8 Buku Terbitan RichWorks Tentang Ilmu Keusahawanan

8 Buku Terbitan RichWorks Tentang Ilmu Keusahawanan

Hari cuti dan masa terluang, biasanya orang ramai menghabiskan masa untuk membuat perkara yang digemari atau mungkin… tidur. 

Tidak kira apa sahaja aktiviti harian anda, luangkan sedikit masa untuk membaca kerana membaca itu merupakan jambatan ilmu. Pilihan bahan bacaan sudah tentu karya-karya yang menarik dan berilmu. 

Ini adalah  8 buku terbitan RichWorks tentang ilmu keusahawanan yang sesuai untuk bacaan anda serta usahawan di luar sana.

1. 25 Formula Hidup Luar Biasa

Asraff Ayob & Datuk Wira Dr Azizan Osman

Buku yang penuh dengan formula dan inspirasi untuk hidup luar biasa. 

Anda akan terinspirasi dengan pelbagai kisah dari 25 Formula Hidup Luar Biasa yang akan bantu menjawab segala persoalan hidup yang selama ini menghantui anda.

Kenapa kita dah cuba buat sesuatu berkali-kali tetapi masih tak berjaya, seolah-olah terhalang untuk mencapai kejayaan yang lebih besar? 

Kenapa hati sering runsing  dan kurang bahagia walaupun dah capai segalanya seolah-olah ada sesuatu yang tak cukup?

Semua formula ini merupakan ‘rahsia dalam rahsia’ yang dikumpulkan hasil pengamatan dari prinsip dan cara hidup manusia luar biasa. 

2. Mudahnya Berniaga: Dari Kosong Menjadi Jutawan

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Dalam buku Mudahnya Berniaga, penulis berkongsi langkah demi langkah memulakan perniagaan sehingga berjaya berdasarkan pengalaman beliau sendiri dalam perniagaan serta membina ramai usahawan yang memulakan perniagaan dari kosong tanpa modal sehingga mampu mencecah tahap jualan jutaan ringgit setahun. 

Perkongsian beliau lebih praktikal dan mudah diaplikasikan oleh sesiapa yang komited bertindak.

Buku ini juga sesuai untuk anda yang telah lama berniaga selain daripada mereka yang baru ingin memulakan perniagaan tanpa ilmu dan pengalaman.

3. Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Matlamat buku Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan ini adalah untuk memberikan jalan penyelesaian kepada para usahawan dan bakal usahawan untuk menguasai pemasaran. 

Awas, membaca buku ini ibarat mencuri rahsia emas para jutawan dengan cara yang halal.

Ia adalah maklumat yang dikongsikan oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman, individu yang berpengalaman selama hampir 20 tahun dalam bidang perniagaan, mempunyai pelbagai jenis bisnes sehingga hari ini. 

Beliau cukup dikenali sebagai Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No. 1 Asia.

4. Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Tujuan buku ini diterbitkan adalah untuk membantu lebih ramai orang berjaya mencapai matlamat hidup. 

Kita hidup di dalam zaman di mana kejayaan mencapai cita-cita itu adalah suatu kemestian. Dan anda juga mesti berjaya.

Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya menggariskan sebab-sebab yang menghalang anda dari mencapai kejayaan dan tip-tip serta formula-formula yang dapat membantu membangkitkan semangat anda yang selama ini asyik gagal sahaja. 

Fikirkan apa matlamat hidup anda. Adakah anda dah cukup membantu ibu bapa dan ahli keluarga? Adakah anda sudah puas memberi kepada insan-insan yang susah di luar sana?

5. 100 Usahawan Jutawan: Satu Misi Bantu The Nation

Buku ini adalah satu hadiah yang bernilai untuk anda dan usahawan lain di mana 100 kisah usahawan berjaya kelahiran RichWorks dihimpunkan dalam satu buku. 

Mereka datang dari 20 industri yang berbeza seperti bidang makanan, kecantikan, kesihatan, perkhidmatan, retail, profesional, pakaian dan banyak lagi agar mudah untuk anda mengambil kisah mereka. 

Bina semangat untuk terus berjaya melalui kisah sebenar, kesukaran sebenar dan kejayaan yang sebenar.

100 usahawan berkongsi apa yang mereka lakukan betul, berkongsi nasihat, tips dan strategi. Buku ini adalah rujukan lengkap untuk anda jadikan pencetus semangat dan inspirasi.

6. Perjalanan Satu Juta Pertama

Jika buku 100 Usahawan Jutawan berkongsikan kisah kejayaan para Titanium RichWorks, Perjalanan Satu Juta Pertama pula menghimpunkan kisah sebahagian daripada usahawan jutawan yang dibina dan dilahirkan melalui pementoran Spire sejak Oktober 2018.

Bukan itu sahaja, kisah mereka yang sedang berada dalam Spire juga ditampilkan sebagai inspirasi dan kejayaan. 

Semoga kisah perjalanan mereka ini dalam mencapai sasaran masing-masing terutama RM1 juta pertama mahupun perkembangan dalam pelbagai aspek bisnes malah kehidupan dapat dijadikan iktibar. 

Banyak kunci-kunci kejayaan dan perkara betul yang dilakukan 30 usahawan yang ditampilkan ini boleh diambil dan diguna pakai bangsa usahawan di luar sana. 

Tiada yang mustahil, untuk mencapai RM1 juta pertama dalam bisnes dijalankan kerana bukti-bukti berada di depan mata anda.

7. Bangkit Bisnes Dari Krisis

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Belajar dari guru yang betul adalah antara kaedah yang dapat membantu mereka berjaya. Apatah lagi jika guru yang dipilih itu benar-benar berpengalaman dan terbukti berkesan. 

Mereka akan dapat belajar hasil pengalaman yang pernah dilalui oleh orang lain dan mengurangkan risiko untuk mereka berdepan cabaran atau masalah yang sama.

Hari ini ada ramai guru-guru bisnes yang wujud di pasaran, namun untuk mencari guru yang betul, tanya diri anda jika mereka ada ‘value’ atau nilai yang boleh dibanggakan? 

Adakah mereka ini cukup kepakaran untuk membimbing dan membina usahawan sehingga berjaya?

8. Zero Kos Marketing

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Anda mungkin memiliki perniagaan yang kecil. Walaupun perniagaan kecil, anda tetap perlu melakukan aktiviti pemasaran produk dan perkhidmatan anda bagi mewujudkan diri anda di pasaran dan di hadapan pesaing perniagaan. 

Sebelum wujudnya internet, perniagaan kecil hanya mempunyai beberapa cara untuk memasarkan produk mereka pada kos yang murah seperti cetak flyers atau menjadi penaja bagi program tempatan. 

Kini terdapat pelbagai peluang di internet, anda hanya perlu tahu di mana hendak mencarinya.

Ini merupakan sebuah buku yang akan membongkarkan strategi serta cara-cara yang telah terbukti berkesan bagi mempromosikan perniagaan anda secara online pada kos harga zero!

Ada sesiapa yang dah baca 8 buku terbitan RichWorks ini? Yang mana satu jadi pilihan bacaan anda?

Artikel terbaru

Leave a Reply