbing BBNU Jadi Jutawan

Empayar AilyQairy: Pernah menolak cadangan isteri agar mengikuti kelas bimbingan keusahawanan ekoran mengalami kekecewaan dan kesukaran menjalankan perniagaan.

Namun bekas guru, yang telah berkhidmat selama 18 tahun itu merasakan sudah cukup ilmu dan enggan menghadiri kelas tersebut.

“Wife paksa saya untuk pergi kelas pertama namun saya tak nak pergi kerana percaya sudah cukup ilmu dan sudah ada team.

“Bila berlaku insiden baru cari RichWorks untuk lihat apa kami buat silap dan perlu betulkan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Empayar AilyQairy Sdn Bhd., Mts Qairy Maheran.

Founder langgar perjanjian

Mengimbau perjalanan dalam dunia peniagaan, Mts Qairy nekad untuk memulakan perniagaan dalam talian pada tahun 2013 bersama isterinya yang juga seorang peguam.

“Saya masih ingat lagi pada masa itu, saya mengambil keputusan berhenti kerja dan menjadi stokis kepada satu produk. Dari sinilah detik perjalanan perniagaan saya bermula dan kami berdepan pelbagai cabaran.

“Saya sentiasa sibuk melayan kiriman balas pesanan pelanggan, tersilap menghantar barang dan juga menghadapi masalah packaging,” katanya.

Masalah beliau tidak terhenti setakat itu, beliau pernah berdepan masalah dengan seorang founder untuk satu jenama yang agak terkenal.

“Kami pernah bernaung di bawah satu founder yang tidak ada misi dan visi yang jelas dalam perniagaan. Kami sebagai stokis dan agen di bawahnya dibiarkan terkontang-kanting walaupun ketika produk baharu dilancarkan.

“Sehinggalah satu tahap, kesabaran kami teruji apabila founder tersebut melanggar perjanjian kontrak menyebabkan kami rugi sehingga RM300 ribu. Itu belum lagi termasuk ganjaran lain yang pernah dijanjikan seperti tiket untuk mengerjakan umrah VVIP, bercuti ke Australia dan tujuh tiket penerbangan lain untuk team, tidak ditunaikan. Saya masih simpan lagi bukti replika cek anugerah itu sebagai bukti,” kongsinya.

Fokus jual produk selebriti

Situasi tersebut membuatkan beliau dan isteri terfikir untuk menghasilkan produk di bawah jenama sendiri sekali gus mendapat hasil keuntungan lebih banyak.

“Kami berdua pergi dari satu kilang ke satu kilang untuk melihat dan belajar proses penghasilan produk sendiri.

“Bagaimanapun, barulah kami tahu untuk mengeluarkan produk bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara perlu diteliti terutama dari aspek pengeluaran dan kualiti perlu sentiasa berada pada tahap terbaik,” ujarnya.

Menyedari bahawa beliau dan isterinya semakin memahami tentang produk yang sesuai untuk dipasarkan, mereka membuat keputusan untuk fokus kepada penjualan produk selebriti.

Hadiah daripada isteri tersayang

Tak mahu tersalah langkah dan mengulangi pelbagai kesilapan lalu, Mts Qairy tekad untuk menuntut ilmu perniagaan.

“Kalau dulu semua benda saya buat, ambil barang, ambil stock, design, buat live, berubah sangat-sangat bila ubah diri ikut tunjuk ajar yang diberikan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks.

“Kami mendaftarkan diri dalam seminar pertama anjuran RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada 2019. Masa tu kami berada pada zaman kemerosotan,” jelasnya.

Melihat perkembangan positif dan luar biasa perniagaannya, Mts Qairy tekad untuk menyertai program Mentoring Titanium.

“Ada duit tak ada duit, saya nak wife beri hadiah hari ulang tahun saya join kelas Titan. Saya berterima kasih dengan isteri saya dan RichWorks adalah penyelamat kami ketika itu.

“Masuk dalam RichWorks, Dr Azizan kata buat pembahagian kerja, kepimpinan mesti dibetulkan. Alhamdulillah, dengan pembetulan itu daripada 3 orang kini kami ada 24 pekerja. Daripada 1 bahagian dah ada sumber manusia, IT dan operasi,” jelasnya lagi.

Katanya, kejayaannya itu sukar dicapai tanpa bimbingan dan tunjuk ajar betul daripada Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks.

Empayar AilyQairy Bimbingan usahawan ‘Budak Baru Nak Up’

Berdasarkan pengalaman dan jatuh bangun dalam dunia perniagaan, kini Empayar AilyQairy  turut menawarkan bimbingan usahawan terutama ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) menjalankan bisnes online dengan betul hingga bergelar jutawan walau hanya menjual produk orang lain.

Jelasnya, memulakan perniagaan dengan produk sendiri memerlukan modal besar dan tidak semua orang mampu berdepan risiko kerugian jika produk gagal di pasaran.

Maka, menjadi pengedar, stokis, ejen jualan atau dropship adalah antara penyelesaian untuk menjana pendapatan menerusi komisen dan keuntungan sekiranya produk berjaya dijual.

“Risikonya tidak sebesar pengeluar produk yang perlu memikirkan kos pengeluaran, pembuatan, strategi pemasaran dan risiko barang tidak laku atau tidak mendapat sambutan.

“Ada yang menganggap menjual produk orang lain dengan mendapat sedikit keuntungan tidak mampu membuat seseorang itu kaya dan mengaut keuntungan besar,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, Empayar AilyQairy memberi fokus kepada penjualan produk selebriti seperti Markaz Tijaari, Anas Cosmetics, Roopa Cosmetics, Rielkies, Babypian dan Nilofa Group

“Bila bisnes berkembang, kami menjadi pengasas bersama Markaz Tijaari bersama pengacara dan usahawan, Noor Neelofa dan Muhammad Haris Mohd Ismail serta pengasas bersama Babypian by Sufian Suhaimi,” ujarnya.

Pada tahun 2020, syarikatnya meraih jualan RM10.2 juta dan meningkat kepada RM16 juta pada 2021. Seterusnya, untuk 2022 beliau menyasarkan jualan sebanyak RM36 juta.

“Sasaran tahun ini nak lahirkan 16 orang jutawan di bawah entiti kami iaitu ButikKosmetik.com, Markaz Tijaari dan Nunha. Bila kami dapat bantu orang jadi jutawan, akan ada lebih ramai lagi yang dibimbing di bawah mereka untuk bisnes online cara yang betul.

“Bagi yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang rasmi  butikkosmetik.com/, jelasnya.

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply