Bisnes Umpama Larian Maraton. 5 Perkara Penting Boleh Usahawan Pelajari

-Proses perjalanan bina bisnes berjaya

Pejam celik, kita sudah pun masuk bulan akhir bagi suku pertama 2022 ini.

Moga segala apa yang dirancang pada penghujung tahun lalu atau awal tahun ini membawakan ‘result’ yang disasarkan, insyaAllah.

Lihat balik prestasi semasa, apa lagi perlu buat pada Mac ini sebelum berakhirnya suku tahun pertama 2022.

Sebagai usahawan, saya selalu sebut kita perlu ada matlamat yang jelas agar segala perancangan dan strategi dibuat selari dan memudahkan lagi untuk mencapainya.

Namun, langit tak selalu cerah, bangsa usahawan pastinya akan berdepan cabaran-cabaran mengikut tahap bisnes dan situasi semasa.

Tak mungkin, usahawan itu tak ada cabaran sepanjang proses mereka dalam membina bisnes yang berjaya.

Mustahil! Pastinya akan ada cabaran apatah lagi untuk seseorang usahawan itu nak berkembang dan pergi ke ‘next level’. Itu sebabnya pada minggu lalu, saya sebutkan tentang kepentingan metamorfosis bagi bangsa usahawan.

Larian maraton

Selain itu, dalam bisnes memerlukan anda melalui proses perjalanan yang jauh dan mencabar.

Bisnes ini umpama larian maraton dengan jarak perjalanan yang jauh. 42 kilometer bagi maraton penuh yang perlu kekalkan momentum atau ‘sustain’ hingga ke garis penamat.

Ia berbeza dengan seorang pelari pecut 100 meter yang mana mereka perlu menggunakan segala tenaga yang ada untuk tempoh yang lebih singkat, beberapa saat saja diambil.

Saya masih ingat, ketika saya dilatih dan bekerja dalam ‘sales & marketing’, leader cakap jangan jangka hari ini belajar terus boleh buat jualan, jangan rasa bila latih pasukan anda boleh terus pandai.

Semua itu adalah proses, ada yang kena belajar berkali-kali baru faham dan perlu dilatih secara berterusan agar tidak ketinggalan dengan perubahan yang berlaku di sekeliling kita.

Sebab itu, penting berapa lama anda boleh bertahan dan mengembangkan bisnes itu.

Jangan fikir bisnes ini boleh cepat berjaya dan terus capai apa yanga anda mahukan.

Cuba lihat syarikat dan jenama Nestle, Matsushita, Gucci yang mana mereka telah bertahan lebih 100 tahun.

Sebab itu anda kena faham 5 perkara yang boleh dipelajari daripada larian maraton:

1. Nak bina bisnes yang mapan, anda kena bina ketahanan dan stamina untuk ‘paksa’ diri keluar dari zon selesa.

2. Masa anda tengah perlahankan momentum atas apa-apa sebab, itulah masa untuk ‘recovery’ bagi bina balik prestasi.

3. Dapatkan ‘fuel’ atau pengisian yang betul bagi mendapatkan prestasi tenaga efisien.

Dalam diri ini, ada 4 perkara perlu kita jaga iaitu jasad, akal, hati dan roh anda.

4. Ambil kira setiap peristiwa penting atau jarak yang dicapai dengan menyambut kejayaan kecil itu yang membawa kepada kejayaan utama atau sasaran anda.

5. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, perlu kekal fokus yang tinggi untuk melepasi ‘garisan penamat’ itu.

Sebenarnya dalam hidup ini, kebanyakan orang yang berjaya dia ‘pelari maraton’ kerana dapat ‘sustain’ mengekalkan momentum hingga berjaya ke garisan penamat atau matlamat masing-masing.

Anda pilih yang mana, seorang pelari pecut atau maraton?

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Bisnes Umpama Larian Maraton. 5 Perkara Penting Boleh Usahawan Pelajari” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

27 Comments

Leave a Reply