Awas! Pantang Berniaga Dalam Facebook

Kenapa dia BLOCK saya? Kenapa dia report saya? Apa yang saya dah buat! Jika anda berniaga dalam Facebook, anda mungkin pernah mengalami perkara ini. Atau, anda lihat tiba-tiba jumlah Likers anda berkurangan. Kenapa ye?

Bila berniaga di Facebook, ada banyak perkara yang anda perlu perhatikan. Facebook adalah umpama kedai anda, ianya merupakan imej perniagaan anda dan anda sudah tentulah tak boleh buat sesuka hati yang tak bersesuaian atau tak disukai oleh ‘FOLLOWERS’ dan ‘LIKERS’ anda atau orang ramai.

Berniaga Dalam Facebook

Kami nak kongsikan dengan anda 6 ‘pantang’ di Facebook anda.

Jangan buat 6 perkara ini jika anda berniaga dalam Facebook :

1) JANGAN MENJUAL SETIAP MASA DI FACEBOOK

Bosan tak bila asyik tengok posting tentang, “belilah produk X”. “Beli sekarang” “Kenapa Tak beli lagi” atau “Saya jual produk X, jom beli dari saya.”

Jika anda rasa bosan dengan posting yang macam tu, anda juga tak patut buat posting yang begitu di FB anda. Banyakkan kongsi maklumat yang berkaitan dan kongsikan tips-tips yang berkaitan dengan masalah yang produk anda boleh selesaikan.

Cara anda menulis juga dapat bantu lebih ramai orang untuk tertarik dengan produk anda.

2) JANGAN BOM RUANGAN KOMEN ORANG LAIN DI FACEBOOK

Peniaga online tak seharusnya mempromosikan produk anda di ruangan komen orang lain. Sebagai contoh, jika ada seseorang FOLLOWER atau FRIENDS anda yang menulis tentang masalah jerawatnya dan anda adalah peniaga produk kecantikan, adalah tidak beretika bila anda BOM komen mereka dengan ayat-ayat jualan dan poster-poster produk anda. Jika nak sangat bantu beliau, apa kata cuba PM beliau.

3) JANGAN COPY & PASTE POSTING ORANG LAIN TANPA KREDIT NAMA MEREKA DI FACEBOOK

Memang senang nak copy ayat dari posting orang lain dan paste di Facebook anda. Tapi, ianya adalah tak beretika bila anda copy dan tak kreditkan nama penulis asalnya atau dari page mana anda ambil posting tersebut.

Jika tuan punya posting lihat, mereka akan rasa anda menciplak hasil mereka, dan jika orang lain yang pernah baca posting asal tersebut nampak ianya digunakan oleh anda, mereka akan rasa anda ini kaki ciplak. Kredibiliti anda akan diragui.

4) JANGAN PM SESUKA HATI DI FACEBOOK

Bila kita berniaga dalam facebook, agak tidak wajar bila anda add friend baru dan serta merta anda PM mereka dengan ayat-ayat jualan anda atau poster jualan. Nampak sangat anda terdesak!

Kalau nak berniaga jadilah peniaga yang bijak menggunakan peluang dan bukan terdesak. Apa kata share dan bagi dulu banyak-banyak maklumat, dan tips-tips, ikat mereka dengan informasi sehingga mereka sendiri akan PM dan tanya anda, awak jual apa ye?

Bak kata Datuk Wira Dr Azizan…”dia tanya…”

5) JANGAN BERIKAN KOMEN NEGATIF DI FACEBOOK

Bila kita berniaga dalam facebook, jangan mudah sangat melatah bila ada orang kutuk kita. Kesilapan peniaga ialah mudah panas hati, bila orang komen negatif, kita juga akan hentam dan balas komen negatif. Atau bila kita nampak apa-apa posting negatif yang berkaitan dengan perniagaan kita, kita pun cepat sangat nak reply dan balas komen tersebut.

Jaga imej anda bila berniaga secara online, apa yang anda post, apa yang anda komen, apa yang anda PM semuanya menggambarkan imej perniagaan dan diri anda.

6) JANGAN DEDAHKAN MAKLUMAT FOLLOWER ATAU LIKERS DI FACEBOOK

Kadang-kadang kita teruja bila ada feedback positif tentang produk kita, dan kita pun mulalah nak screenshoot dan post di FB dan biarkan seluruh alam baca.

Jika anda berniaga dalam Facebook, anda perlu berhati-hati! Mungkin ada orang tak mahu kita dedahkan identiti mereka. Terutama bila anda berniaga produk untuk masalah peribadi seperti jerawat, sakit puan, sakit tuan, masalah rumahtangga, dan bermacam-macam lagi.

Jika anda nak gunakan testimoni mereka, minta kebenaran mereka dulu ye.

Artikel terbaru

Leave a Reply