Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib.

Kereta lumba F1 merupakan salah satu sukan terkenal dan termahal di dunia. Jika anda merupakan peminat tegar kepada sukan ini, anda mesti kenal dengan pelumba hebat bernama Michael Schumacher.

Ramai yang menganggap Schumacher berjaya kerana beliau berbakat semula jadi di dalam perlumbaan kereta F1. Ramai juga yang mengatakan beliau betul-betul ditemani oleh luck sepanjang kariernya sebagai pelumba F1 ini.

Jangan fikir kejayaan Michael Schumacher ini semudah luck yang diperkatakan oleh orang ramai ya!

Terdapat beberapa kisah menarik tentang beliau yang tidak diketahui oleh ramai orang. Kisah bagaimana beliau bertungkus lumus berusaha sehingga berjaya mencapai tahap kejayaan di dalam bidang kariernya sekarang.

Selain itu, bagaimana beliau menggunakan masa bernilai menuntut ilmu daripada orang berpengalaman dan menggunakan ilmu itu sebagai ‘booster’ untuk mencapai lebih banyak kejayaan di dunia F1. Dan juga kisah bagaimana beliau menjadi seorang leader dan pemangkin semangat bagi pasukannya.

Dipendekkan cerita… Michael Schumacher berjaya bukan disebabkan oleh luck, Michael Schumacher berjaya disebabkan beliau MENCIPTA LUCK sendiri. Ini baru dikatakan kejayaan yang sebenar.

Bagaimana beliau mencipta luck sendiri?

LUCK #1 : CARI ILMU & BERTINDAK

Beliau tahu rahsia sebenar kejayaan hidup. Rahsianya ialah “ILMU & TINDAKAN!” Beliau tidak pernah berhenti mencari ilmu, beliau sangat rajin menuntut ilmu dari mentor berpengalaman dan berjaya. Melalui ilmu yang ada, beliau mula mengaplikasikannya atau dalam bahasa mudah “bertindak” berpandukan ilmu yang yang diajar. Tindakan tanpa henti sehingga beliau berjaya mencapai KEJAYAAN LUAR BIASA yang berbeza dari kejayaan pelumba biasa-biasa.

LUCK #2 : JADI SEORANG PEMIMPIN YANG BAGUS

Beliau sentiasa memberi sokongan jitu kepada pasukannya. Beliau mengetuai pasukannya melalui teladan yang dipelajari. Sebagai contoh, Michael Schumacher kerap melawat kilang di Maranello semata-mata untuk ucap “TERIMA KASIH” kepada semua kakitangan pekerja di sana yang berusaha untuk membantunya untuk berjaya dalam setiap perlumbaan. Ini baru dikatakan pemimpin yang hebat dan humble (rendah diri).

LUCK #3 : BERIKAN INSPIRASI

Beliau sentiasa memberi galakkan positif kepada pasukannya. Beliau tidak pernah mengkritik dan mengherdik pasukannya sehingga boleh membawa kesan negatif terhadap prestasi kerja. Bagi beliau, cara terbaik untuk menegur pasukannya adalah dengan menjadi dan memberi inspirasi kepada mereka ini.

Michael Schumacher bekerja keras menjadi pelumba yang luar biasa hebat berbanding pelumba lain. Ini kerana setiap kejayaan beliau akan menjadi pemangkin semangat dan tenaga kepada para pasukannya. Kejayaan bukan untuk diri beliau sahaja. Kejayaan adalah untuk pasukannya, keluarganya dan peminatnya. Kejayaan yang menjadi inspirasi bagi orang lain.

LUCK #4 : BERFIKIRAN JAUH

Beliau tidak meletakkan diri beliau setaraf seperti pelumba biasa-biasa. Beliau meletakkan diri lebih hebat dari mereka. Beliau berfikiran jauh, sentiasa memikirkan strategi kejayaan yang bakal dicipta dalam masa 1 tahun, 5 tahun mahupun 10 tahun ke hadapan.

Apakah jenis kejayaan yang beliau ingin kecapi pada masa hadapan? Bagaimana beliau boleh mencapai kejayaan ini? Dan apakah persiapan yang perlu DIBUAT SEKARANG bagi mencapai kejayaan masa hadapan ini? Ini antara soalan yang sentiasa bermain di fikiran beliau. Bagi beliau, kejayaan masa hadapan berpunca dari TINDAKAN HARI INI.

LUCK #5 : “AFTER ALL, YOU CREATE YOUR OWN LUCK”

Ini merupakan kata-kata mutiara yang dikeluarkan dari mulut Michael Schumacher sendiri. Kalau seorang JUARA dah berkata “lagipun, anda mencipta luck anda sendiri”, ini bermakna luck boleh dicipta!

Kenapa anda perlu nantikan luck datang baru boleh capai kejayaan? Michael Schumacher berusaha dan bekerja keras untuk mencipta luck yang membawa kepada kejayaan dalam hidupnya.

Anda juga mempunyai kuasa untuk mencipta luck anda sendiri!

Bayangkan dunia bisnes adalah sama seperti perlumbaan F1. Anda tidak membuat apa-apa persediaan awal untuk berlumba di dunia bisnes. Anda terus masuk ke trek perlumbaan bisnes.

Di kiri kanan anda, kelihatan pelumba lain telah lama bersedia dari segi ilmu bisnes, kekuatan pasukan dan strategi pemasaran yang bakal menjadi ‘booster’ bisnes mereka.

Agak-agaknya anda boleh menduduki tempat pertama tak di dalam perlumbaan ini?

Artikel terbaru

Leave a Reply