Beg Birkin Hermès, Simbol Kemegahan Si Pemiliknya

Beg Birkin Hermès, Simbol Kemegahan Si Pemiliknya

Adakah anda kenal dengan mendiang Jane Birkin? 

Merupakan seorang model, pelakon dan penyanyi berbangsa Inggeris-Perancis, kehadiran beliau merupakan perintis kepada sesuatu yang kekal sinonim dengan peminat fesyen di seluruh dunia hingga masa kini iaitu beg Birkin.

Dilancarkan oleh jenama mewah Perancis iaitu Hermès pada tahun 1984 dengan harga permulaan $2,000, sejak dari itu beg Birkin telah dijual pada harga melebihi $450,000, menurut Sotheby’s. 

Pada 2022, salah satu beg Birkin vintaj milik Jane sendiri dijual di UK dengan harga £119,000 di Bonhams. Hari ini, beg Birkin standard berharga kira-kira $10,000 dolar AS. 

Kisah permulaan kepada sebuah beg mewah ini ternyata unik. Semuanya terjadi apabila Jane Birkin menaiki penerbangan ke Paris ke London dan mendapati dirinya duduk di sebelah CEO Hermès pada masa itu, Jean-Louis Dumas. 

Apabila bercerita tentang kesukaran yang dialami Jane untuk mendapatkan beg bakul panniernya yang terbuka dan mempunyai loker klasik di atas, Jane memberitahu Dumas bahawa dia tidak pernah dapat mencari beg tangan kulit mewah yang sempurna dan sesuai untuk perjalanan. 

Dumas berfikir, baiklah kita pasti boleh membetulkannya.

Dengan itu, terciptalah beg Birkin. Ia dilancarkan secara rasmi pada akhir 1984 dan mencerminkan gabungan sempurna antara kemewahan serta utiliti tulen. 

Beg Birkin telah menjadi sesuatu yang hit dengan sendirinya dan melambangkan kemewahan individu yang menggayakannya.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan peluang membeli beg Birkin edisi baharu, anda perlu diletakkan pada senarai menunggu (waiting list) yang sangat spesifik dan kelihatan seperti sebuah mitos disebabkan  fakta bahawa permintaan melebihi bekalan.

Bagi segera mendapatkannya, anda perlu memasukkan nama anda pada pelbagai senarai yang berbeza yang mungkin berkaitan dengan individu-individu terkaya di dunia. 

Oleh kerana kesukaran dan saingan mendapatkannya terlalu tinggi, sebahagian besar peminat beg Birkin cenderung untuk membeli edisi terpakai (preloved) melalui platform jualan semula.

Jika anda hanya mengagumi reka bentuk dan kefungsian Birkin tetapi tidak mahu melabur sehingga puluhan ribu ringgit demi sebuah beg, maka ia sama sekali tidak menjadi masalah kerana masih banyak lagi pilihan beg tangan jenama mewah yang mempunyai rekaan seakan- akan Birkin yang boleh anda dapatkan seperti Tory Burch Lee Radziwill Petite Double Bag, Mulberry Small Zipped Bayswater, The Emily dan banyak lagi.

Menariknya tentang kisah beg mewah ini adalah kita dapat lihat di mana semakin lama ia dikeluarkan, maka semakin tinggi nilai harganya.

Strategi pemasaran yang digunakan oleh Hermès juga sangat menarik kerana bukan semua orang boleh membelinya biarpun anda mempunyai wang yang cukup untuk memilikinya. Demand over supply!

Situasi inilah yang membuatkan produk menjadi semakin eksklusif di mata penggemarnya hingga sanggup berebut demi memiliki koleksi terhad Birkin ini.

Cuba bayangkan, jika produk anda juga jadi seperti Hermès? Macam mana?

Artikel terbaru

Leave a Reply