Ada Apa Dengan Personal Branding? Ikuti 5 Langkah Ini Untuk Bermula

personal branding

“Eh muka dia tu lah! Oh dia jual tu ke?”

Siapa DIA tu? Produk dah ada brand tersendiri tapi diri anda? Orang kenal ke siapa owner produk tersebut? Ada personal branding tak?

Cuba anda tengok di sepanjang lebuhraya dekat Malaysia ni. Tak kira la dalam perjalanan anda nak ke tempat kerja ke atau ke mana-mana la destinasi anda, perasaan tak kebanyakkan billboard sekarang bukan tunjuk produk sahaja tapi muka pengasas produk itu sendiri ada di situ.

Pelik kan kenapa mereka buat macam tu? Tu lah, kalau nak tau itu kiranya personal branding. Personal branding ni secara tak langsung dapat bantu dalam marketing business anda tau.

Tapi macam mana nak mulakan professional personal branding anda?

5 Langkah-Langkah Untuk Mulakan Personal Branding:

1) DAPATKAN ‘PROFESSIONAL HEADSHOT’

Bagi memulakan professional personal branding, anda memerlukan imej professional yang baru kerana ianya bermula dari imej.

Kalau anda seorang yang mahir dalam bidang fotografi, pastikan gambar anda mempunyai lighting yang bagus, angle yang betul dan senyuman yang menawan. Biar sedap sikit mata orang melihatnya.

Lagi bagus kalau anda upah orang yang mahir untuk anda dapatkan result yang berkualiti. Sekarang ni, orang kalau nak kenal anda mesti mereka akan tengok gambar anda kan?

Jadi gunakan imej yang professional sebagai profile picture anda.

2) SENANG DICARI DALAM WEBSITE

At some point dalam kerjaya anda, mesti akan ada orang Google tentang anda. Mungkin bukan sekarang tapi akan datang.

Anda dinasihatkan untuk gunakan nama sebenar anda dalam internet dan optimize profile media sosial anda untuk memudahkan proses pencarian.

Jangan sebab anda gunakan nama yang pelik-pelik dan ejaan yang susah, orang tak dapat search nama anda!

3) LATIH MENULIS

Nak menulis tu mudah je tapi nak menjadi seorang penulis tu bukan mudah. Jangan risau, anda tak perlu jadi seorang penulis yang handal pun.

Cukup la sekadar anda fikir dahulu sebelum menulis atau kongsikan apa-apa yang ada dalam fikiran anda untuk dikongsikan secara online.

Dari masa ke semasa, anda kena polish writing skills anda dari segi ejaan, penggunaan kosa kata dan fakta. Sekali anda dah klik publish, semua orang akan baca. Fikir dulu sebelum klik!

4) DIGITAL PRESENCE

Pastikan semua media sosial anda adalah up to date. Kalau anda nak orang ramai kenal anda, anda kena la tunjuk yang anda ni memang wujud.

Jangan la diam seribu batu tanpa apa-apa update di media sosial anda. Dengan hanya update status wish selamat pagi secara konsisten pun boleh buat orang ramai tahu yang anda ni masih aktif.

Lagi best kalau anda update daily routine anda dan business anda. Tak ada la orang ragu-ragu nak percaya anda lepas ni. Anda juga boleh buat live video di media sosial anda.

Kalau anda malas nak menulis atau kurang berbakat nak buat copywriting, guna je live video untuk berhubung dengan pelanggan anda. Boleh ke boleh?

5) KONGSIKAN PENGALAMAN

‘Every day is a learning process’. Jadi apa kata anda kongsikan apa yang anda dah lalui. Sebagai seorang usahawan mesti ada banyak cabaran yang anda pernah lalui.

Jadi apa kata anda kongsikan pengalaman suka atau duka anda kepada orang luar. Bukan bermaksud nak menunjuk-nunjuk tapi sekadar perkongsian agar mereka dapat belajar dari kesilapan yang pernah anda lakukan dan jadikan anda sebagai panduan untuk berjaya juga.

Tak rugi pun kongsi ilmu ni.

Artikel terbaru

Leave a Reply