8 idea bisnes di bulan Ramadan

Bulan Ramadan bakal tiba tak lama lagi. Pasti ramai yang dah mula membuat persiapan untuk menyambut bulan yang mulia ini. Ada juga yang lebih advance dah mula membuat persiapan Hari Raya. 

Eh, tak salah pun nak membuat persiapan awal. Bulan puasa nanti bolehlah fokus pada perkara lain yang lebih penting pula.

Pada yang mampu untuk membuat persiapan awal, Alhamdulillah. Tapi tak semua orang mampu. 

Mereka perlu mencari wang terlebih dahulu atau menunggu hari gaji di hujung bulan untuk memperoleh bajet persiapan. 

Sebab itu setiap kali tibanya bulan Ramadan, jumlah usahawan kecil yang berniaga semakin bertambah. 

Anda juga boleh turut berniaga untuk menambahkan pendapatan di bulan Ramadan. 

Tak tahu nak berniaga apa? Ini 9 idea dengan modal yang kecil dan bakal meletup jualannya di bulan Ramadan jika anda tahu teknik pemasaran yang betul.

1. Servis penghantaran makanan

Ada kenderaan, anda tak perlu dah nak fikirkan perniagaan apa yang anda boleh lakukan. 

Servis penghantaran makanan sangat diperlukan lebih-lebih lagi pada waktu sahur. Waktu pagi sebelum subuh lah orang paling malas nak siapkan makanan. 

Lebih mudah jika bangun tidur, sudah ada makanan yang terhidang. Terutama sekali bagi mereka yang masih bujang dan duduk jauh dari ibu bapa. Betul ke betul?

2. Air balang

Jalan-jalan di bazar Ramadan ketika sedang berpuasa, pasti kita menelan liur melihat pelbagai jenis dan warna air di dalam balang. 

Ditambah pula dengan ais dan wap air yang mengalir di luar balang, air sirap pun ramai berebut nak beli. Niat nak beli satu jenis tapi terbeli dua tiga jenis air.

Tahukah anda, modal untuk berniaga air balang tak besar seperti makanan. Jadi ini idea yang paling sesuai untuk anda yang nak berniaga di bazar Ramadan tanpa modal yang besar.

3. Juadah berbuka puasa

Selain air balang, ramai orang pasti akan mencari juadah berbuka di bazar Ramadan. 

Nampak mudah nak berniaga juadah berbuka puasa ni, tapi perlukan semangat yang tinggi dan cekal. Penat tau nak memasak setiap hari.

Jika juadah tersebut sedap dan betul cara pemasarannya, pasti ramai yang akan sanggup beratur panjang untuk dapat membeli dan menikmati juadah tersebut sewaktu berbuka puasa.

Tak perlu banyak, ada satu menu yang mampu buat pelanggan anda berulang datang untuk membeli pun dah cukup.

Description of the image

Sesi Business Coaching : Your 1ST Million or 10 Million telah dibuka! Daftar segera di disini.

4. Kuih raya

Sebelum raya lagi orang ramai dah mula tempah kuih raya. Takut-takut terlambat dan kuih yang menjadi pilihan habis pula. 

Tapi ingat, jangan ambil tempahan kuih raya sehingga tak menang tangan nak buat. Pastikan anda menjaga kualiti kuih raya yang anda jual. 

Barulah pelanggan akan ternanti-nanti untuk beli lagi kuih raya yang anda jual.

5. Hamper raya

Hamper sempena bulan puasa dan raya semakin mendapat tempat dalam masyarakat. 

Tujuan hamper ini adalah untuk memberi sebagai hadiah atau sedekah di samping mengeratkan silaturahim di kalangan keluarga dan juga rakan-rakan. 

Barang yang boleh dijadikan hamper seperti makanan sunnah, kuih raya, sampul raya, minuman berperisa kordial dan sebagainya. 

Pastikan barangan yang anda pilih sesuai dengan harga yang ditawarkan.

6. Kad ucapan

Kad ucapan raya semakin dilupakan? Walaupun zaman sekarang segalanya di hujung jari sahaja, namun masih ada orang yang mencari kad ucapan hari raya. 

Inilah masanya anda nak kembalikan kegemilangan suatu benda yang pernah menjadi medium mengeratkan silaturahim tak kira antara yang dekat dan jauh suatu ketika dahulu. 

Dengan marketing yang betul, pasti kad ucapan raya anda laris di pasaran bagai goreng pisang panas.

7. Baju dan tudung raya

Apa lagi yang lebih penting dari baju raya bila tibanya Syawal? Biar kuih raya tak ada, tapi baju raya mesti ada. Buat wanita, pastinya tudung satu kewajipan. 

Jika dulu, pasaran baju raya dimonopoli oleh usahawan yang pandai menjahit sahaja. 

Tapi hari ini, tak tahu menjahit bukan masalah utama. Yang penting ada produk yang anda nak tawarkan. 

Jika ada modal lebih, keluarkanlah baju raya jenama anda sendiri.

8. Sampul raya

Jangan terkejut sampul raya pun boleh dijadikan sebagai bisnes di bulan Ramadan. 

Percayalah, pasti ramai yang tercari-cari sampul raya yang unik untuk memberikan kelainan kepada duit raya yang bakal mereka beri. 

Dan ada juga pelanggan yang suka kumpulkan sampul raya sebagai hobi. Pilihan mereka pastinya sampul duit raya yang cantik dan unik.

Nak buat bisnes, tapi tak ada modal? Jangan risau!

Jika anda tak mampu nak keluarkan modal untuk memulakan bisnes, jadi sahaja agen dropship yang tak perlu ada tempat untuk simpan stok, tak perlu nak berjumpa dengan pelanggan, tak perlu nak buat penghantaran order dan sebagainya. 

Anda hanya perlu memasarkan produk anda dan pastikan ada pembeli. Tak ada pembeli, maka tak adalah komisen untuk anda.

Bila dah buat jualan yang menguntungkan, jangan lupa pula untuk bersedekah. 

Banyakkan beramal supaya rezeki yang anda perolehi lebih berkat. Lebih-lebih lagi di bulan yang suci ini.

Antara 9 idea ini, yang mana satu menjadi pilihan anda?

Artikel terbaru

7 Comments

  • Rogayah binti Yusop

    Alhamdulillah…. idea-idea yang dikongsikan sangat membantu saya dalam membuat pilihan untuk menambah pendapatan di bulan Ramadhan yang hampir tiba. Terima kasih kepada Richworks

  • mohd azammi mohamad

    Terima kasih Dato,Team..idea2 yg menarik..Thorrbaeekk

  • Kini, servis penghantaran barang sudah menjadi salah satu perkhidmatan yang sangat penting di Malaysia disebabkan oleh kemudahan dan fleksibiliti yang ditawarkan.

    Namun, sudah pasti terdapat beberapa isu berkenaan dengan penghantaran seperti kehilangan penghantaran, kelewatan, kos yang tinggi dan sebagainya.

    Atasi masalah-masalah tersebut dengan MatDespatch!

    Kenapa MatDespatch dan bukan servis penghantaran barang yang lain? Nak tahu? Jom teruskan membaca!

  • Alhamdullillah Insyallah, hamper raya dan sticker jadi pilihan 😍

Leave a Reply