Awas! 8 Sikap Negatif Manusia Yang Anda Perlu Kenali

Awas! 8 Sikap Negatif Manusia Yang Anda Perlu Kenali
Awas! 8 Sikap Negatif Manusia Yang Anda Perlu Kenali

Hidup kita ini dikelilingi oleh ramai manusia yang bermacam-macam sikap negatif mahupun positif. Kita dan manusia lain saling memerlukan, itu pasti.  Dalam urusan kita seharian, kita tak boleh lari dari berurusan dengan orang lain.

Dalam tindakan kita memburu kejayaan, kita berhak menentukan siapa yang harus berada dalam kelompok yang dekat dengan kita, siapa yang tidak.

Ada orang mungkin berfikir, “Tak baik membeza-bezakan orang lain,” “Ingat diri kita bagus sangat ker nak pilih-pilih kawan!” atau ada juga yang fikir “Banyak berkawan luas sillaturrahim.”

Betul!  Silaturrahim itu bagus. Pilih kawan tidak bermakna kita memutuskan sillaturrahim tetapi kita harus berada dalam kelompok yang dapat menjadi sebahagian dari intipati dalam proses kita mencapai kejayaan.

Ada 8 jenis manusia yang ada di sekeliling anda yang anda perlu kenali sikap mereka.

8 sikap negatif – Awas, jangan biarkan sikap mereka mempengaruhi anda!

1.    Suka Mengadili Orang Lain

Mereka yang mempunyai sikap begini suka untuk mengkritik semua orang dan semua benda yang ada di sekitar mereka. Semuanya tak kena. Yang betul hanya mereka.

Jika anda cuba menasihati orang sebegini, anda hanya membazirkan air liur. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mereka tidak mahu mendengar apa yang orang lain kata. Meminta pandangan dari mereka adalah perbuatan sia-sia.

2.    Mereka Yang Kuat Cemburu

Dalam kita berusaha mencapai kejayaan, ada masanya kita berhadapan dengan situasi yang agak sukar dan kita perlukan sokongan dari orang terdekat dengan kita. Bila kita meraih kejayaan, kita juga mahu diraikan dan meraikannya dengan orang di sekitar kita.  Tetapi, mungkin ada sebahagian yang akan cemburukan kejayaan kita dan merasakan kita tidak layak untuk berjaya, tetapi merekalah yang lebih layak.

 3.    Terlalu Mengawal

Orang yang suka mengawal keadaan selalu merasakan diri mereka betul. Mereka juga merasakan mereka berhak mengawal semua keadaan dan supaya selari dengan apa yang mereka mahu. Orang yang suka mengawal keadaan tidak percaya kepada “Teamwork” tetapi hanya percaya kepada diri sendiri.

 4.    Orang Yang Sombong

Jangan keliru di antara orang yang sombong dan orang yang yakin. Orang yang berkeyakinan tinggi selalunya suka memberi inspirasi kepada orang lain, orang sombong pula sering merasakan diri mereka lebih bagus dari orang lain.

Orang yang bersikap sombong selalunya tidak disukai orang lain dan jika wujud di dalam perniagaan anda, orang begini akan mewujudkan keadaan tidak selesa di mana sahaja mereka berada.

 5.    Selalu Merasakan Diri Mereka Mangsa

Ada juga orang yang selalu merasakan diri mereka sebagai mangsa keadaan. Orang sebegini selalu menyalahkan orang lain dan mencari alasan bila sesuatu perkara buruk berlaku. Mereka adalah orang yang paling “beracun” yang ada di sekeliling kita.

Mereka tidak suka memikul tanggungjawab dan selalu ambil langkah lari dari keadaan sebenar. Jika ada orang yang sebegini dalam perniagaan atau persekitaran anda, anda perlu jauhi mereka.

 6.    Orang Yang Selalu Berfikiran Negatif

Orang yang begini selalu mematahkan idea, semangat dan impian orang lain dengan kata-kata negatif yang keluar dari mulut mereka. Mereka sukar untuk memberi sokongan dan galakkan.

Segala perkara akan dilihat dari sudut negatif. Mereka akan sentiasa mencari kemungkinan sesuatu usaha itu akan gagal. Mereka tidak melihat potensi sesuatu perkara dan “letih” kalau sentiasa nak melayan mereka yang seperti ini.

 7.    Penipu

Bila kita mahu berjaya, kita seharusnya di kelilingi oleh orang yang mahukan kejayaan.  Dengan cara ini, kita saling menyokong antara satu sama lain. Jika kita di kelilingi oleh orang yang menipu, mereka hanya berilusi.

Kita tidak boleh mempercayai mereka dan mengharapkan mereka kerana kita tidak pasti jika mereka bercakap benar atau tidak. Jauhi mereka supaya anda tidak perlu tertanya-tanya samada mereka bercakap benar atau tidak.

 8.    Mereka Yang Suka Bergosip

Orang bergosip kerana mereka rasa tidak selamat. Mereka tidak pasti yang mana satu fakta, yang mana satu andaian. Hal yang benar mudah diputar belitkan oleh mereka yang suka bergosip. Mereka menyampaikan informasi yang salah. Mereka mudah mencipta musuh dan sering melukakan perasaan orang lain.

Jika anda pernah rasa perkara seperti ini pernah berlaku kepada anda, mungkin anda di kelilingi oleh mereka yang suka bergosip. Anda perlu menjauhkan orang sebegini dari diri anda kerana ianya adalah satu gangguan untuk anda mencapai lebih banyak kejayaan.

Artikel terbaru

Leave a Reply