Bagaimana anda melakukan sesuatu, begitulah anda melakukan segala-galanya

Pernah dengar tak frasa yang popular dalam dunia perniagaan, ‘how you do anything is how you do everything?’ Cara kita melakukan sesuatu mencerminkan cara kita menguruskan keseluruhan perniagaan. 

Datuk Wira Dr. Azizan Osman di dalam program RichWorks juga sering menekankan frasa ini, tetapi berapa ramai usahawan yang benar-benar faham dan ambilnyat untuk membina bisnes yang berjaya?

Jika satu perkara pun kita tak boleh nak buat dengan betul dan bersungguh-sungguh, jangan mimpi nak buat segala perkara dengan baik.

How you do anything is how you do everything

Konsep ‘how you do anything is how you do everything’ adalah penting untuk membina dan mengekalkan kejayaan perniagaan. Ia merujuk kepada idea bahawa cara kita menangani setiap aspek atau tugasan, sama ada besar atau kecil, mencerminkan bagaimana kita menguruskan perniagaan secara keseluruhan.

Sebagai contoh, sikap terhadap tugasan kecil seperti memastikan e-mel kepada pelanggan ditulis dengan teliti boleh mencerminkan komitmen terhadap kualiti dan perkhidmatan pelanggan. 

Menjaga masa dan buat sesuatu perkara di awal waktu juga tepat melambangkan frasa ‘how you do anything is how you do everything’. 

Bangun awal pagi supaya badan lebih bertenaga dan bersemangat untuk melakukan tugasan harian, mulakan tugas awal agar dapat siapkan tugasan di dalam masa yang ditetapkan, jangan berlengah sehingga membazirkan waktu yang berharga dan macam-macam lagi.

Bayangkan jika masa pun anda tak boleh nak jaga, macam mana anda nak pastikan semua perkara dan tugasan akan dilaksanakan dalam tempoh waktu yang sepatutnya? 

Konsisten dalam semua perkara

Sekiranya kita memberi perhatian kepada walau sekecil-kecil perkara, ia dapat memberi kesan positif kepada imej perniagaan. Sebaliknya, jika kita mengabaikan perkara-perkara yang kecil, ia boleh merosakkan reputasi perniagaan.

Konsistensi dalam melakukan sesuatu dengan baik penting untuk membangunkan kepercayaan pelanggan dan reputasi perniagaan. Tindakan kita dalam situasi harian mencipta imej perniagaan dan menentukan tahap profesionalisme yang dilihat oleh pelanggan, rakan kongsi serta masyarakat secara keseluruhan.

Nilai intergriti dalam perniagaan

Selain itu, konsep ini juga berkait rapat dengan nilai integriti dalam perniagaan. Bagaimana kita menangani situasi sulit, menguruskan konflik atau membuat keputusan penting adalah sebahagian daripada bagaimana kita diiktiraf dan dihormati dalam komuniti perniagaan. 

Integriti dan konsistensi dalam nilai-nilai perniagaan membantu membentuk asas kepercayaan dan kejayaan jangka panjang.

Oleh itu, penting untuk menyedari bahawa setiap tindakan dan keputusan dalam perniagaan membentuk citra perniagaan secara keseluruhan. 

Dengan memberikan perhatian kepada setiap aspek, dari yang paling kecil hingga yang terbesar, kita dapat membina reputasi yang positif, menarik pelanggan dan mencapai kejayaan jangka panjang dalam dunia perniagaan.

Artikel terbaru

Leave a Reply