Cara Buat Video Bisnes di YouTube. 8 Tips Untuk Anda

Hari ini kami nak kongsikan tips istimewa bagaimana usahawan di luar sana boleh tingkatkan perniagaan melalui laman YouTube dengan buat video bisnes. Kami pasti, tak ramai yang tahu, kalau tahu pun mungkin tekniknya tak tepat.

Bila dengar je YouTube, perkara pertama yang terlintas di fikiran anda ialah drama atau lagu, betul? Mungkin ramai antara anda yang tidak tahu, YouTube boleh digunakan sebagai platform untuk pasarkan perniagaan anda dan rekod secara ‘live cam’.

Anda duduk saja depan laptop atau smartphone, lepas tu dah boleh buat video – ‘live streaming’ dengan penonton anda.

Nak berbisnes atau ‘live streaming’ ni, ada caranya tau. Apa kata kami kongsikan sedikit dengan anda untuk buat rujukan. Boleh kan?

Nak cerita sikit, ada kakak orang Kedah ‘ni, jual scrub badan dan muka je, dah lah hanya seorang suri rumah, dengan gunakan teknik video ini dan beberapa teknik lain, sudah boleh buat jualan produk scrubnya sehingga RM300,000 sebulan. Tak nak ke?

Ilmu bisnes dan pemasaran ini adalah khas untuk anda usahawan yang nak tingkatkan jualan dengan pelbagai tenik pemasaran.

8 tips untuk buat video yang baik :

1. Akaun Google dan Youtube

Sebelum anda upload video ke YouTube, anda perlu ada akaun Google dan YouTube dahulu. Baru boleh upload video tips, live cam, video motivasi, video tutorial dan sebagainya yang anda dah rakam.

Caranya, anda ‘create’ akaun Google dan anda akan diminta untuk ‘sign in’ ke akaun YouTube. Isikan sahaja ruangan tersebut dan akan ada video tutorial dari YouTube mengenai langkah-langkah untuk upload video. Anda ikut sahaja video tersebut dan setelah siap, video anda sudah boleh di upload.

2. Teknik berhadapan kamera

Apabila anda nak upload video ke YouTube, anda kena gunakan kamera. Betul tak? Ramai yang rakam video mereka dengan cara yang salah, ada yang terlalu dekat ada yang terlalu jauh.

Anda perlu pandai gunakan ‘angle’ bila rekod diri sendiri. Rujuk video-video yang popular untuk dapatkan gambaran yang jelas. 

Selain itu, background (latar belakang) gambar haruslah sesuai dengan video yang anda rakam. Jangan biarkan ia mengganggu konsentrasi penonton bila mereka menonton video anda.

Apabila anda dalam ‘mode live cam’, response pada pertanyaan penonton anda, tetapi jangan sampai anda hilang fokus dan terleka sehingga tidak dapat menghabiskan apa yang anda mulakan.

3. Kualiti video yang jelas

Kualiti video yang anda hasilkan mestilah jelas, begitu juga dengan audio. Baru penyampaian anda sampai kepada penonton. Sekiranya anda sedang gunakan ‘live cam’, pastikan Wi-Fi anda laju dan tidak ‘buffering’.

Kerana, ia akan mengganggu sidang video anda dan penonton juga secara tak langsung, akan rasa terganggu. Silap-silap, mereka akan tukar ‘channel’ ketika anda sedang ‘live’. Kan rugi?

Sekiranya video tersebut direkod, edit dengan elok agar penyampaian anda sampai maksudnya kepada penerima. Elakkan buat video yang panjang dan membosankan.

Selitkan sedikit lagu untuk menambah ‘rasa’ video anda. Selain itu, elakkan gangguan seperti bunyi bising atau orang bercakap ketika anda rekod video kerana ia mengganggu konsentrasi penonton.

4. Video tutorial.

Jarang yang buat video tutorial secara live, tapi tak salah jika anda nak mencubanya. Ia akan mencipta kelainan dalam perniagaan anda. Biasanya untuk video ‘live’ tutorial, boleh dibuat jika anda berniaga alat solek,shawl atau tudung dan juga video teknik memasak.

Video tutorial make up dan pemakaian shawl selalu dibuat boleh dibuat dengan cepat, tidak menggunakan masa yang lama. Jika video yang agak memakan masa, selalunya akan diedit dan menambah speed. Kalau guna iPhone atau Android mungkin boleh guna teknik ‘time-lapsed’.

Anda boleh survey video-video tutorial di Facebook, Blog atau YouTube untuk dapatkan idea yang jelas. Tidak perlu gunakan masa yang panjang, cukup sekadar 3-5 minit, ringkas dan simple. Paling penting, penonton dapat input dari video tersebut.

Peringatan!

Buatlah video dengan cara bersopan dan berhemah. Contoh, pada kaum wanita muslimah yang rekod video tutorial seperti shawl, tudung atau mekap, pastikan anda tutup aurat seeloknya.

5. Video tip dan teknik perniagaan.

Sekiranya anda tidak mahu rekod video, anda boleh edit kata-kata dan gunakan ia sebagai imej bergambar. Jadikan ia seperti slide show dengan sedikit muzik, ia akan menarik lebih perhatian penonton.

Pelbagaikan tips dan teknik perniagaan serta pemasaran dalam video anda dengan persembahan yang menarik dan unik. Anda boleh ‘sedut’ kata-kata daripada pakar seperti kata-kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, tetapi jangan lupa untuk memberi kredit dalam video tersebut kerana selalunya video profesional yang dimuat naik ada ‘copyright’.

Jika anda tidak pandai buat video, apa kata laburkan sedikit duit anda untuk dapatkan guru yang boleh mengajar anda sampai mahir menggunakan software video dan editing.

6. Video ‘live cam’.

Bagi anda yang sukakan video ‘live cam’ dalam memberi tips atau perkongsian untuk penonton, elakkan dari bercakap perkara yang tak sepatutnya.

Fokus pada tujuan anda untuk memberi ilmu. Jangan jadikan komen-komen penonton sebagai halangan dan mengganggu segmen anda. 

Sebelum anda ‘live cam’, fikirkan dan rancang dahulu apa yang anda nak sampaikan pada penonton seperti topik dan ‘content’nya. Jika anda rekod, ia tak menjadi masalah kerana anda boleh edit dan buang ‘part’ yang tidak sepatutnya.

Selain itu, olah ayat anda agar ia tersusun dan tidak berulang-ulang supaya penonton dapat input dari anda secara teratur.

7. Menambah koleksi video.

Sebagai seorang yang berniaga dan suka mempromosikan barangan di YouTube, anda perlu menambah koleksi video yang ada. ‘Subscribes’ video YouTubers lain dan upload di ‘channel’ anda.

Anda boleh gunakan teknik ‘cross promotion’ seperti berbalas promosi video. Ia secara tidak langsung dapat menambah jumlah tontonan video dan ‘subscriber’ video anda.

8. Teknik mempromosikan video.

Anda dah ada akaun YouTube, dah upload video, macam mana nak promosikan YouTube anda supaya orang tahu? Anda boleh promosikan video YouTube anda di Blog, Instagram, Facebook dan Twitter dengan memasukkan link ke akaun media sosial tersebut.

Mudah bukan? Sekiranya anda masih tidak faham, anda boleh rujuk posting tips kami sebelum ini. 

Kalau anda ada ramai subscriber, ia dapat membantu perniagaan anda kerana selesai saja anda upload video di YouTube, pelanggan anda akan dapat email ‘notification’ dari Google.

Ia juga dapat membantu jumlah tontonan yang ramai. Lagi ramai yang menonton video anda, makin banyak ‘feedback’ yang anda akan dapat. Anda juga boleh gunakan FB Ads untuk mempromosikan video anda.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Cara Buat Video Bisnes di YouTube. 8 Tips Untuk Anda” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



Leave a Reply