Gagal Bersedia, Bersedia Untuk Gagal

Gagal Bersedia, Bersedia Untuk Gagal

Biasa dengar petikan daripada seorang pemimpin terkenal Amerika Syarikat, Benjamin Franklin ini, “Gagal bersedia, anda bersedia untuk gagal”.

Petikan ini dilihat dapat membantu kepada usahawan yang benar-benar mahu membina bisnes yang berjaya. Mereka perlu mempunyai sikap ini yang mana persediaan diperlukan untuk memastikan apa yang hendak dilakukan dapat berjalan seperti dirancang malah capai apa disasarkan.

Malangnya, tidak semua usahawan bersedia untuk capai apa dikehendaki sebaliknya hanya bercakap mahu impian itu dan ini, namun tiada pun persediaan.

Hal ini bermakna mereka bersedia untuk gagal kerana risiko lebih tinggi untuk apa dilakukan tak berjaya. Tidak kira siapa kita, usahawan, pekerja, pemimpin dan sebagainya perlu bersedia setiap hari. Persediaan bagi langkah seterusnya, matlamat lain dan peluang baru kerana kita tidak tahu bila ia akan datang.

Seperti atlit dunia, mereka yang buat persediaan yang lebih baik membawa kelebihan berbanding pesaing. Mereka tidak berjudi dengan hanya keupayaan yang ada sebaliknya disusuli dengan persediaan rapi dari segi prestasi diri, mengkaji kekuatan pesaing dan lain-lain.

Bagi usahawan baru yang mungkin menjadi ejen dan dropship bisnes, cuba tanya diri adakah anda sudah buat persediaan yang diperlukan bagi jana pendapatan berjumlah sekian ringgit?

Jika belum lagi, masih belum terlambat untuk anda berubah dan buat persediaan yang diperlukan bagi bangsa usahawan.

Bersedia untuk gagal? Buat persediaan sekarang

Persediaan ini tidak dibuat sekelip mata, ia memerlukan masa, disiplin, usaha, kajian, organisasi dan ketenangan diri.

Ianya merupakan suatu bentuk pelaburan kepada diri sendiri, produk dan bisnes yang akan membuatkan orang nampak tentang persediaan berkenaan. Justeru itu, perlunya buat persediaan berkenaan.

Antaranya, bagi usahawan baru perlulah ada persediaan dari segi ilmu produk atau servis itu dan ilmu penting lain seperti marketing, jualan dan sebagainya.

Ilmu boleh membuatkan anda lebih cepat mencapai apa yang dimahukan disamping elakkan melakukan perkara membazir mahupun kesilapan yang hanya merugikan mungkin masa dan usaha anda.

Selain ilmu, strategi, sistem dan bimbingan MenThor yang dapat berikan tunjuk ajar mengikut situasi dihadapi ketika itu.

MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman memberitahu bahawa siapa awal bertindak dia akan dapat hasil yang berbeza.

“Kalau tidak ada persediaan hari ini, kita tidak akan nampak kesannya 3 bulan ke depan. Tapi kalau kita sudah pelan, kita akan nampak hasil 3 bulan ke depan,” jelasnya.

Kejayaan suka kepada persediaan, tapi adakah anda sudah bersedia untuk berjaya dalam bisnes?

Contohnya, jika peluang bisnes diperolehi seperti jualan produk anda secara pukal yang banyak, adakah bisnes anda bersedia untuk menguruskannya? Dari segi operasi, keupayaan dan sebagainya.

Sehubungan itu, pastikan bangsa usahawan bersedia untuk kejayaan. Bila datangnya peluang itu, anda sudah pun bersedia.

Jangan bersedia untuk gagal, sebaliknya bersedialah untuk kejayaan.

Artikel terbaru

Leave a Reply