Apa Anda Perlu Tahu Tentang Pemasaran TikTok?

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Pemasaran TikTok

Siapa tidak kenal dengan platform TikTok yang semakin hari meraih tempat di hati pengguna terutama golongan genarasi Z bukan saja di negara malah di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (US). Pemasaran TikTok juga semakin mendapat tempat di kalangan jenama dan syarikat di dunia.

Mengikut kajian, aplikasi dari China ini akan mempunyai lebih ramai pengguna generasi muda berbanding Instagram pada hujung 2021 di US.

TikTok telah menyaksikan pertumbuhan dimana jangkaan atau forecast dibuat menunjukkan ia akan mengatasi Snapchat dalam tempoh 5 tahun di US.

Mengikut kajian eMarketer dan Inside Intelligence, sebahagian daripada 37.3 juta pengguna US lahir antara 1997 dan 2012 yang dijangka akan menggunakan TIkTok sebulan sekali pada tahun ini.

“TikTok mempunyai engagement yang begitu kuat dan kesetiaan di kalangan generasi Z. Generasi ini mengunakan TikTok bukan sekadar hiburan, tapi juga untuk belajar sesuatu dan bincangkan isu seperti berita, politik dan perubahan iklim.

“Platform media sosial lain juga ada tawarkan content yang sama, tapi keunikan gaya video TikTok sangar menarik perhatian generasi muda,” kata Principal Analyst eMarketer di Insider Intelligence, Debra Aho Williamson.

TikTok boleh menyaksikan pertumbuhan 18.3% pada 2021 untuk mencecah 78.7 juta pengguna US berbanding 87.3 juta bagi Snapchat. Namun pada 2023, TikTok dijangka mengatasi Snapchat dengan 89.7 juta pengguna berbanding 89.5 juta pengguna.

Apa itu pemasaran TikTok?

TikTok merupakan perkhidmatan rangkaian sosial yang fokus kepada perkongsian video dimiliki oleh syarikat gergasi di China, ByteDance ditubuhkan pada September 2016.

Platform media sosial ini digunakan untuk menghasilkan video-video pendek daripada pelbagai genre seperti tarian, jenaka, berita malah pendidikan yang berdurasi sekitar 15 saat hingga 3 minit.

Pada 2019 saja, aplikasi ini sudah mencatatkan 1 bilion jumlah muat turun dengan 500 juta pengguna aktif di dunia dan seramai 4 juta pengguna di Malaysia yang majoritinya berusia di bawah 30 tahun.

Setakat 1 Julai lalu, jumlah pengguna aktif TikTok sbeulan sudah mencecah 689 juta orang mengikut DataReportal, 2021 dengan 2 bilion jumlah apikasi ini dimuat turun. Jumlah tontonan video sehari sudah melebihi 1 bilion setakat 2 November tahun lalu.

Demografi pengguna TikTok ialah 53% pengguna lelaki dan 47% pengguna wanita. Boleh dikatakan 50% audiens global TIkTok di bawah usia 34 tahun dengan 32.5% berusia antara 10 ke 19 tahun.

41% pengguna TikTok merupakan mereka berusia 16 ke 24 thun dengan purat penggunaan keseluruhan TikTok dengan purata 52 minit sehari.

Pada suku pertama tahun ini, TikTok kekal sebagai aplikasi yang paling banyak dimuat turun dengan 62 juta pada Januari, Februari (56 juta) dan Mac (58 juta). TikTok masih kekal sebagai aplikasi bukan game paling banyak dimuat turun pada tahun ini. Jadi pemasaran TikTok semakin mendapat tempat di kalangan jenama dan syarikat di dunia.

Kenapa TikTok popular di kalangan generasi muda?

TikTok sememangnya di ‘design’ bagi mereka. Pembangun TIktok memahami kehendak generasi muda lebih baik dan dibuktikan dengan sasaran audiens mereka berusia 18 tahun ke bawah.

Merek mengkaji sikap dan tabiat sasaran dari awal mengenai apa yang disukai oleh golongan ini. Hasilnya membuatkan TikTok berpeluang untuk mengatasi platform lain seperti Instagram sebagai platform media yang menjadi pilihan ramai.

Kadar engagement TikTok

Kadar purata engagement atau interaksi di TikTok mencapai 17.5% pada tahun lalu. Hal ini membuktikan bahawa TikTok merupakan antara aplikasi media sosial yang paling banyak ada engagement audiens.

Engagement ini dikira dari segi jumlah likes, komen dan shares kemudian dibahagikan dengan jumlah tontonan. Jika nak dibandingkan dengan platform lain,TikTok jauh mendahului.

Kadar Purata Engagement Pada 2019 Mengikut Followers

Kadar Engagement TikTok Influencer pada 2020 Kredit : Statista 2021

Melalui perkongsian di atas ini, adakah nampak potensi pemasaran TikTok buat bisnes anda? Adakah berbaloi untuk mula fokus kepada platform ini?

Kebelakangan ini, jenama-jenama dan syarikat mula menggunakan platform TikTok untuk menyertai audiens dengan membuat Challenges tertentu. Langkah ini bagi mencabar komuniti TikTok untuk turut serta dan menyebarkan hype ataupun challenges tarian yang fun.

Jenama-jenama juga mula menggunakan Pemasaran TikTok untuk menonjolkan produk mereka dalam cara yang unik dan menghiburkan bagi disesuaikan dengan budaya dalam platform ini.

Cuba terokai platform ini khususnya bagi mencapai kepada audiens baru. Langkah ini dapat membuatkan anda mencapai engagement yang lebih segar.

TikTok juga dilihat sebagai langkah pantas untuk menjadikan viral terutama apabila diukur daripada reach dan impression.

Artikel terbaru

Leave a Reply