Simpan wang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Mula menyimpan RM1 setiap hari, sebulan jadi RM30, setahun RM360.
Menabung adalah satu amalan menyimpan sebahagian wang untuk kegunaan di masa depan.
Sebenarnya, banyak teknik menabung dengan cara mudah dan boleh dipraktikkan yang liat menyimpan wang dan nak korek tabung sahaja!
Dah jadi jutawan simpang wang lagi tak? Berjimat cermat lagi tak?
Pepatah Melayu kan ada menyebut, sediakan payung sebelum hujan yang bermaksud berwaspada sebelum ditimpa kesusahan.
Kami kongsi teknik menyimpan wang cara orang kaya yang boleh membantu semua individu menikmati kesenangan pada masa hadapan.
9 tips simpan wang cara orang kaya:
1. Tangguh pembelian
Mereka selalu tangguh sehari sebelum nak beli sesuatu. Tujuannya untuk melihat sama ada itu kehendak atau keperluan. Jika hari berikutnya masih tak rasa keperluan untuk beli mereka batal terus.
2. Elak berhutang
Belanja ikut kemampuan bukan keupayaan untuk berhutang.
Ukur tunai di dompet sendiri bukan dompet orang lain.
Walau pelbagai tawaran bayaran fleksibel, tanpa faedah dan pelbagai tawaran yang mempengaruhi anda, jadilah pengguna yang bijak.
3. Displin mengurus kewangan
Duit ini berhantu. Jadi kalau tak nak hidup dalam ketakutan kena ada displin yang kuat.
Sentiasa ikut 50/30/20 rules untuk berbelanja. 50% untuk belanja, 30% pelaburan diri manakala 20% simpanan masa hadapan.
Bukan tak boleh untuk reward diri sendiri, pada masa sama kita tetap kena beringat.
4. Pelaburan menaikkan pendapatan
Labur pada sesuatu yang boleh bantu naikkan pendapatan bukan naikkan imej!
Imej segak tapi pendapatan sengkek pun tak bermakna. Contoh pelaburan yang bagus ialah ilmu. Bila ilmu ada, duduk rumah pun boleh jana pendapatan.
Jika anda seorang suri rumah sekali pun, dengan ilmu anda boleh mendidik anak-anak dengan baik. Menguruskan rumah tangga dengan lebih sistematik.
Selain daripada itu, pelaburan seperti rumah dan emas kerana harganya meningkat bukan menyusut seperti kenderaan.
5. Keluar daripada zon selesa
Tak takut untuk keluar daripada “Zon Selesa” dan cabar diri buat sesuatu yang baru.
Ini cara orang kaya sentiasa upgrade hidup mereka.
Ini terbukti melalui kisah-kisah inspirasi anak didik Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri.
6. Bayar hutang dahulu
Hutang, bil dan komitmen selalu diutamakan sebelum berbelanja
Dapat gaji terus bayar hutang, bil dan komitmen. Ada baki baru fikir untuk belanja.
Belanja boleh tunggu, tapi hutang kalau tak bayar ada interest.
Daripada bayar jumlah sedia ada, dah kena bayar interest pula. Rugi sahaja!
7. Rancang pembelian
Orang kaya tak membeli ikut nafsu sebaliknya a membeli ikut perancangan.
Dari awal tahun lagi mereka dah rancang nak beli apa, kenapa nak beli, di mana nak beli dan masa bila nak beli.
Dah siap kalendar ‘sales’ setahun.
8. Simpan wang, kawal keinginan berbelanja
Boleh kawal keinginan untuk berbelanja. ‘Self-Control’ mereka tinggi sebab itu mereka boleh ada disiplin dan kawal keinginan untuk berbelanja walaupun duit banyak.
Jangan rambang mata selalu, cuci-cuci mata sahaja tak apa.
9. Work hard and play hard
Prinsip orang kaya tak ada istilah ada rezeki dapat kalau tak ada rezeki tak dapat.
Mereka melakukan sesuatu pekerjaan sungguh-sungguh, kalau main pun main sungguh sungguh.
Anda ada tak melakukan perkara di atas? Mari kita sama-sama periksa cara kita berbelanja.
Jangan membazir juga, membazirkan amalan syaitan.
Banyak manfaat daripada perbelanjaan yang bijak, bukan sahaja anda boleh tidur lena kerana tidak perlu memikirkan soal hutang malah jika berdepan dengan saat-saat kecemasan seperti waktu pandemik Covid-19 melanda anda mempunyai simpanan bagi berdepan situasi yang tak dijangka.
3 Comments
Learning Point yang sangat bagus. Apa2 disiplin paling utama, reward diri boleh tapi kena kerja keras dulu, ada lebih baru belanja. Pastikan kehendak atau keperluan yang perlu didahulukan. Berhutang pada yang memang perlu tapi dalam tempoh yang pendek agar interest tak tinggi. Contoh kediaman atau kenderaan.
Terima kasih, share yang sangat bermanfaat.
Point no 5 tiada sini
Terima kasih atas feedback anda. Team akan lakukan pembetulan segera. Maaf atas kesulitan.