Awas, 5 Perbuatan Menjauhkan Rezeki

Awas, 5 perbuatan menjauhkan rezeki

Rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada semua hamba-Nya adalah berbeza-beza.

Ada yang dilimpahkan harta dengan begitu banyak, ada yang dikurniakan anak ramai dan ada pula yang dikurniakan kebahagiaan berpanjangan.

Namun, tidak semua yang diperoleh itu dapat menggembirakan hati setiap insan.

Walaupun, harta melimpah ruah, kadang-kadang hati sentiasa dalam kegusaran. Walaupun anak ramai, harta cukup-cukup makan, namun tetap mencukupi.

Walaupun tidak menikmati kesenangan namun hati sentiasa ceria dan wajah berseri.

Apa perbuatan yang akan menjauhkan rezeki?

1.       Meninggalkan solat

Solat adalah satu-satunya ibadah yang tidak boleh ditinggalkan dalam situasi dan keadaan apapun. Ia tidak digantikan dengan waktu yang lain.

Jika seseorang berasa sukar melakukannya dengan berdiri, maka boleh dilakukan dengan duduk. Jika duduk masih terasa sukar, maka diperbolehkan dengan berbaring.

Imam Al-Zahabi di dalam Kitab Al – Zabair mengatakan bahawa: Solat adalah seperti pertalian hamba dengan Tuhannya.

Allah yang memberi kita rezeki, jagalah hubungan dengan yang memberi rezeki.

2.       Tidak menghormati ibu bapa

Berbaiklah kepada ibu bapa. Tak kan rugi apa-apa, sebaliknya akan buat hidup lebih bahagia dan gembira.

Mulianya seorang ibu, doanya tiada hijab. Allah telah meletakkan doa ibu itu di peringkat paling tinggi doanya untuk dimakbulkan.

Hormati ibu bapa, gembirakan hati mereka.

3.       Terlalu berkira-kira sesama suami dan isteri

Kata nak sehidup semati, tetapi punyalah berkira antara suami isteri. Jangan begitu.

Bila dah hidup berpasangan, masing-masing perlu bertolak ansur dan tak boleh fikirkan untuk diri sendiri semata-mata.

Sebahagian hidup isteri kini untuk suaminya, manakala suami pula untuk isteri.

Sebab itu, kedua-duanya perlu sentiasa bertolak ansur dan memahami satu sama lain.

4.       Kedekut dengan milikan sendiri

Jangan kedekut seperti ‘Haji Bakhil’

Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.  Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan: “Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah pemberi dan tangan yang di bawah adalah penerima”. (Riwayat Muslim)

Hari ini anda sedekah RM1, tak sangka-sangka dapat lebih banyak daripada jumlah yang disedekahkan.

5.       Memutuskan silaturahim

Silaturrahim diambil daripada perkataan Arab iaitu hubungan yang terdekat.

Ia membawa maksud memelihara dan menyambung hubungan dengan kaum kerabat yang terdekat.

Menghubungkan tali persaudaraan sesama kaum kerabat merupakan satu tuntutan dalam syarak dan mempunyai banyak kelebihan bagi mereka yang berusaha menyambung dan menjaganya.

Selalu kita berusaha untuk meningkatkan rezeki kita. Jangan pula kita melakukan perkara-perkara yang dapat mengurangkan rezeki.

Sama-sama kita melakukan amal kebaikan, in shaa Allah mencurah-curah rezeki datang kepada kita dari jalan tak disangka-sangka.

Artikel terbaru

Leave a Reply