Membantu Orang Yang Memerlukan Adalah Juga Sedekah

Diriwayatkan dari Abu Musa radhiallahu ‘anhu: Bahwa Rasulullah sollahu ‘alaihi wasallam bersabda:

على كل مسلم صدقة، قالوا: فإن لم يجد؟
“Setiap orang itu mesti bersedekah”, para sahabat bertanya: “Bagaimana jika dia tidak memiliki sesuatu (harta) yang boleh disedekahkannya?”

قال فيعمل بيديه فينفع نفسه ويتصدق، قالوا فإن لم يستطع أو لم يفعل؟
Baginda Nabi menjawab: “Hendaklah ia berusaha mencari rezeki hingga dia beroleh hasil yang bermanfaat bagi dirinya dan dengannya ia dapat bersedekah”, mereka bertanya lagi: “Jika ia tidak mampu melakukannya?”

قال: فيعين ذا الحاجة الملهوف، قالوا فإن لم يفعل؟
Rasulullah SAW menjawab: “Hendaklah ia menolong orang yang terdesak memerlukan pertolongan”,

قال: فليأمر بالخير أو قال بالمعروف، قالوا: فإن لم يفعل؟
Para sahabat bertanya: “Jika itupun tidak mampu ia lakukan?” Rasulullah bersabda: “Hendaklah ia mengajak melakukan kebaikan” mereka bertanya: “Jika itupun tidak mampu ia lakukan?”

قال فليمسك عن الشر فإنه له صدقة)
Rasulullah bersabda: “Hendaklah ia menahan diri dari melakukan keburukan terhadap orang lain dan itu merupakan sedekah baginya.”

(Hadith Riwayat Bukharis 6022 dan Muslim 1008)



2 Comments

  • Salma binti roman

    Asalamualaikum….terima kasih dgn artikel nya.dan perkongsian hanya.dgn membaca artikel ini,banyak YG memberi kesedaran bagi sya.apa pun terima kasih bnyk” semoga kamu lebi bnyak LGI dpat membantu org YG kurang pengatauhuan seperti Sya .

    • Seha RichWorks

      Waalaikumsalam Puan. Alhamdulillah. Moga perkongsian kami beri manfaat sedikit sebanyak buat Puan : )

Leave a Reply