Bersediakah hadapi cabaran ekonomi?

Bersediakah hadapi cabaran ekonomi?

TANPA persediaan, peluang untuk anda, bangsa usahawan berjaya bahkan setakat untuk survive dalam trend ekonomi ketika ini adalah tipis.

Kita kena ada persediaan kerana 80 peratus kejayaan disebabkan persediaan.

Mana mungkin pasukan terjun Malaysia berjaya sapu bersih pingat emas di Sukan SEA ketika ini tanpa persediaan.

Adakah dengan hanya duduk di rumah, tanpa buat apa-apa kemudian atlet kita terjun boleh merangkul pingat emas?

Tentunya tidak, betapa besar pengorbanan masa dan tenaga dalam usaha memastikan ketika sesuatu kejohanan itu mereka dapat melakukan yang terbaik, malah lebih baik berbanding sebelumnya.

Begitu juga usahawan, anda perlu ada persediaan malah berubah dari semasa ke semasa kerana keadaan ekonomi, tabiat manusia, teknologi dan persekitaran sentiasa berubah.

Tahukah anda keadaan di Amerika Syarikat (AS), yang mana inflasi dialami ketika ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun.

Menurut kajian penganalisis dan pakar ekonomi, tempoh paling cepat untuk berlaku pemulihan di AS ialah pada 2024.

Bagaimana pula keadaan di Malaysia? Saya doakan dan pasti berharap agar situasi kita di sini tidak akan seteruk sana.

Kepentingan ilmu

Secara jujur, saya melihat siapa yang ada ilmu akan lebih ke depan dan dapat lihat macam mana nak tangani cabaran yang sedang atau bakal berlaku.

Contohnya, hasil dapatan RichWorks yang sudah hampir 14 tahun menyokong dan membimbing bangsa usahawan mengenai cabaran-cabaran dihadapi mereka selepas raya ini.

Antaranya soal cash flow, yang mana kuasa membeli yang sedikit berkurangan menyebabkan anda akan berdepan dengan persaingan lebih kuat. Jika tiada sebarang langkah diambil, anda boleh jadi tak relevan lagi!

Bangsa usahawan perlu faham serba sedikit tentang keadaan ekonomi sama ada anda perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ataupun syarikat besar.

Bagi syarikat besar, mereka sudah mula lihat dan merancang macam mana nak menguruskannya.

Sebaliknya, kebanyakan anda usahawan PMKS tidak begitu ambil peduli dan bila sudah berlaku, baru nak mencari cara bertindak ketika kos bahan mentah meningkat dan lain-lain.

Anda hanya boleh lari daripada masalah dengan tidak lagi berniaga bahan itu! Kebanyakan kos bahan mentah sudah pun meningkat, malah ada sejak tahun lalu seperti bahan binaan.

Kenaikan berkenaan akan mengakibatkan multiplying effect yang memberi kesan kepada barang-barang lain.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply