9 Aspek Penting Bagi Usahawan

Jom tingkatkan potensi diri anda sebagai usahawan dari segi 9 aspek penting ini yang dapat buatkan anda berjaya bukan saja di dunia malah di akhirat kelak. InsyaAllah.

9 aspek penting bagi usahawan lakukan dan memilikinya :

1/ Kebahagiaan dengan benar-benar bersyukur, banyak memberi serta membahagiakan orang lain serta mencapai ketenangan jiwa dengan menjadi dekat denganNya

2/ Kekayaan – Kaya jiwa, kaya akhlak, kaya minda, kaya harta dan kewangan serta kaya dengan kasih sayang

3/ Menjadi seorang dermawan yang luar biasa

4/ Menjadi seorang yang sihat dan bertenaga

5/ Menjadi seorang yang kuat kerohanian dan perhubungan dengan Allah SWT, Rasul-Nya serta dekat dengan ibu bapa, suami/isteri atau keluarga

6/ Menjadi seorang yang penuh dengan kasih sayang

7/ Menjadi seorang yang bermanfaat kepada ramai orang lain

8/ Menjadi seorang yang menjadi inspirasi kepada ramai orang lain terutaman keluarga dan anak-anak

9/ Menjadi seorang yang kaya, berjaya dan diberkati dunia dan akhirat.

Perkara yang paling payah adalah untuk konsisten atau istiqamah di dalam setiap perkara. Cuba biasakan dengan aspek di atas ini agar ia menjadi satu tabiat dalam diri anda.

“Dunia adalah jambatan akhirat. Kita mahukan kebaikan dunia dan kebaikan akhirat di dalam mendapatkan cinta Allah SWT dan kekasih-Nya Rasulullah SAW. Allah SWT juga mengikut sangkaan hamba-Nya.

Semoga kita semua terus kaya, berjaya dan diberkati-Nya.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “9 Aspek Penting Bagi Usahawan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



Leave a Reply

logo richwell