Belajar Dari Pengalaman Orang Lain Yang Dah Berjaya

Belajar Dari Pengalaman Orang Lain Yang Dah Berjaya

Pengalaman sangat berharga bagi semua orang termasuk bangsa usahawan. Daripada pengalaman sendiri, orang itu boleh belajar di mana tindakan betul dilakukan mahupun kesilapan yang perlu dielakkan selepas itu.

Bagaimanapun, ada orang yang tidak belajar atau ambil iktibar daripada pengalaman mereka yang lalu. Terutamanya bagi mereka kerap kali tukar bisnes yang tidak belajar dari kegagalan lalu seterusnya membuat perubahan dan sebagainya.

Sebab itu, pentingnya bagi bangsa usahawan untuk belajar daripada pengalaman orang yang sudah berjaya. Ia pastinya dapat membantu dengan berikan idea, tips dan panduan untuk mencapai seperti mereka.

Boleh dikatakan umpama shorcut atau jalan pintas untuk bangsa usahawan yang bijak dengan menggunakan pengalaman orang lain ini.

MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, belajar pengalaman orang lain yang sudah berjaya akan membantu usahawan.

“Belajar dari orang dah capai, apa yang anda nak capai dan follow apa yang mereka sudah buat, which is proven success.”

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Seperti mendaki gunung, untuk mencapai ke puncak tidak memerlukan anda mencari jalan yang baru. Gunakan saja trek atau laluan yang sedia ada yang sudah disediakan dan dilalui mereka yang sudah sampai ke puncak sebelum ini.

Bukankah lebih mudah dan dengan mengikut jejak mereka yang sudah berjaya sampai ke puncak ini, anda pastinya boleh sampai juga. Tapi bukannya saja hanya ikut jejak mereka ya.

Persediaan-persediaan mestilah dilakukan untuk sampai ke puncak gunung itu. Ketahui apa persediaan mereka yang telah berjaya ini dan buat seperti mereka ataupun tambah baik lagi.

Persediaan ini sangat penting dengan 80 peratus kejayaan juga datangnya daripada persediaan. Justeru itu, bangsa usahawan perlulah sentiasa bersedia, upgrade ilmu dan bertindak dengan bimbingan MenThor yang telah terbukti berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan.

Artikel terbaru

Leave a Reply