Digilai Ramai, Ini 5 Rangkaian Makanan Segera Terkenal Dunia

Digilai Ramai, Ini 5 Rangkaian Makanan Segera Terkenal Dunia

Jika sebut mengenai makanan segera, pasti semua teruja mendengarnya!

Industri makanan segera atau fast food boleh dikatakan antara pasaran terhangat global pada ketika ini.

Rangkaian ini mengawal ekonomi dunia dengan anggaran mencecah trilion dolar AS dan menggaji berjuta-juta graduan hospitaliti di seluruh dunia.

Untuk menjadi salah satu rangkaian makanan segera terbaik di dunia, syarikat anda perlu mempunyai pilihan yang lebih sihat dan menu yang pelbagai.

Oleh itu, mari kita lihat senarai antara francais makanan segera terkenal di dunia.

1.       McDonald’s

Siapa yang tidak pernah dengar nama McDonald’s bukan? McDonald’s adalah salah sebuah rangkaian makanan segera terbesar di dunia dan telah mempunyai lebih 38 ribu cawangan di hampir 120 buah negara di seluruh dunia. Selama bertahun-tahun, jualan tahunannya telah melonjak melebihi paras 29 bilion dolar.

Ditubuhkan oleh adik-beradik McDonald, Maurice dan Richard pada tahun 1940, McDonald’s merupakan peneraju rangkaian makanan segera terbesar di Amerika dan seluruh dunia.

2.       Starbucks

Digilai para pencinta kopi, Starbucks merupakan jenama terkenal dalam industri kopi di seluruh dunia malah ia adalah rangkaian makanan segera terbesar di seluruh dunia yang menjual kopi secara eksklusif dan perkhidmatan gourmet lain.

Restoran Starbucks memulakan operasinya pada tahun 1972 dan kini mempunyai lebih 24000 kedai di seluruh dunia.

3.       Subway

Jenama yang tidak asing lagi buat penonton setia k-drama, Subway yang ditubuhkan lebih setengah abad yang lalu telah membuat kemajuan yang besar dalam perniagaannya dan kini mempunyai lebih 33,000 restoran di lebih 100 negara di seluruh dunia.

Menariknya, Subway mempunyai lebih 80 kedai di Singapura, sebuah negara yang bersaiz hanya 300 batu persegi!

Sebenarnya, terdapat kesedaran yang lebih besar bagi pengambilan makanan sihat yang telah membawa kepada kemunculan rantaian makanan segera yang sihat di seluruh dunia.

Pengguna yang sihat dan mementingkan kalori telah membuatkan Subway berjaya mengekalkan prestasi hebatnya di seluruh dunia.

Di Subway anda sentiasa boleh mengharapkan sesuatu yang segar untuk di makan!

4.       Burger King

Seperti McDonald’s, Burger King telah berkembang menjadi suatu jenama yang sinonim dengan burger di Amerika Syarikat.

Ia telah berkembang pesat di seluruh dunia dan telah menjadi salah satu rangkaian makanan segera terbesar di dunia.

Terkenal dengan burger istimewanya iaitu Whopper, Burger King (BK) kini mempunyai lebih daripada 14000 restoran di lebih 95 negara.

BK telah ditubuhkan oleh dua graduan hospitaliti di Miami pada tahun 1954. Selain daripada burger, BK menawarkan salad, shakes dan banyak lagi.

5.       KFC

Sedap hingga menjilat jari katanya! Anda pasti setuju bukan?

Sudah semestinya KFC perlu berada dalam senarai rangkaian makanan segera teratas dalam dunia.

Seperti namanya, Kentucky Fried Chicken yang diasaskan oleh Colonel Sanders sangat terkenal dengan ayam gorengnya yang disaluti rempah ratus hasil daripada resepinya yang tersendiri.

Menariknya, outletnya yang terbesar di dunia bukanlah terletak di Amerika Syarikat sebaliknya ia terletak di tapak bekas stesen kereta api di Baku, Azerbaijan dan mampu menampung 300 tetamu pada suatu masa.

Artikel terbaru

Leave a Reply