Elon Musk, Pemilik Baru Twitter Yang Penuh Dengan Kejutan

Elon Musk secara tiba-tiba telah memanggil semua pekerja dalam bahagian reka bentuk atau perisian di Twitter untuk datang ke tingkat pejabatnya.

“Sesiapa sahaja yang menulis perisian atau membuat reka bentuk (di Bay Area) harus berada di tingkat 10 SF HQ.

Ia akan menjadi padat dan sengit.

Terima kasih. Yang Benar, Elon.”

Walaupun emel ringkas itu tidak menyatakan secara lebih mendalam, namun ia merujuk kepada ruang kerja di ibu pejabat Twitter di San Francisco, menurut seseorang yang familiar dengan syarikat itu.

Pejabat Musk terletak di tingkat 10 dan beliau meminta semua pekerja reka bentuk dan kejuruteraan yang menguruskan bahagian perisian atau projek berkaitan untuk mula bekerja setiap hari di tingkat yang sama juga.

Perubahan itu dikatakan berlaku serta-merta ia dan datang tanpa amaran.

Kakitangan Twitter yang masih kekal bertahan di situ daripada diberhentikan atau meletakkan jawatan secara beramai-ramai telah menjangkakan sebarang kejutan yang dilakukan oleh Musk secara tiba-tiba.

 “Another day, another email,” kata salah seorang daripada mereka.

 Peletakan jawatan beramai-ramai dua minggu lalu adalah sebagai tindak balas terhadap sebuah emel semalaman daripada Musk, memberikan semua orang dalam syarikat itu kira-kira dua hari untuk mengklik pautan pendaftaran yang akan menganggap bahawa mereka telah bersetuju untuk mengusahakan Twitter 2.0 miliknya yang dikatakan ‘extremely hardcore’.

 Musk, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter sejak mengambil alih syarikat itu sebulan lalu telah menyelia organisasi kejuruteraan dan perisian Twitter dengan teliti.

Beliau telah menuntut pekerja Twitter untuk bekerja di pejabat sepenuh masa, serentak menukar dasar yang ditetapkan oleh pengasas bersama dan bekas CEO Jack Dorsey yang membenarkan sesiapa sahaja bekerja dari jauh sepenuh masa.

 Ramai jurutera yang masih bekerja di Twitter telah memindahkan ruang meja mereka ke tingkat 10 dalam beberapa hari kebelakangan ini.

 Musk dikatakan kerap mundar-mandir di tingkatnya bagi memerhati pekerja di tempat kerja dan kadangkala bertanya soalan tentang apa yang mereka kerjakan.

 Hmm, tegas betul cara kerja yang ditonjolkan oleh beliau ini. Tindakannya penuh dengan kejutan. Anda pula bagaimana? Setuju atau tidak dengan cara kerja seperti beliau ini?

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Elon Musk, Pemilik Baru Twitter Yang Penuh Dengan Kejutan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Leave a Reply