Butterfly Education Centre – Dulu Rasa Dah Pandai, Rupanya Banyak Benda Tak Tahu Sebenarnya

Butterfly Education Centre - Dulu Rasa Dah Pandai, Rupanya Banyak Benda Tak Tahu Sebenarnya

“Dulu saya rasa saya dah pandai, rasa dah cukup gah sebab tadika kami ada banyak daya tarikan, rupanya masih banyak ilmu yang saya tak tahu.” – Puan Mashytah.

Puan Mashytah Md Razif merupakan Co-founder Butterfly Education Centre merasa makin malu kerana dulu rasa sudah pandai dengan tadika sudah ada 8 bangunan.

“Bila kita masuk kelas, dibimbing banyak lagi ilmu yang kita tak tahu untuk membantu dan mengembangkan lagi bisnes.

“Apa yang dibayar untuk dibimbing sebenarnya kurang. Ilmu yang diperolehi memang lebih lagi, cuma berbalik kepada tindakan kita. Tanpa tindakan habis!,” katanya ketika ditemu bual sebelum ini.

Tadika Didik Al Farashun dengan kepakaran membantu ibu bapa yang mempunyai anak-anak dari 18 bulan ke 6 tahun dengan menyediakan pendidikan awal kanak-kanak, belajar sambil bermain yang sangat menyeronokkan hingga pulang dengan gembira.

Tambah beliau lagi, dalam SPIRE juga mereka mendapat sokongan yang baik daripada CAE di samping circle usahawan positif yang berfikiran untuk membina bisnes berjaya.

Alhamdulillah, meskipun PKP yang agak lama pada tahun ini, mereka beri lebih nilai kepada pelanggan-pelanggan membuatkan ibu bapa mudah untuk membayarnya.

Kita belajar pada tahun lalu di mana berdepan situasi di mana ibu bapa sukar nak membayar.

Cabaran dihadapi Butterfly Education Centre sebelum dibimbing

Bisnesnya berdepan cabaran sebelum mendapatkan bimbingan adalah cara untuk menguruskan staf.

Menurutnya, staf ada yang lebih pandai dengan ijazah, sarjana dan PHD namun beliau hanya ada diploma saja.

“Dia ada bagi idea, namun kita ego. Tapi bila dibimbing dalam SPIRE, baru tahu kita kena banyak mendengar sebagai seorang leader.

“Idea mereka bagus, macam mana kita nak terima mengikut kesesuaian syarikat,” jelasnya.

Tambah Puan Mashytah, mereka juga berdepan cabaran apabila tidak tahu cara membuat marketing yang sistematik dan betul.

Pencapaian Butterfly Education Centre

Pada tahun lalu, jualan dicapai sehingga RM715,000 setahun namun pada 2021 – Januari hingga Julai lalu sudah pun mencecah jualan ke RM846,844.

Artikel terbaru

Leave a Reply