Ramai orang sering melihat kejayaan seseorang usahawan itu dengan kehidupan yang lebih baik, kereta mewah, rumah yang besar dan lain-lain lagi.
Perkara ini menjadikan inspirasi buat ramai orang untuk mendapatkan kejayaan sebagai seorang usahawan. Malah mungkin ada yang terfikir bahawa keusahawanan merupakan jalan mudah untuk memiliki wang dan glamor tetapi ianya adalah salah.
Terdapat sisi lain yang ramai orang tidak sedar sehinggalah mereka sendiri menjadi sebagai usahawan. Sebagai usahawan, bukan hanya sebuah perjalanan yang indah dan mudah sebaliknya terdapat cabaran-cabaran malah kesusahan tersendiri.
Situasi itu membuatkan mereka bangkit dan berusaha untuk mengubahnya. Tidak kira apa dugaan dan rintangan, mereka bertindak dan mencari jalan untuk mencapai impian dan matlmat masing-masing.
Disebalik kejayaan seseorang usahawan yang anda kenali ketika ini, pasti ada kesusahan, cabaran dan situasi yang sukar hingga buatkan mereka boleh mengalah jika tidak ada kekuatan, keinginan dan bimbingan yang betul ketika itu.
3 perkara yang usahawan akan hadapi :
1/ Tempoh kesusahan
Pastinya ada cabaran yang akan dihadapi seseorang usahawan itu untuk membina bisnes yang berjaya. Apatah lagi bagi mereka yang baru mula berniaga, melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan.
Malah bukan semua perkara yang dirancang akan menjadi. Kita hanya merancang, Allah akan menentukannya. Bila perkara itu tidak mengikut apa yang dirancang, kemungkinan ia akan menimbulkan rasa kecewa dan lama-kelamaan boleh buatkan seseorang itu mengalah.
Bagi yang ada matlamat, niat dan big why yang jelas, akan terus mencari jalan. Mereka akan berhenti sekejap, refleksi balik proses dilakukan dan belajar daripada kesilapan berkenaan.
Ramai usahawan kesukaran bila berdepan dengan kegagalan atau pelan dirancang tak berjaya seterusnya menghalang mereka daripada menjadi usahawan berjaya.
2/ Tempoh tidak buat duit
Dalam proses membina bisnes berjaya, ada masanya terutama waktu mula yang mana mereka tidak nampak atau tidak membuat duit.
Duit yang dibuat kurang berbanding usaha dan masa yang dikorbankan dalam perniagaan. Ini antara kemungkinan yang akan dihadapi oleh usahawan dalam proses menjadi usahawan berjaya.
Jika nak dibandingkan ketika bekerja dengan menerima gaji tetap setiap bulan, usahawan ini belum tentu lagi berapa akan diterima kerana ia semua terletak kepada bagaimana mereka menjalankan perniagaan itu.
Namun melalui ilmu, sistem dan MenThor yang terbukti berjaya, dapat membantu usahawan berdepan dengan keadaan ini dengan mengelakkan daripada melakukan kesilapan yang memberi kesan negatif.
3/ Tekanan yang lebih banyak
Ya, seorang usahawan itu akan menerima lebih banyak tekanan berbanding mereka yang bekerja. Sehubungan itu, sebagai usahawan memerlukan kekuatan mental untuk terus survive.
Usahawan perlu berdepan penolakan, kegagalan, persaingan dan banyak lagi. Usahawan merupakan seorang yang kuat dari segi mental apabila terpaksa mengharungi apa saja situasi melanda seperti ketika pandemik waktu ini.
Justeru itu, keusahawanan tidak menjamin untuk anda mencapai kejayaan. Terdapat risiko yang perlu dihadapi bagi mereka yang ingin menjadi usahawan.
Tetapi melalui ilmu, sistem dan MenThor yang ada proven success pastinya dapat bantu anda, memudahkan untuk bagaimana perjalanan perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan yang dimahukan itu mengikut jejak mereka sudah berjaya.