Datuk K Zahir Penghargaan, Datuk Wira Dr Azizan Transform Anaknya Lebih Berjaya Bisnes & Perubahan Diri

Datuk K Zahir Penghargaan, Datuk Wira Dr Azizan Transform Anaknya Lebih Berjaya Bisnes & Perubahan Diri

Ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K menzahirkan penghargaan kepada Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana berjaya transform anaknya, Asyraf Khalid menjadi usahawan berjaya.

Menurut suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu banyak perubahan diri yang lebih positif terhadap Asyraf setelah dibimbing Dr Azizan dan RichWorks.

“From bottom of my heart, saya mahu merakamkan ucapan penuh ikhlas, penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kerana melakukan sesuatu yang begitu hebat dalam masa yang singkat.

Perspektif berbeza

“Dr Azizan membina attitude dan principal Asyraf, sikap terhadap kehidupan bukan hanya kepada bisnes. Sekarang dia ada perspektif yang berbeza selepas jumpa Dr Azizan,” jelasnya.

Tambah Datuk K, sebelum ini beliau telah menghantar anak lelakinya itu ke pelbagai institusi pendidikan di dalam dan luar negara.

“Saya hantar Asyraf ke sekolah antarabangsa, pondok, Melbourne tetapi tiada guru yang boleh ‘mengajarnya’.

“Asyraf jadi insan yang berbeza, saya kagum apabila dia menceburi bidang peniagaan, lebih berdisiplin, lebih teratur, lebih organise dalam perniagaan tetapi lebih daripada itu, Asyraf juga lebih mendekati diri dengan Tuhan,” jelasnya lagi.

Tanggapan klise

Dalam pada itu, Datuk K turut menepis tanggapan klise bahawa kejayaan Asyraf hari ini kerana pengaruh bapanya.

“Kalau orang tak tahu, orang ingat anak Datuk K, modal dia boleh dapat, tapi tak, saya tak lakukan macam itu, sebenarnya mereka juga melalui cabaran dan kesukaran untuk capai sesuatu kejayaan.

“Izin Allah Taala, mungkin dengan berkat doa ibunya Tengku Zawiyah juga. Bagi mereka saya ayah yang tegas, macam Siti pernah kata saya antara orang yang paling garang dia pernah jumpa dan saya juga antara orang yang penyayang yang dia kenali,” ujarnya.

Datuk K, turut mengimbau detik-detik Asyraf mahu berguru dengan Dr Azizan dan mengikuti program anjuran RichWorks.

“Masa dia nak masuk kelas dulu, saya bukan tak encourage, tetapi kerana kegagalan sebelum ini, dia kata cikgu-cikgu semua tak pandai.  

Sokongan Tya

“Bila dia nak masuk Dr Azizan, dia takut nak minta duit dengan saya, but he so lucky, dia tak minta dengan mak dia pun, tapi dia minta daripada isterinya Tya (Tya Arifin), Tya tolong untuk Asyraf sertai kelas Dr Azizan.

“Tya begitu menyokong Asyraf, kejayaan mereka hari ini adalah hasil usaha kegigihan mereka untuk belajar. Dan Dr Azizan dah beri satu ilmu, yang mana saya rasa ilmu tu memang sukar untuk dicari di sebarang tempat. Memang sukar,” katanya.

Datuk K cemburu

Sebagai bangsa usahawan, Datuk K turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Dr Azizan melahirkan ramai jutawan.

“Saya pun cemburu dengan Dr, kerana Dr ada kebolehan tu, Dr ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. Saya kagum.

“Bayangkan jutawan yang Dr bimbing ni, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada Dr kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajar daripada Dr.

“What you did, Dr memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda. Ketika saya memulakan perniagaan,” jelasnya.

Be humbe, more humble

Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, but be humble, more humble and more humble, ajar mereka to be success,” katanya menerusi video yang dimuat naik oleh Asyraf di akaun Instagram miliknya.

Meninjau ke akaun Instagram isterinya, tyaarifinnw turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Dr Azizan.

“Bersyukur ada My Menthor, Datuk Wira Doc Azizan Osman @azizanosman_official, yang membimbing dan mentransform Mutyara hingga hari ini, bukan hanya perniagaan, tapi dalaman diri pun banyak berubah. Thankyou Doc,” tulisnya.

Pasangan suami isteri ini mengambil keputusan menyertai kelas anjuran RichWorks pada 2019, setelah mengikuti perkembangan dan results yang dihasilkan oleh Dr Azizan sejak 2016 secara online.

Asyraf dan Tya mula mengusahakan jamu Mutyara Beauty pada 2018. Kandungan jamu itu  merupakan rahsia kecantikan turun-temurun keluarga Tya yang berasal dari Indonesia.  

Jamu Mutyara Beauty dihasilkan dengan ramuan istimewa bahan semula jadi serta campuran herba, kunyit, halia, akar serapat, Kacip Fatimah.

Selain Mutyara, Asyraf juga antara pemilik perniagaan jenama Kilafit diusahakan Kilafairy serta Jiwaku Kids menampilkan anak sulungnya, Arif Jiwa.

Artikel terbaru

1 Comment

  • Menjadi anak kepada seorang usahawan berjaya dan terkenal bukan jaminan untuk seorang anak mencapai seperti apa yang ayahnya kecapi. Proses pembelajaran di dalam keluarga kadangkala perlu di tambah baik lagi dengan mendapatkan bimbingan dari seseorang yang lain agar ilmu yang dipelajari melalui pengalaman keluarga dapat mengesahkan apa yang dibuat selama ini adalah benar dan mengikut standard yang sepatutnya.

Leave a Reply