Berbekalkan hanya 2 ke 3 strategi yang digunakan, Restoran Johan Seafood di Puchong bukan saja bertahan malah berjaya capai RM1 juta pertama mereka.
Menurut Tuan Alif Asraf Hashim, sebenarnya restoran itu sudah dibuka sejak 2008 oleh ibu mertuanya. Beliau meneruskan legasi bisnes itu dengan mengambil alih pada 2020.
Beliau sedar bahawa tidak berapa tahu macam mana nak menguruskan bisnes, maka memilih untuk mencari ilmu agar dapat mengembangkan lagi bisnes itu.
Seperti sedia maklum, sektor yang turut terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu ialah industri Food & Beverage (F&B).
“Apa-apa sekali bila ada datang cabaran kita kena tenang dulu. Sebab bila kita tak tenang, apa benda kita buat pun tak jadi.
“Silap-silap lebih teruk lagi langkah kita nak buat. Jadi dalam SPIRE ini, ada circle yang bagus, faham dalam berdepan apa-apa situasi dan cabaran.”
Tuan Alif Asraf Hashim
Di dalam Mentorship SPIRE terlalu banyak formula dan strategi yang Datuk Wira Dr Azizan Osman kongsikan, dan beliau hanya sempat guna 2 hingga 3 saja strategi tapi berikan impak dengan hasil luar biasa.
Apa rahsia kejayaan Tuan Alif?
Rahsia kejayaan beliau bukannya sebab utama menawarkan makanan yang mampu buat pelanggan rasa seolah-olah berada di Thailand.
Beliau ‘trust the process’ yang dilalui ketika dibimbing oleh MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Katanya, walaupun kadang-kadang kita rasa sudah cukup ilmu, tapi bila kita rasa nak berjaya dan berkembang harus anggap diri ibarat gelas kosong dan ready untuk terima seberapa banyak ilmu yang masuk.
Bukan seperti gelas yang penuh bila masuk saja ilmu dia akan mengalir macam itu sahaja.
“Mula bisnes ini ibarat bayi yang baru lahir, kena ada orang yang ajar dan bagi ilmu dekat kita agar kita tak salah jalan dan nampak apa yang bakal lalui. Sama macam dalam kehidupan juga.”
Tuan Alif Asraf Hashim
Beliau sentiasa ingat pesanan Datuk Wira Dr Azizan Osman agar menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain.
Sabda Nabi Muhammad SAW :
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).
Jadi dengan ini, beliau dapat bantu beri peluang pekerjaan, dapat beri zakat lebih setiap bulan hasil dari berniaga dan pasti dapat beri lebih kepada keluarga.
Kini telah 2 tahun berada di Mentorship SPIRE dan beliau percaya buat bisnes tak boleh buat seorang-seorang.
Bagi membina bisnes berjaya, usahawan perlukan ilmu, circle yang bagus dan MenThor yang dapat beri pandangan malah kepastian untuk sentiasa berkembang.
Bisnes perlukan MenThor yang boleh tegur apabila kita mula rasa selesa.