Cara Tulis Headline Copywriting Yang Bagus

Cara Tulis Headline Copywriting Yang Bagus

Tajuk? Ada apa dengan tajuk? Penting sangat ke tajuk dalam copywriting?

Kalau anda nak tahu, headline copywriting memainkan peranan yang penting. Contohnya, bila anda baca surat khabar atau majalah, apa yang akan anda baca dulu. Tentu tajuk kan? Sangat jarang lah ada orang yang baca inti dulu, baru tengok tajuk. Betul?

Macam mana anda nak orang baca penulisan anda sampai habis? Apa teknik yang harus anda guna dalam penulisan anda? Jangan risau, kami akan kongsikan 5 tips untuk menulis tajuk yang menarik, yang boleh menarik perhatian pembaca untuk terus membaca sampai habis.

5 tips Untuk Menulis Headline Copywriting Yang Bagus

  1. Guna Perkataan Senarai

Untuk memudahkan pelanggan nak tahu apa yang anda nak tulis, gunakan perkataan ‘senarai’ seperti 7 tips, 5 teknik atau 9 langkah. Jika anda lihat post-post kami sebelum ini, kami banyak gunakan teknik ini.

Ia untuk memberitahu anda secara terus apa yang kami sediakan untuk anda, seperti ‘5 Tips untuk berjaya’. Ini bermakna, kami kongsikan dengan anda 5 cara untuk anda mencapai kejayaan, faham faham? Dengan adanya list nombor, ia lagi cepat untuk dibaca.

  1. Berikan Janji/Tawaran

Anda juga boleh sertakan janji atau berikan tawaran dalam penulisan headline copywriting anda. Contohnya ‘Tawaran ‘Couple Ticket’ – Untuk Siapa Anda Mahu Berjaya?’ Ini adalah contoh tajuk yang kami gunakan dalam emel IMKK.

Selain itu, anda boleh minta mereka baca sampai habis kerana ada tawaran menarik yang anda ingin berikan. Bila anda tawarkan janji menarik yang susah mereka nak dapat, pasti mereka akan baca sampai habis dan rebut tawaran tersebut

  1. Tanya Soalan

Anda juga boleh mulakan headline anda dengan pertanyaan soalan. Contohnya ‘Adakah anda ingin berjaya?’ atau ‘Anda ingin letupkan bisnes anda’? Bila anda gunakan persoalan, sudah pasti pembaca ingin tahu, betul?

Secara automatik mereka akan klik link yang anda bagi untuk bacaan lanjut. Selain itu, bila anda gunakan ayat tanya, ia seperti anda sedang berkomunikasi dua hala dengan pembaca anda. Ia mewujudkan persoalan yang membuatkan pembaca ingin tahu. Pelbagaikan ayat pertanyaan dalam penulisan anda.

  1. Emosi

Gunakan emosi dalam headline anda. Seperti anda baca berita kematian dan kemalangan di akhbar, sama lah dengan copywriting anda.

Yang berbeza adalah, anda ingin beri ilmu pemasaran dan perniagaan pada pembaca anda. Jadi, emosi yang perlu anda tulis adalah keterujaan, inspirasi, motivasi, kesedaran atau perasaan ingin tahu. Bayangkan bila anda tulis ‘Kenapa manusia suka bertangguh?’, tidakkah ia memberi rasa ingin tahu kepada pembaca. Atau ‘Dulu dibantu, sekarang membantu’, bila anda baca tajuk ini, anda mungkin terfikir ia akan memberi inspirasi pada anda, betul?

  1. Gunakan ‘Jangan’

Penggunaan ‘jangan’ dalam penulisan lebih kepada untuk memberi didikan atau peringatan kepada pembaca. Contohnya, ‘Jangan malas mencari ilmu’ atau ‘Jangan abaikan mesej ini’. Jika anda gunakan dalam penulisan anda, ia seperti satu arahan yang perlu kita patuh, betul? Selain itu, anda boleh tulis artikel berkaitan ‘do and don’t’ dalam bisnes. Sesuaikan tajuk penulisan anda dengan artikel yang anda mahu tulis.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Cara Tulis Headline Copywriting Yang Bagus” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply