5 Cara Memajukan Perniagaan Walau Bajet Sedikit

Anda mempunya idea untuk memulakan perniagaan dan sedia membawanya lebih tinggi.

Namun, bajet pula sedikit. Adakah situasi itu akan membantutkan impian mahu jadi bangsa usahawan yang berjaya.

Jangan putus asa terlalu awal.

Ingin tahu bagaimana perniagaan anda berjalan lancar dengan bajet yang sedikit?

1. Bermula dari rumah

Kita hidup dalam dunia digital. Perkara utama: anda mempunyai pilihan dalam hal perniagaan.

Bergantung pada jenis perniagaan yang anda mulakan, anda mungkin tidak memerlukan kerja keras.

Kini, 50% perniagaan dijalankan dari rumah.

Oleh itu, satu cara untuk mengurangkan perbelanjaan permulaan dan berpegang pada bajet kecil anda adalah dengan bermula dari rumah anda.

Pemilik terkenal di sebalik syarikat besar seperti Amazon, Facebook, Microsoft dan Disney semuanya bermula dari rumah.

Tindakan ini menyelamatkan anda daripada kos menyewa.

2. Pengorbanan peribadi

Jenis pengorbanan yang perlu anda lakukan untuk perniagaan bergantung pada jumlah simpanan peribadi anda dan jumlah pendapatan tambahan yang dibawa oleh isi rumah anda.

Namun, jika kita menyelak kisah bangsa usahawan, ada yang menggadaikan barang kemas dan menjual kenderaan demi kelangsungan perniagaan masing-masing.

Apa pun bentuk pengorbanan anda, pastikan pengorbanan ini berbaloi dan mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.

3.  Kumpul dan banding

Luangkan masa anda untuk kumpul dan bandingkan harga untuk perkara seperti inventori, penghantaran, insurans perniagaan, peralatan, bekalan, dan kenderaan perniagaan.

Sebelum anda bekerjasama dengan pembekal atau melabur dalam kereta syarikat baharu, lakukan penyelidikan untuk mengetahui sama ada terdapat tawaran yang lebih baik.

Berbincang dengan penjual yang berbeza untuk mengetahui seberapa banyak maklumat yang anda boleh.

Namum ingatlah, perhubungan adalah kunci dalam perniagaan, kekal saling menghormati dan membuat perjanjian dalam keadaan yang harmoni. Mungkin akan ada kerjasama jangka masa panjang.

4. Jangan Abaikan Pemasaran

Tiada wang untuk mengeluarkan iklan besar? Tidak mengapa. Tetapi, anda tidak boleh menghapuskan semua jenis pemasaran.

Pemasaran adalah perkara penting untuk memastikan pelanggan mengetahui tentang anda, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Terdapat beberapa strategi pemasaran kos rendah yang boleh anda lakukan seperti pemasaran kandungan (blog), emel, media sosial dan mulut ke mulut.

5. Pembiayaan luar

Di Malaysia, kerajaan dan organisasi tertentu menawarkan pelbagai pembiayaan perniagaan kepada bangsa usahawan seperti pinjaman, pelaburan, kredit, atau geran.

Sebelum anda memutuskan untuk menggunakan pembiayaan luar, pertimbangkan kebaikan dan keburukan setiap pilihan.

Tanya diri anda banyak soalan dan dapatkan jawapan untuk setiap soalan!

Contohnya, adakah anda ingin membuat pinjaman dengan faedah tinggi atau talian kredit?

Jadi, rancanglah sebaiknya perniagaan anda. Hari ini banyak ilmu dan kaedah untuk anda menguruskan perniagaan dengan berkesan.

Gunakan modal yang ada sesuai dengan tahap dan skala perniagaan anda.

Nak berniaga tanpa modal pun boleh, anda boleh bermula dengan dropship. Ada memulakan perniagaan hasil untung bisnes secara dropship.

Jika anda mempunyai modal, guna modal itu sebaiknya dan tak silap percaturan bagi mengelakkan anda mengalami kerugian.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “5 Cara Memajukan Perniagaan Walau Bajet Sedikit” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

5 Comments

  • Masni binti Dolah

    Learning point yg dipelajari, dgn buat marketing online bisnes boleh lagi jalan. Walapun modal sikit.. gunakan apa yg ada ditangan

  • Bsns ape sahaja adalah bermula dgn diri sendri. Kena bersungguh2 jika kita btl2 nk buat .bt bsns yg kita minat.
    Jalankan bsns yg kita mahir.jika kita minat sesuatu bsns tu lbh sng kita atasi dgn mudah.kita yg drive bsns itu dan sudah tntu kita fhm ape yg di tahu mcmna nak selesaikan sebarang permslhan yg berlaku. smua bergantung ilmu kita sndri.
    Lbh byk kita bljr sbnya lbh byk kita dpt keuntungannya.

  • Gunakan cara pemasaran skala kecil ikut kemampuan saiz bisnes dn buat survey utk dptkn stok yg lbih menguntungkn……. Tqvm team richworks

Leave a Reply