Duit Cepat Saja Habis? 10 Cara Untuk Berjimat

Duit Cepat Saja Habis? 10 Cara Untuk Berjimat

Bagaimana nak menyimpan duit jika tidak mengawal perbelanjaan harian anda?

Justeru itu, kami nak kongsikan beberapa langkah mudah dan cepat agar dapat jimat dan menyimpan duit.

Jika anda melakukan langkah-langkah ini dalam kehidupan seharian, tidak mustahil anda mampu menyimpan ribuan ringgit duit dalam tempoh beberapa tahun. Selamat mencuba.

10 cara untuk berjimat dan menyimpan duit anda :

  1. Memasak di rumah

Rajin-rajin memasak di rumah. Pasti anda boleh jimatkan duit daripada berbelanja di luar.

Mulakan mungkin 1 kali seminggu dulu, kemudian tambahkan kekerapannya.

  1. Buat kopi sendiri

Pasti ramai di sini gemar minum kopi hingga ada yang gemar membeli kopi di luar terutama brand terkenal seperti Starbucks & Coffee Beans.

  1. Buat senarai barangan sebelum pergi beli di kedai atau pusat beli-belah

Pastikan ada senarai ini kerana manusia sukar nak melawan nafsu untuk membeli belah lagi. Tanpa senarai ini, boleh buatkan anda elak daripada membeli benda lain dan pastikan tak ada benda yang terlupa.

  1. Membeli ketika dalam keadaan masa yang suntuk

Dalam keadaan ini, anda akan terus ambil barang dimahukan saja berdasarkan senarai yang ada. Jadi dapat elakkan daripada berbelanja pada benda-benda lain.

  1. Perhatikan tempoh luput sesebuah barangan makanan

Ia dapat elakkan anda daripada membazirkan duit dengan barangan yang boleh luput dalam masa terdekat.

  1. Bayar bil-bil pada masanya

Pastikan bayar bil dan komitmen anda pada masanya. Elakkan daripada dikenakan caj atau denda lewat bayar.

  1. Elakkan tiba-tiba kehendak nak beli barangan tertentu

Jadikan tabiat untuk elak melakukan pembelian mengejut. Kemungkinan barangan itu tidak diperlukan.

Oleh itu, anda boleh tunggu sehari dua dulu bagi buat pertimbangan dan melihat adakah diperlukan dan harga yang terbaik.

  1. Bawa botol air sendiri

Ya, bawa botol air anda. Elakkan daripada anda membeli air di luar yang mana boleh menjimatkan duit anda.

  1. Selenggara kenderaan mengikut jadual/tempoh ditetapkan

Pentingnya selenggarakan kenderaan anda mengikut jadual/tempoh ditetapkan. Hal ini dapat elakkan anda daripada perlu mengeluarkan lebih banyak duit bagi kos baik pulih dan sebagainya.

  1. Jauhi diri daripada rakan yang berbelanja tinggi

Cuba jauhkan diri daripada rakan-rakan yang berbelanja besar, seperti menukar telefon bimbit atau kereta setiap tahun.

Artikel terbaru

Leave a Reply