Cara Untuk Urus Bisnes Anda. 6 Tips Penting

Cara Untuk Urus Bisnes Anda. 6 Tips Penting

Nak urus bisnes dengan baik, usahawan kena sentiasa bersedia untuk berubah, semua orang perlu berubah terutamannya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar dapat bertahan dan terus berkembang dalam keadaan pandemik ini.

Mereka yang tak mahu berubah, kekal dengan cara lama, akan buatkan mereka ketinggalan seterusnya karam di tengah lautan disebabkan mungkin ego atau sikap selesa dengan keadaan sedia ada.

Sebab itu, ada saja bisnes-bisnes yang suatu masa dulu gah dan popular namun disebabkan mereka tak berubah dan selesa menyebabkan jatuh hingga ada yang terus tutup contohnya jenama terkenal seperti Kodak, Nokia dan lain-lain.

Perubahan ini lebih kepada strategi dan soal pengoperasian sebaliknya soal asas bisnes masih kekal termasuk sikap usahawan itu sendiri seperti komitmen, visi dan misi serta ketahanan mereka.

Dalam keadaan semasa, strategi baru atau lama perlu dilakukan dan ditambah baik agar disesuaikan dengan perubahan semasa yang berlaku kepada masyarakat dan negara.

6 tips penting untuk urus bisnes agar bertahan malah berkembang :

1. Pelan apa yang perlu dilakukan

Buat perancangan dulu, tanpa perancangan anda sudah merancang untuk gagal. Pelan bagi pelbagai perkara penting seperti strategi, kewangan, jualan dan sebagainya. Ini merupakan langkah pertama buat anda.

2. Adjust pelan dibuat

Perubahan berlaku dengan cepat, keadaan boleh berubah sekelip mata seperti PKP 1.0 yang berlaku tahun lalu. Meskipun pelan sudah dibuat pada waktu itu, perubahan masih perlu dilakukan mengikut keadaa terkini yang berlaku.

3. Dengar pandangan dan nasihat MenThor

MenThor bisnes anda merupakan antara perkara penting yang diperlukan bagi memberikan teguran dan menilai pelan yang nak dilakukan disamping mengingatkan anda supaya berada pada hala tuju yang betul.

Apa yang dirancang dan dipersetujui bersama MenThor, komited dan lakukan tindakan untuk berdepan cabaran dan masalah yang dihadapi itu.

4. Pantau dan nilai segala pelan yang dilakukan

Segala perkara dilakukan perlunya pemantauan dari semasa ke semasa untuk pastikan ia berhasil dan menyaksikan perkembangan positif. Jika tidak berlaku seperti diharapkan, adjust seperti yang sudah dinyatakan pada point kedua di atas ini.

5. Penggunaan media sosial

Kini boleh dikatakan kebanyakan orang mempunyai akaun media sosial, seperti Facebook, Instagram, Twitter disamping website dan platform e-dagang. Terutamanya dalam media sosial, ia dapat merupakan platform membolehkan usahawan membina komuniti, interaksi bersama sasaran pasaran dan soal marketing & branding.

Jangan abai aspek ini yang mungkin dianggap mudah sedangkan jika ia dilakukan dengan betul, boleh membawakan pulangan yang cukup banyak kepada anda dari segi leads pelanggan, branding, engagement dan lain-lain.

6. Dari semasa ke semasa lakukan penambahbaikan

Bangsa usahawan perlu dari semasa ke semasa tambah baik lagi cara urus bisnes mereka. Sekiranya dibiarkan statik tanpa tambah baik mungkin dari segi teknologi dan sebagainya hanya buatkan berada pada tahap sama dan saksikan peningkatan yang perlahan.

Justeru itu, perlunya usahawan mempunyai growth mindset yang sentiasa mencari perkara yang boleh diperbaiki dan ditambah baik dalam bisnes anda.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Kita Buang Masa Bila…

Kita Buang Masa Bila…

Ya benarlah kata pepatah, masa itu emas. Kita akan buang masa bila… 1/ Kita buang masa bila kita tidak berterus terang dalam berkomunikasi sesama kita;

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Kerja berpasukan yang hebat dapat memberikan impak positif kepada bisnes anda. Ia dapat membuatkan kerja-kerja team dapat berjalan dengan lancar bagi mencapai sasaran dan matlamat