Superhero Dikagumi Kerana Sumbangan, Bukan Kuasa – Dr Azizan Osman

Nona Superhero

Kita mengagumi superhero kerana hasil kerja dan sumbanganya kepada masyarakat, bukan kerana kuasa yang dimiliki kata Mentor Usahawanan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

“Bukan pasal kuasa sebenarnya, semua orang boleh jadi superhero walau tidak memiliki kuasa untuk terbang.

“Jika dia boleh selamatkan orang, bantu mangsa bencana dan memberi kesan positif kepada kehidupan orang lain,” jelasnya.

Anugerah Nona Superhero

Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Nona Superhero yang membariskan lelaki-lelaki unggul menjadi pencetus revolusi Malaysia sepanjang 2021.

Dr Azizan yang menerima anugerah bagi kategori mentor usahawan turut merakamkan jutaan terima kasih kepada team Nona atas usaha mengiktiraf individu yang telah melakar kejayaan dan memberi sumbangan kepada masyarakat di dalam bidang masing-masing.

Anugerah pengiktirafan itu dibahagikan kepada 21 kategori meliputi pelbagai latar belakang dan kerjaya.

Perniagaan memberi manfaat

Mengulas lanjut, Dr Azizan berkata perniagaan yang dijalankan bukan untuk kepentingan diri semata-mata sebaliknya memberi manfaat kepada orang lain.

“Macam dulu, kita jalankan perniagaan hanya fikir untuk kita, sebenarnya bagaimana yang kita lakukan boleh memberi kesan postif dan manfaat kepada orang lain.

“Contohnya, pada tahun lalu, kita telah memberi sokongan kepada lebih 600,000 usahawan yang bergelut dengan situasi pandemik apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama hingga 3.0,” ujarnya.

Tambahnya, RichWorks memberi sokongan kepada bangsa usahawan dengan memberi kelas bimbingan dan rundingan secara percuma untuk memberi sokongan dan mengurangkan rasa beban yang mereka lalui.

Terima kasih atas doa dan sokongan

Sementara itu, Dr Azizan turut merakamkan ucapan penghargaan kepada team RichWorks dan semua pihak yang memberikan sokongan.

“Ini adalah penghargaan kepada RichWorks lebih daripada saya, saya tak boleh lakukan tanpa RichWorks sebagai barisan pertama yang memberi sokongan. Terima kasih kepada RichWorks, terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, mendoakan kami.

“Terima kasih kepada yang menyokong kami walau dalam jua situasi, sentiasa mendoakan kami. Saya juga sentiasa mendoakan anda semua dan anak-anak didik agar mencapai impian dan cita-cita masing-masing.

“Misi RichWorks adalah untuk membantu lebih ramai orang mencapai impian,” jelasnya lagi.

Anugerah Nona Superhero buat julung-julung kalinya mengiktiraf kecemerlangan dan prestasi lelaki ikonik di Malaysia itu merupakan kesinambungan daripada Nona Superwoman Award.

Sebelum ini, Dr Azizan pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Top 50 Marketing and Advertising Leaders di Dubai, Emirah Arab Bersatu (UAE) pada 2019 lalu.

Beliau merupakan anak Melayu tempatan pertama yang mendapat anugerah global Top 50 Marketing and Advertising Leaders sempena Persidangan Industri Pemasaran dan Pengiklanan Dunia, MADcon: Global Marketing Conference (MADcon Dubai 2019).

Penganugerahan berprestij yang diadakan di Dubai itu turut menyaksikan syarikat yang diasaskan oleh Dr Azizan menerima anugerah Top 100 Marketing and Advertising Companies.

Penganugerahan tersebut disifatkan antara kepujian tertinggi bagi industri pemasaran global, yang mana ia dinilai secara profesional oleh barisan juri antarabangsa dan Lembaga Penasihat MADcon yang terdiri daripada pakar industri terulung.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Nor Laili Binti Kaulan

    Saya sangat kagum dengan caea beliau membantu anak bangsa Melayu.
    Learning point
    1. Kita buat kebaikan bukan sekadar untuk diri sendiri, mestilah buat untuk memberi msnfaat kepada orang lain.
    2. Seseorang dipandang, dihormati, di puji bukan kerana kuasa tetapi kerana jasa/khidmat yang dilakukan
    3. Buat sesuatu mesti dengan sepenuh hati dan bersungguh sungguh

    • Team RichWorks

      Terima kasih kerana sudi kongsikan Learning Points yang bermanfaat. Kami doakan puan juga akan jadi Superhero untuk mereka yang memerlukan.

Leave a Reply