7 Sebab Kenapa Mentor Penting Dalam Bisnes

7 Sebab Kenapa Mentor Penting Dalam Bisnes

Pasti anda sedia maklum, di RichWorks ada menyediakan program pementoran untuk usahawan dalam kalangan Titanium dan juga Spire. 

Mentorship adalah program bimbingan yang memberi banyak faedah di samping membantu pelajari perkara baharu, membina rangkaian anda dan berkembang sebagai seorang yang lebih profesional. 

Di dalam program pementoran Titanium dan juga Spire, sudah pasti Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang menjadi mentor anda.

Apa itu mentor?

Mentor adalah seseorang yang bertindak sebagai penasihat kepada individu yang kurang berpengalaman dalam sesuatu perkara. 

Ia bukan terhad kepada bisnes sahaja, tetapi dalam semua perkara yang anda ingin capai. Biasanya kita akan mencari mentor yang pakar di dalam bidang yang kita ingini. 

Sebagai seorang usahawan, sudah pasti anda nak mencari mentor yang dapat membantu anda untuk mengembangkan bisnes ke tahap yang tinggi.

Mentor inilah yang akan membantu kita untuk berkembang menjadi seorang yang profesional. 

Mereka tidak akan lokek dengan ilmu pengetahuan serta perkongsian pengalaman diri sendiri. 

Hubungan mentor boleh dibina melalui rangkaian, hubungan peribadi mahupun program bimbingan yang formal seperti Titanium dan juga Spire di RichWorks.

7 kepentingan mentor

1. Untuk menyokong pertumbuhan usahawan

Seorang mentor boleh membantu menetapkan fokus kita pada matlamat yang ingin dicapai dan memberi maklum balas tentang proses ke arah matlamat tersebut. 

Dengan pengetahuan dan pengalaman, mentor dapat bantu melatih dan mencipta tenaga kerja yang berkualiti tinggi serta produktif. 

2. Berfungsi sebagai sumber ilmu

Dengan ilmu, mentor senantiasa mampu untuk memberikan pandangan dan maklumat khusus yang membolehkan kejayaan anda. 

Kita boleh mendapatkan manfaat dengan ilmu mereka kerana ia membantu kita untuk menjadi selesa dengan lebih cepat. 

Mentor boleh membantu seseorang memulakan perniagaan serta belajar cara membangunkan rancangan perniagaan dan belanjawan awal.

3. Bantu tetapkan matlamat

Untuk menetapkan matlamat yang berkesan, mereka boleh mencipta matlamat khusus yang boleh dicapai dan relevan untuk mentee. 

Matlamat ini boleh membantu memfokuskan usaha kita dan memudahkan mentor untuk mengesan dan menilai proses kemajuan kita.

Seorang mentor membantu untuk pastikan mentee mereka bertanggungjawab untuk capai matlamat dan kekal fokus berada di landasan yang betul. 

Selalunya apabila mentor beri yang terbaik, mentee akan berusaha untuk tidak mengecewakan mentor dengan kegagalan untuk capai matlamat.

4. Memberi galakan

Apabila kita menghadapi cabaran, kita boleh merujuk kepada mentor untuk mendapatkan sokongan serta nasihat untuk mendorong kita  terus maju walaupun menghadapi pelbagai cabaran. 

Sebagai mentor, mereka boleh kenal pasti dan nyatakan apa kekuatan kita untuk memberi lebih keyakinan. 

Mempunyai rasa yakin yang kuat akan menjadikan kita lebih bersemangat dan tidak berputus asa untuk capai matlamat.

5. Sedia mendengar tentang yang baik atau buruk

Jika ada sebarang idea, kongsi idea tersebut untuk dibincangkan bersama mentor kerana mentor boleh boleh memberikan pendapat yang tidak berat sebelah dengan pengetahuan serta pengalaman yang dimiliki. 

Dengan ini lebih mudah untuk kita nampak jalan yang lebih jelas untuk melaksanakan idea tadi. Selain itu, mentor selalunya sedia mendengar masalah lain seperti konflik di pejabat mahupun masalah peribadi.

6. Memberikan maklum balas yang membina

Maklum balas yang jujur penting untuk perkembangan seorang usahawan. 

Dengan mewujudkan kepercayaan, mentee pasti memahami bahawa kritikan yang membina adalah bertujuan untuk membina hubungan profesional dan bukannya membuat mereka merasa teruk. 

Mentor mengenal pasti kelemahan dan beri pandangan untuk menambah baik segala kekurangan.

7. Mempunyai pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang

Untuk memilih mentor, kita perlu pilih mentor yang mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan kerjaya atau matlamat yang kita nak capai. 

Ambil pengalaman ini untuk berusaha ke arah kejayaan dengan meniru langkah kejayaan mereka. 

Mentor juga berkongsi tentang kesilapan mereka yang boleh kita elakkan. Mempelajari tentang pengalaman ini membantu kita untuk menghadapi cabaran yang sedang kita hadapi.

Pilih siapa mentor anda

Kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk menjadi mentor. Tapi pastikan mentor yang kita pilih mempunyai hasil yang terbukti berjaya di dalam bidang yang kita mahukan kejayaan.

Artikel terbaru

1 Comment

  • Membina sesebuah bsns Di sebab kan ada mentor, kita perlu memilih mentor yg ada result, perlunya mentor boleh melihat perkembangan bsns kita Dan
    menhtor kongsi pengalaman dimane kesilapan tidak berulang, mewujudkan kepercayaan Dan memahami ikritikan yg membina Dan mmbantu kita hadapi Cabaran Dan bukan merasa diri lbh terok. Yang membantu kita hadapi Cabaran yg sedang kita hadapi.

Leave a Reply