Durian Crepe Rabi: Suara MenThor Jam 3 Pagi, Cetus Tindakan Luar Biasa, Hasil Luar Biasa

Durian Crepe Rabi: Suara MenThor Jam 3 Pagi, Cetus Tindakan Luar Biasa, Hasil Luar Biasa

Durian Crepe Rabi, makanan pemanis mulut yang enak. Ada kisah menarik yang sebagai inspirasi.

Bisikan suara mentor membuatkan seorang bekas guru tadika terus bangkit bertenaga selepas tertidur ekoran kepenatan pukul 3 pagi sekitar Ogos 2017.

Menurut Pengasas Durian Crepe Rabi Cheese Leleh By Rabi, Robiatul Adawiah Ibrahim, itulah yang menjadi titik tolak perubahannya hingga dari bergaji RM900 sebulan dan kini mampu menghasilkan jualan jutaan ringgi.

Katanya, beliau ambil inisiatif mengambil tempahan makanan termasuk menjual pemanis mulut, Durian Crepe Rabi dari rumah untuk membantu suami menambah pendapatan keluarga.

Suara mentor usahawan

“Sangat penat, suatu hari dalam hati rasa nak rehat dan tidur sekejap.

“Tetapi masa itu seolah-olah terdengar suara Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa kalau you nak capai luar biasa dan ini adalah tindakan luar biasa you,” katanya mengimbau detik itu.

Tambah Robiatul lagi, beliau terus terbangun dan tonton video Dr Azizan yang berkongsikan pelbagai ilmu keusahawanan.

“Saya fikir apa tujuan bisnes dan tindakan luar biasa. Kalau saya bangun, saya akan pastikan aku dapat hasil yang luar biasa. Inilah titik permulaan yang akan ingat sampai bila-bila,” jelasnya.

Semenjak peristiwa itu, beliau mengikuti perkongsian Dr Azizan dan RichWorks secara dekat dan mempraktikan ilmu yang diberi secara percuma.

Beliau juga memasang tekad untuk berniaga sepenuh masa dari rumah dan nekad mengambil keputusan meletakkan jawatannya sebagai guru tadika pada 2018.

“Daripada menyertai program atas talian, saya mula memberanikan diri menghadiri program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

“Selepas itu, saya menyertai pula program Mentorship SPIRE pada Mac 2019, sebelum diterima menyertai Titanium circle penghujung tahun itu,” katanya.

Berkat bimbingan yang betul, syarikatnya berjaya mencapai jualan RM1.1 juta pada September 2019 berbanding jualan pada 2018 berjumlah RM147,000.

Cabaran PKP Durian Crepe Rabi

Perniagaan baharu sahaja rancak tiba-tiba dikejutkan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) oleh kerajaan mengakibatkan perniagaan durian crepe rabi yang dijalakan oleh Robiatul mengalami kesukaran proses penghantaran.

Jelasnya, beliau berdepan cabaran untuk menghantar stock durian crepe rabi dari Kuala Lumpur ke destinasi lain seperti Kelantan, Kedah dan Johor.

“Sebelum ini kita kejar lori untuk tumpang stock. Kami cari alternatif lain, tetapi bas juga tak jalan,” katanya.

Tambahnya, selain berdepan dengan masalah pengangkutan, ketika itu terdapat perbincangan dikalangan rakan niaga bagaimana cara untuk memberhentikan pekerja.

“Kedai terpaksa tutup, ramai sahabat berbincang macam mana cara nak berhentikan pekerja, macam mana nak bayar gaji pekerja,” katanya lagi.

Namun, dengan sokongan Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan dan RichWorks perniagaan yang dijalankan sejak 2018 dapat beroperasi dengan pendekatan baharu dan meraih keuntungan lumayan.

“Semangat ketika itu merudum, tetapi saya tengok Dr Azizan sentiasa berhubung dengan anak didik menerusi platform digital. Semangat yang Dr Azizan suntik, saya salurkan pula kepada team.

“Dr Azizan pesan, manfaatkan sepenuhnya platform online, kami tunjukan hasil jualan yang diraih sebagai motivasi, semakin hari semakin meningkat. Saya yakinkan pasukan untuk buat jualan semasa PKP,” jelasnya.

Hasilnya, pada 2020 syarikatnya meraih jualan sebanyak RM2.2 juta dan meningkat kepada RM4.3 juta pada 2021. Pada 2022, Robiatul mensasarkan jualan RM10 juta.

Jana pendapatan

Robiatul juga mengalu-alukan individu yang bekerja dan peniaga kecil yang mahu menjana pendapatan tambahan dengan menjual durian crepe.

Tambahnya,sistem agent yang diperkenalkan juga mudah dan menarik, hanya dengan menggunakan telefon pintar.

“Kami mengeluarkan kos dan membantu penghantaran secara percuma. Bagi yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di Instagram dan TikTok akaun @founder_rabi,” ujarnya.

Artikel terbaru

3 Comments

  • Samsudin Samun

    Segala masalah ada penyelesaiannya. Sekiranya kita buntu dalam menyelesaikan masalah, kita boleh minta khidmat nasihat dari orang yang berpengalaman untuk membimbing kita.

    Jangan cari orang yang salah untuk memberi tunjukajar kerana akhirnya ia akan memusnahkan perniagaan yang kita bina.

  • Rohani Mohd Nawi

    Assalanmualaikum saya kerja di Madinah.Macam mn saya nak mengikuti Richwork online.Pernah berdaftar tapi terlepas sbb waktu yg disini dan Msia.

    • Team RichWorks

      Waalaikumussalam. Terima kasih atas comment. Sertakan soalan anda di Whatsapp 0192442244. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply