Beza Ilmu Google Dengan Ilmu Bimbingan MenThor – Puan Dallia Amir

Beza Ilmu Google Dengan Ilmu Bimbingan MenThor - Puan Dallia Amir

Dulu sebelum mula dibimbing, Puan Dallia Amir percaya denga ilmu google kerana banyak ilmu yang boleh diperolehi daripada sana termasuk bisnes.

“Saya cikgu, jadi fikir pandailah. Saya memang pandai google semua, cari dekat youtube dan apa-apa masalah banyak belajar online sebenarnya.

“Jadi saya buat bisnes pun tak apa, tak payah belanjakan duit. Boleh saja google, banyak betul info secara online. Bezanya bila tidak dibimbing, kita tak tahu betul ke apa yang dibuat itu, berkesan ke?,” jelasnya yang merupakan reseller Sabun Pencuci Jasmin 7.

Tambahnya, beliau buat saja dan sampai satu tahap bila sibuk dengan kerja sebagai seorang guru, bisnes yang diusahakan ditinggalkan saja.

Apa kepentingan ilmu bagi Puan Dallia?

Beliau sebenarnya belajar dalam fizik namun apabila datang ke Sarawak diminta mengajar dalam Bahasa Melayu. Jadi beliau perlu upgrade diri dan ilmu dalam subjek itu dengan belajar dan mengajar balik.

Pengalaman belajar itu diperolehi membuatkan beliau dapat mengajar pelajar-pelajarnya dengan cara mudah untuk kuasai Bahasa Melayu. Apatah lagi kebanyakan pelajar-pelajarnya bukan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.

“Macam MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang sudah buat, jadi beliau sudah tahu mana jalan shortcut untuk bina bisnes yang berjaya.”

“Jadi saya faham, macam mana Datuk Wira buat. Suruh kami fikir sendiri dan selesaikan sendiri, sama macam saya buat dengan pelajar saya. Saya sanggat connect dengan apa yang Datuk Wira cakap.Datuk WIra memang seorang guru,” ujarnya.

Sebelum itu, tahukah anda bisnes Puan Dallia telah beroperasi sejak 2015 lagi secara besar-besaran namun akhirnya hanya simpan stok sebanyak 1 kontena saja di dalam rumah.

“Rumah saya dari ruang tamu, dekat tempat letak kereta dalam bili anak-anak semua penuh dengan sabun. Memang penuhlah untuk simpan stok saja pada 2015 dan 2016.”

“Tidak berhenti di situ, setelah bertanya dengan kawan-kawan saya buat keputusan untuk buka kedai pada bulan Januari 2017. Masa itu alhamdulillah, ketika masih panas, hype dengan jualan paling tinggi cecah RM31,000,” katanya lagi

Bagaimanapun selepas dari itu, mula raya jualaan semakin jatuh daripada jualan 5 angka menjadi 4 angka sebulan. Pada 2019 boleh dikatakan bisnesnya umpama sudah nyawa-nyawa ikan sangat dan bermula beliau cari MenThor.

Beliau berada setahun dalam circle EliteX selepas sertai program Mudahnya Berniaga dan menyaksikan perubahan positif dalam perniagaannya selepas beliau fokus dan belajar dengan betul. Pada awal 6 bulan pertama, beliau fikir bahawa keajaiban akan berlaku dalam bisnesnya namun tidak ada apa-apa. Namun beliau tersedar apabila menonton video-video program disediakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Peningkatan yang diperolehi melayakkan Puan Dallia untuk mendaftar dan bersama circle Spire ketika ini.

Melihatkan peningkatan bisnes, beliau mula mengambil gaji hasil sertai program Urus di Richworks, beliau buat keputusan untuk beli rumah kedua serentak dengan rumah pertama.

Beliau berjaya memiliki aset peribadi serta capai purata jualan RM180,000 setelah menuntut ilmu bisnes dan berMenThor.

Nasihat Puan Dallia kepada usahawan di luar sana :

“Cuma kita perlu belajar yang sangat penting dan bila ada MenThor akan ajar shorcut dan lebih cepat. Macam saya berniaga 5 tahun paling tinggi pernah capai RM31,000 saja.”

“Tapi bila saya sertai EliteX dan buat betul-betul, nampak akan hasilnya. Semuanya berbalik kepada usaha, cari jalan dan buat dengan apa yang kita ada serta cari ilmu,” ujarnya.

Usahawan kena berusaha dengan semua orang mula dengan susah, Tak ada orang yang keluar terus dapat buat RM1 juta, sebab dia akan ada proses perlu dijalani.

Apa anda rasa dengan kisah Puan Dallia?

Jika seorang guru pun pergi belajar untuk bina bisnes berjaya, bagaimana pula dengan anda? Jangan jawab terus, ambil sedikit masa anda dan fikirkan sedalam-dalamnya. Adalah anda nak terus berada dalam keadaan sama, pada tahap sama atau sebaliknya?

Artikel terbaru

11 Comments

  • SABARIAH BINTI OTHMAN

    saya dalam bidang jahitan,sudah setahun pelanggan tidak buat tempahan.tapi sekarang saya cuba nak berniaga online cuma jadi dropship sahaja..bila saya fikirkan balik saya tidak ramai kenalan untuk mempromosikan produk yang saya jual.boleh tuan berikan saya cadangan

  • Norhaniza binti baharudin

    Saya baru je joint satu product nie bermula dengan level agent… tapi selepas sebulan.. saya terus naik level kepada premier stokist.. tapi saya nampak dah mula slow dah selepas sebulan… apa perlu saya buat

  • Sobriahmat

    Saya pun nk berjaya..sy agen jasmin dh lama jual tp,mengecewakn sbb xde ilmu.tolong bimbing sy sampai berjaya seperti mentor2 lain.

  • Sobriahmat

    Sy,Agen jasmin perlukan mentor utk bantu saya

  • Assalammualaikum syukur Alhamdulillah terima Kasih kerana Dato’ Wira Dr Azizan Osman yang di percayai membimbing kan saya apa segala urusan semua

Leave a Reply