Alexandr Wang, Billionaire Muda Di Usia 25 Tahun

Alexandr Wang, Billionaire Muda Di Usia 25 Tahun

Alexandr Wang, usahawan teknologi, pengasas dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Scale AI baru-baru ini telah menjadi tajuk utama global kerana telah menjadi self-made billionaire termuda di dunia pada usia 25 tahun.

Jadi siapa sebenarnya jutawan muda Asia-Amerika itu dan bagaimana dia memperoleh kekayaannya?

Jom kita lihat dengan lebih dekat lagi.

Wang memulakan pembelajarannya dalam bidang Matematik dan Sains Komputer di Massachusetts Institute for Technology (MIT). Pada musim panas selepas menamatkan tahun pertamanya di universiti New England yang berprestij, dia mula membangunkan Scale bersama rakan pakar teknologi muda, Lucy Guo.

Menurut Forbes, kedua-dua pengasas bersama itu bertemu semasa kedua-duanya bekerja di platform soal jawab iaitu Quora. Duo usahawan ini memulakan usaha niaga dengan mendapatkan pelaburan daripada Y Combinator.

Tahun lepas, syarikat Wang menerima pembiayaan pelaburan kira-kira AS$350 juta. Dengan sokongan kewangan ini yang mana ditambah pula dengan fakta bahawa Scale sudah menikmati hasil AS$100 juta, ia membuatkan nilai syarikat usahawan muda itu menjadi AS$7.3 bilion.

Terima kasih kepada satu peratus kepentingannya dalam syarikat itu, Forbes telah menganggarkan bahawa nilai bersihnya kini berjumlah AS$1 bilion. Situasi yang mengagumkan untuk seseorang yang berumur 25 tahun. 

Sebelum mencapai pengiktirafan sebagai self-made billionaire termuda, Wang telah pun disenaraikan dalam senarai ‘30 Under 30’ pada tahun 2018 oleh Forbes.

Senarai tahunan itu menampilkan usahawan muda, bintang, peneraju pemikiran dan minda yang cemerlang merentasi pelbagai industri dan bidang yang berbeza.

Wang dan pengasas bersama Scale iaitu Lucy Guo telah tercatat namanya dalam senarai yang dihormati dalam kategori Teknologi Perusahaan.

Teknologi syarikatnya digunakan oleh lebih daripada 300 syarikat

Seperti yang terkandung di laman web Scale, organisasi itu ditubuhkan bagi tujuan mempercepatkan pembangunan aplikasi AI.

Menurut majalah Fortune, Scale AI membantu perniagaan menangani penyediaan data yang diperlukan untuk melatih sistem AI. 

Sebagai syarikat terbesar dalam sektor ini, kegunaannya merangkumi pelbagai industri termasuklah daripada kerajaan dan kereta pandu sendiri, pemetaan, robotik, realiti maya dan ketenteraan.

Scale kini mendermakan teknologinya secara percuma untuk membantu menganalisis imej satelit kesan serangan Rusia dan kempen ketenteraan di Ukraine.

Seperti yang dikatakan Wang kepada Forbes, “Setiap industri menggunakan sejumlah besar data. Matlamat Scale adalah untuk membantu mereka membuka kunci potensi data dan meningkatkan perniagaan mereka dengan AI.”

Teknologi Scale begitu berjaya dan berharga sehingga perkhidmatannya yang mengagumkan telah digunakan oleh lebih daripada 300 syarikat dan organisasi. Beberapa nama besar yang menggunakan teknologi syarikat Wang termasuk General Motors, PayPal, Toyota, SAP, Lyft dan tentera Amerika.

Artikel terbaru

6 Comments

Leave a Reply