Bisnes Barang Kemas, 3 Jenama Popular

Bisnes Barang Kemas, 3 Jenama Popular

Rasa takut atau berminat nak mulakan perniagaan barang kemas?

Mungkin ada yang takut kerana harga barang kemas bukan murah, satu item mencecah ribuan ringgit.

Tak hairanlah kedai barang kemas dilengkapi dengan pengawal keselamatan.

Keselamatan adalah perkara paling penting yang anda harus ambil tahu jika anda ingin menjalankan perniagaan barang kemas.

Barang kemas yang bernilai tinggi tidak hanya menjadi tarikan kepada peminat barang kemas, malah individu yang tidak bertanggungjawab juga.

Kita tinjau 3 jenama barang kemas yang popular.

1.   Cartier

Nama Cartier tidak asing buat penggemar barang kemas. barang kemas berjenama Cartier ini berasal dari negara yang melahirkan banyak jenama fesyen yang terkenal, iaitu Perancis.

Jenama Cartier diasaskan oleh Louis-François Cartier pada tahun 1847.

Barang kemas Cartier sememangnya berprestij tinggi, kerana pada zaman dahulu, Louis-François Cartier mereka barang kemas untuk kerabat diraja Perancis.

Pada tahun 2016, Cartier telah berjaya mendapatkan keuntungan sebanyak $6.10 billion.

Antara barang kemas Cartier yang terkenal adalah Jam Tangan Santos de Cartier, Rantai Leher Bismarck Sapphire dan juga Koleksi New Jewelry keenam.

2.   Tiffany and Co.

Tiffany and Co. terkenal dengan kotak biru ikonik mereka. Tiffany and Co. diasaskan oleh tukang emas yang bernama Charles Lewis Tiffany pada tahun 1837.

Jenama barang kemas ini ditubuhkan di Brooklyn, Connecticut, Amerika Syarikat.

Barang kemas Tiffany and Co. mula menempah nama dalam kalangan elit apabila pengasasnya memindahkan lokasi perniagaan mereka ke bandar New York.

Filem yang dibintangi oleh Audrey Hepburn yang berjudul Breakfast at Tiffany juga telah mengangkat nama jenama barang kemas ini. 

3.   Habib Jewel Malaysia

Habib Jewel Malaysia adalah nama bisnes barang kemas yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Anda boleh mendapatkan barang kemas keluaran Habib Jewel hampir di seluruh pusat membeli belah ternama di Malaysia.

Habib Jewel diasaskan oleh Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif di Pulau Pinang.

Barang kemas Habib sememangnya dikenali sejak tahun 1950-an lagi.

Selain tiga jenama di atas, terdapat lagi jenama popular yang lain seperti Pandora, Wah Chan, Tomei dan Poh Kong.

Cartier, Pandora, Tiffany and Co., Habib Jewel dan juga Wah Chan Gold diasaskan oleh individu yang mempunyai pengetahuan mengenai batu permata.

Ini membuktikan bahawa, jika anda ingin memulakan perniagaan barang kemas, anda perlulah mempunyai ilmu yang cukup mengenai emas, batu permata, jed dan lain-lain lagi.

Ahli Titanium Circle RichWorks juga banyak yang berjaya sebagai pengusaha barang kemas.

Artikel terbaru

Leave a Reply