Anggun Cotton: Dari Bisnes Ala ‘Kemboja’ Jadi Empayar Kurung Cotton

Anggun Cotton: Dari Bisnes Ala ‘Kemboja’ Jadi Empayar Kurung Cotton

Jika lalu di lebuh raya dan berada di kawasan Senawang pasti anda akan nampak billboard Anggun Cotton Collection dengan slogan baju kurung selembut kapas digayakan duta Yana Samsudin.

Jenama Anggun Cotton Collection diusahakan oleh kata Mohd Shazrin Yahya bersama isterinya, Noraini Hanipah berserta adik ipar, Norafizah dan suaminya, Mohd Adzim Zakaria pada 2014.

“Pada waktu itu setiap minggu, Sabtu dan Ahad saya dan isteri beserta adik ipar, kami bertiga berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur untuk ambik stok pesanan pelanggan menerusi perniagaan yang kami usahakan di atas talian.

“Kami mula berniaga tanpa ilmu, main langgar je, jadi di situ memang banyak ‘roadblock’ yang terpaksa kami tempuhi,” ujar Mohd Shazrin.

Tambahnya, mereka juga pernah di label berniaga ala ‘Kemboja’.

Peristiwa itu berlaku ketika mereka berniaga di tingkat dua bangunan MARA, Seremban.

“Pegawai MARA itu kata, cara bisnes Anggun ala Kemboja, kain susun atas lantai sahaja tak sistematik.

“Maka mereka tak benarkan kami berniaga di tingkat bawah,” jelasnya.

100 pasang kain

Sementara itu, Norafizah atau lebih mesra dengan panggilan Fiza berkongsi mereka memulakan bisnes dengan hanya mengambil stok 100 pasang sahaja.

“Kami yang baru nak menapak, tentulah rasa terlalu banyak dengan jumlah ini. Nak habiskan stok ini ambil masa sampai berbulan-bulan.

“Bila jual secara online, hanya kawan-kawan yang membeli, cuba buka booth di hadapan sebuah bank, tiada siapa yang nak beli sampaikan pernah dihalau oleh peniaga lain.

“Nak dapat jualan satu pasang pun cukup susah,” kata Fiza.

Rekaan kilang dan rekaan sendiri

Apabila perniagaan semakin berkembang, mereka turut berdepan dengan cabaran lain.

Cabaran berdepan dengan pesaingn yang menggunakan rekaan sama.

“Pada peringkat awal kami terpaksa menerima rekaan kilang tetapi berdepan dengan pesaing yang terlalu ramai menggunakan rekaan yang sama,” katanya Mohd Adzim.

Sehubungan itu, mereka membuat keputusan untuk mengeluarkan rekaan sendiri.

“Kami gunakan hampir semua simpanan, ini titik tolak sama ada kami berjaya atau tidak, alhamdulillah mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan,” katanya.

Tetapi langit tak selalunya cerah, jualan yang rancak tiba-tiba semakin merosot.

Lebih laju tinggalkan pesaing

Shazrin memberitahu, pada ketika itu, mereka mula mengalah dan mengetepikan ego sendiri dan mula bermentor dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Kalau kita malu atau sombong untuk belajar ia akan kurang dan kita kena top up. Dalam bisnes banyak benda baru. Jangan rasa diri kita ni dah hebat sangat. Dah cukup pandai dah boleh buat sales juta-juta, kita pun tolak. Tak mau dah, aku boleh sendiri. Tak boleh, banyak tak tahu sebenarnya,” jelasnya.

Sementara itu, menyentuh mengenai pesaing.

Persaingan merupakan perkara biasa dalam pasaran, tetapi anda mahu melihat pesaing lebih kehadapan atau anda yang akan meninggalkan pesaing soal pengasas Anggun Legacy Global Sdn Bhd.

“Untuk berjaya kita perlu berlari lebih laju dan lebih kehadapan berbanding pesaing,”

Mohd Shazrin

Mahu terus berjaya dan tidak mahu  melanggar tembok dalam perniagaan mereka mengikuti program anjuran RichWorks dan Dr Azizan.

Semasa bersemuka dengan Dr. Azizan, beliau menggesa kami tidak fikir persaingan.

 “Awak sendiri yang kena betul-betul berlari, tinggalkan pesaing di belakang dan jangan sesekali berhenti kerana mungkin pesaing akan tetap berjaya dan pintas awak. Jadi, sebab itu beliau minta kami fokus kepada diri sendiri.

“Fokus kepada satu produk, bila kami fokus alhamdulillah ia berjaya, kami berjaya berada di mana kami berada sekarang,” jelasnya.

Anggun Cotton Collection

Hasilnya, pada 2021 Anggun Cotton meraih jualan RM36.3 juta dan mensasarkan RM60 juta pada tahun 2022.

Lebih membanggakan, Anggon Cotton Collection turut menerima anugerah seperti Best Brand E-Branding Award 2020 dalam fesyen baju kurung cotton dan Superbrands Malaysia’s Choice 2020.

Selain baju kurung, Anggun Cotton juga menawarkan blouse, suit, kaftan, kurta lelaki, kaftan dan telekung.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan produk anda boleh melayari laman sesawang www.angguncollection.com.

Artikel terbaru

Leave a Reply