Belajar Katakan ‘TIDAK’ dan Fokus Pada Perkara Yang Lebih Penting

Kita seringkali diuji dengan keadaan sekeliling dan kadang-kala sukar nak katakan ‘tidak’ kepada situasi yang bukan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Namun belajar katakan ‘tidak’ adalah penting dalam mengatur fokus kita. 

Begitu juga dengan usahawan, ini penting dalam kelancaran membina bisnes yang berjaya. Jangan menganggapnya satu tindakan yang pentingkan diri sebaliknya adalah tindakan untuk menjaga keseimbangan proses perjalanan sesuatu perkara supaya lebih lancar. 

Perasaan bersalah mungkin akan ada, apatah lagi bila melibatkan orang ketiga yang terpaksa ambil alih tugas yang kita terpaksa tolak. Jangan biarkan rasa bersalah menghantui anda kerana ada tugasan yang lebih penting menanti.

Katakan ‘tidak’ tak jadikan anda orang jahat

Berkata ‘tidak’ adalah jauh lagi susah dari bersetuju dengan apa yang disuruh kita lakukan. Disebabkan tak nak disangka kurang ajar, pentingkan diri atau tidak membantu, terus bersetuju dalam segala hal. 

Lama-kelamaan anda akan terperangkap di dalam situasi yang tidak sihat untuk perkembangan peribadi mahupun kerjaya anda kerana setiap komitmen yang dipersetujui memerlukan masa dan tenaga anda. Kegagalan anda pada perkara yang anda tak mampu nak buat tak akan memberi manfaat kepada anda atau orang lain!

Bagaimana untuk katakan ‘tidak’ dengan lebih berkesan?

Susah untuk katakan ‘tidak’, tapi bukan suatu yang mustahil kerana ianya adalah pilihan. Apa yang boleh dilakukan supaya lebih mudah untuk katakan ‘tidak’?

Buat senarai perkara perlu berhenti buat

Datuk Wira Dr. Azizan Osman di dalam program RichWorks sering menekankan, buat perkara yang penting dahulu. Yang kurang atau tidak penting, beri kepada team untuk selesaikannya. Sebagai leader, jangan letakkan semua tugasan di atas bahu sendiri saja.

Fikirkan semula, apa perkara yang anda selalu buat menggunakan masa dan tenaga yang banyak tapi anda tak gembira dan tak nampak sebarang perubahan dalam capai matlamat anda? Senaraikan dan berhenti buat seketika, beri laluan kepada perkara yang penting untuk anda dahulukan.

Mungkin perkara pertama yang anda perlu tinggalkan adalah membuat kerja-kerja yang sepatutnya orang lain lakukan. Lepas tu, fikirkan perkara-perkara yang lebih penting pula. Berhenti lakukan perkara yang membuang masa dan tenaga anda.

Jelas di mana had anda

Katakan ‘tidak’ bukanlah dengan terus menolak sebelum pastikan kepentingan perkara tersebut terlebih dahulu. Jika anda rasakan perkara itu tidak terlalu penting untuk anda dahulukan, tolak dengan baik. Mohon maaf terlebih dahulu dan nyatakan dengan baik apa komitmen dan keutamaan anda yang lebih penting pada masa ini.

Fokus pada perkara yang penting dahulu

Bermula dari sekarang ubah fokus anda kepada perkara-perkara yang berpotensi untuk menghasilkan sesuatu yang benar-benar hebat dan kurangkan perkara yang kurang hebat hasilnya.

Yang benar-benar hebat adalah perkara yang anda pasti boleh menjadikan bisnes anda lebih baik dari sekarang. 

Sebagai contoh, anda sangat hebat dalam menjahit baju dan sudah semestinya anda mengimpikan untuk mempunyai butik baju sendiri.

Untuk itu, anda memerlukan modal yang banyak dan di luar kemampuan diri sendiri. Nak buat pinjaman bank, tak layak. Nak pinjam dari saudara-mara, semua kata tak boleh. 

Daripada anda fokus kepada mencari modal dengan membuat pinjaman, mengapa tidak anda fokus untuk ambil tempahan dan kumpulkan modal sendiri?

Daripada tunggu dan tak dapat apa-apa, itulah yang terbaik. Dalam pada masa yang sama, usaha juga untuk membuat pinjaman walaupun itu sudah tidak menjadi fokus utama anda.

Berlatih untuk katakan tidak

Jadi, marilah kita bersama-sama belajar dan yakin untuk katakan tidak kepada perkara yang tidak atau belum penting. Fokus kepada perkara yang lebih penting dan memberi erti dalam perjalanan hidup serta kerjaya kita semua.



4 Comments

  • Azlan omar

    Terbaik Artikel Ini. Ianya memberi kesedaran kepada saya untuk lebih fokus.. saya seorang yang suka membantu orang bila orang minta tolong.. masa yang terhad menyebabkan fokus untuk menjadi Titan menjadi Lambat… Insyaallah saya cuba perbaiki. Kelemahan ini…terima Kasih…

  • Sham A Rahman

    Pengalaman adalah ilmu yang sangat penting. Kita perlu peka dengan segala pengalaman samada positif atau negatif. Terkadang kita dibelenggu dengan pujukan yang membuatkan kita tidak dapat berkata “tidak” kerana kekurangan pengalaman. Oleh itu, kepekaan kepada pengalaman akan membuatkan kita berupaya untuk fokus kepada keutamaan dan lebih bersedia untuk katakan “tidak”.

Leave a Reply