Apabila anda berfikir tentang kreativiti dan inovasi, apakah yang terlintas di fikiran? iPhone? kereta tanpa pemandu? seni dan arca?
Kreativiti dan inovasi ada di sekeliling kita. Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang sangat diperlukan dalam semua bidang kehidupan manusia. Sama ada berkaitan dengan urusan kehidupan biasa atau dalam bidang kerjaya.
Kedua-dua elemen ini memberikan impak yang besar kepada kemajuan seseorang individu dan organisasi.
Oleh itu, kedua-duanya menjadi agenda yang besar dan sangat diambil berat oleh sektor kerajaan serta sektor swasta. Banyak usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kreativiti dan daya inovasi dalam kedua-dua sektor itu.
Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baharu atau dalam bentuk baharu dan asli. Kreativiti memerlukan daya imaginasi tinggi, penerokaan dan kebolehan membina hubungan baharu terhadap maklumat lama dan sedia ada.
Kreativiti pula boleh menghasilkan inovasi iaitu idea atau cara untuk menambah baik proses atau cara lama yang lebih efektif dan berkesan atau lebih menarik. Melalui inovasi, kita perlu menggunakan minda kreatif dan daya imaginasi tinggi.
Kedua-dua elemen ini sangat diperlukan untuk membawa negara ke arah kemajuan dan berdaya saing.
Jadi bagaimana nak meningkatkan kreativiti?
1. Buka pintu minda
Menurut ahli ekonomi John Maynard Keynes kesukarannya bukan terletak pada mengembangkan idea baru tetapi melarikan diri daripada idea lama.
Mengapa ini terjadi? Kerana awal-awal lagi individu tersebut merasakan dirinya tidak kreatif.
Jika anda menetapkan dalam minda dan berkata saya tidak kreatif dan inovatif , maka anda akan terlepas banyak peluang untuk melihat perkembangan dan pembaharuan.
Maka, anda tidak akan meluangkan masa untuk memikirkan apa yang boleh berlaku, kerana anda akan berpuas hati dengan apa yang ada.
Sehubungan itu, segera ubah mindset, lakukan perubahan dan perbaiki proses.
2. Mempelbagaikan cara berfikir
Orang yang banyak idea biasanya ialah orang yang mampu menggunakan pelbagai jenis pemikiran. Itu yang terbaik.
Teknik berfikir adalah satu kemahiran bukan semula jadi. Anda perlu belajar dan berlatih.
Jangan anggap keputusan yang baik dalam peperiksaan menunjukkan anda adalah seorang yang bijak berfikir.
Ada bermacam-macam cara berfikir dan anda perlu membiasakan diri dengannya.
Ada pemikiran kritikal, pemikiran analitis, pemikiran lateral, pemikirian konstruktif, pemikiran negatif, pemikiran positif, pemikiran kreatif, pemikiran innovatif dan bermacam-macam lagi kita boleh nampak.
3. Jangan mengalah
Jangan cepat mengalah, dan beralih angin sekiranya idea yang anda buat tu gagal.
Anda perlu ingat bahawa tidak berjaya kali pertama tidak bererti gagal untuk selama-lamanya.
Kenal pasti kekurangan dan kelemahan yang mungkin wujud, lakukan penambah baikkan dan cuba sekali lagi. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam.
4. Cari sudut baru
Orang sering mengembangkan idea baharu kerana ingin tahu, mencari penyelesaian kepada sesuatu yang menjengkelkan mereka, dan melihat cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu.
Antara sudut pandang yang boleh anda pertimbangkan:
a) Apa yang mengecewakan anda?
b) Apa yang anda ingin tahu?
c) Di manakah titik kesukaran dalam proses kerja harian anda?
d) Apa yang boleh anda lakukan dengan lebih baik atau berbeza?
e) Apa yang pesaing anda lakukan tetapi anda tidak lakukan?
5. Wujud ruang berfikir
Apa yang boleh kita lakukan ialah memupuk cetusan kreativiti?
Dedikasikan ruang masa untuk meneroka idea-idea baru untuk mencetuskan kreativiti.
Sambil menikmati secangkir kopi, menghirup udara segar, menikmati keindahan alam, berfikirlah di waktu yang menenangkan itu.
6. Lakukan rujukan
Tak semestinya, buat tesis dan bahan ilmiah sahaya perlu rujukan.
Selalu membaca bahan-bahan yang berfaedah akan menambahkan pengetahuan anda dalam pelbagai perkara.
Cukup memahami prinsip, asas dan pengenalan tentang sesuatu. Ia pasti akan banyak membantu anda mengeluarkan idea-idea yang bernas dan kreatif.
7. Mohon daripada pemilik-Nya
Kita perlu ingat, idea itu adalah milik Allah. Mohon dan mintalah daripada-Nya supaya dibukakan pintu hikmah dan khazanah pengetahuan-Nya untuk anda.
Mohonlah, doa kepada Allah tidak putus-putus dengan hati yang khusyuk dan tawadduk setiap hari selepas solat.
Semoga setiap hari kita menjadi manusia yang kreatif berbanding sebelum ini. Lebih bermakna, kreativiti anda turut memberi manfaat kepada orang lain.
19 Comments
Tq selalu memberi info berita terkini
Terima kasih atas comment yang positif. Semoga dapat capai matlamat anda!
Alhamdulillah atas ilmu yg mbuka minda saya
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat!
Terima kasih kerana tak jemu memberi ilmu,semangat dan keyakinan yang dapat dijadikan inspirasi diri🤗
Terimakasih di atas perkongsian ilmu.
Terima kasih atas comment anda. Semoga bermanfaat!
Terbaik
Terima kasih atas comment anda. Semoga bermanfaat!
3learning point:
1.focus – dapat menajamkan lagi
kreativiti seseorang dari segi
Idea dan kebolehan dlm diri.
2.konsisten-dapat menghasilkan kerja
kreativiti dlm diri yg
bagus.
3.action-dapat mengembangkan
kebolehan diri seseorang
serta dpt meningkatkan kreativiti seseorang.
Amat berkesan.Info yang amat berguna.Terima kasih
Terima kasih atas perkongsian. Semoga info ini berguna buat anda!
Terima kasih … jazakallah Khairan Kathira 🥰
Terbaik! Terima kasih atas comment anda. Semoga bermanfaat!
Alhamdulillah terimakasih team richworks krn info ini telah membuka minda saya untuk lbih brfikiran positif …..Saya tahu skrang saya mesti lebih banyak membaca dan lebih bnyak berfikir untuk jadi lebih kreatif dan inovatif
Terima kasih atas comment yang positif. Semoga dipermudahkan untuk capai matlamat anda!
Learning point:
1. Buka pintu minda
2. Mempelbagaikan cara berfikir
3. Jangan mengalah
4. Cari sudut baru
5. Wujud ruang berfikir
6. Lakukan rujukan
7. Mohon daripada pemilik-Nya
Switch! Arghhhh! Say Yes.. Yes.. Yes…I’M MARKETING GENIUS!💪🔥
I MUST be a billionaire !
Awesome! Terima kasih atas semangat luar biasa anda. Anda Kaya dan Berjaya!