7 Kekayaan Tanda Kejayaan

7 Kekayaan Tanda Kejayaan

Semua orang dalam dunia ini perlu berjaya kerana tak ada orang yang akan membantu kita selamanya jika bukan diri kita sendiri. 

Untuk berjaya, kita perlu lakukan sesuatu yang sedang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya. 

Apabila kita ada cita-cita untuk berjaya, ia menjadi suntikan semangat untuk kita menjalani hidup setiap hari. 

Apa akan jadi jika kita tiada langsung keinginan untuk capai sesuatu? Pasti membosankan. Hidup kita akan menjadi lebih indah jika kita berjaya melakarkan kejayaan-kejayaan yang baharu sepanjang kehidupan. 

Setiap kejayaan ini adalah pengalaman yang kita lalui dan bakal diceritakan kepada anak cucu suatu masa nanti.

Kejayaan dimulai dengan cita-cita

Orang yang tak nak mencipta kejayaan adalah orang yang tiada cita-cita selain meneruskan kehidupan harian dan ia akan jadi membosankan kerana tiada cabaran-cabaran baharu yang perlu ditempuhi. 

Setiap tindakan kita dalam usaha untuk mencapai impian akan membawa kita ke tahap yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Segala tindakan inilah yang akan mencorakkan indahnya sebuah kehidupan.

Kejayaan sebenarnya adalah proses dalam sebuah kehidupan. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. 

Cuba lihat di sekeliling anda, berapa ramai orang yang anda kenali sudah berjaya dalam hidup mereka? 

Takkan mereka sahaja yang nak berjaya, kita juga perlu berjaya untuk masa kini dan masa depan yang terjamin. 

Ramai orang mengimpikan kejayaan dari segi kekayaan kerana kejayaan ini adalah jalan penyelesaian kepada kebanyakan masalah dalam kehidupan. 

Setiap orang perlu memiliki kekayaan-kekayaan ini  kerana ianya mampu memberi manfaat kepada diri kita dan orang lain.

7 jenis kekayaan

1. Kesihatan yang baik

Kekayaan ini menjadikan kita lebih sihat dan bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian. Kesihatan yang baik membolehkan kita melakukan banyak perkara baik yang lain seperti beribadah dengan sempurna, membantu orang lain, melakukan aktiviti yang digemari dan macam-macam lagi. 

2. Harta benda yang baik

Mempunyai harta benda yang baik membolehkan kita membuat pahala yang berterusan walaupun kita sudah tiada di dunia ini. Bagaimana pula boleh jadi begitu? 

Kekayaan dari segi harta benda membolehkan kita memberi bantuan dari segi material kepada mereka yang memerlukan. 

Cuba bayangkan anda mempunyai harta berupa sebuah rumah, dan anda mewakafkan rumah tersebut sebagai pusat pengajian tahfiz. Rumah itu akan kekal sebagai pusat tahfiz dan anda dapat mengumpul pahala yang percuma. 

3. Kewangan yang baik

Wang yang banyak bukan penyelesaian kepada semua masalah jika ianya tidak digunakan ke arah yang betul. 

Kewangan yang baik bermaksud kewangan tersebut datang daripada sumber yang halal. Apabila ia datang dari sumber yang halal dan diredhai Allah SWT, ia akan bertambah dengan lebih banyak lagi. 

Dengan wang yang banyak, kita mampu untuk bersedekah tanpa had. Tak akan miskin seseorang itu dengan bersedekah. 

Tak mengapa jika anda tak nak wang yang banyak, sedekahkan semua wang anda. Tinggalkan jumlah yang anda perlukan sahaja. Selesai satu masalah.

4. Masa yang banyak

Ada wang, ada harta, ada kesihatan yang baik ditambah pula dengan masa yang banyak, kita boleh melakukan banyak aktiviti yang bermanfaat terutama sekali bersama keluarga yang tersayang. 

Bukankah ini suatu nikmat dunia yang diimpikan? Apa gunanya harta yang banyak jika kita tiada masa untuk menikmatinya. Betul ke betul?

5. Perhubungan yang baik

Ramai orang yang hidupnya mewah tetapi mereka mengalami tekanan kerana hidup mereka kosong. Ada harta tetapi tiada orang yang rapat untuk dikongsi bersama. 

Sewaktu orang nak dekat, dia menjauh. Bila orang dah jauh, dia tinggal seorang. Bukankah rugi hidup seperti ini?

6. Ilmu yang baik

Tanpa ilmu, kekayaan wang dan harta boleh hilang dalam sekelip mata. Ilmu yang baik perlu dituntut dari orang yang terbukti berilmu, bukan dari orang yang mengaku ada ilmu tetapi kosong pengetahuannya. 

Bila kita kaya dengan ilmu, kita akan dihormati. Sama seperti guru di sekolah yang dihormati oleh semua orang. 

Kalau perlu, tak salah keluarkan modal sedikit untuk menimba ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dan kerjaya kita.

7. Kolam jiwa yang bersih

Kolam jiwa merujuk kepada hati. Hati ini pula bukan merujuk kepada organ hati, tetapi perasaan. Segala apa yang kita fikir di otak akan bertukar menjadi perasaan dalam hati. 

Jika organ yang sakit, boleh diubati. Jika perasaan yang sakit, di mana nak cari ubatnya? 

Kekayaan kolam jiwa diperoleh dengan hati yang bersih yang membuat kita merasa aman dan tenang. Kolam jiwa yang bersih akan menarik segala kebaikan mendekati kita.

Matlamat mencapai kejayaan

Setiap orang pasti mengimpikan semua atau sekurang-kurangnya salah satu kekayaan di atas. Mereka yang ada impian yang besar, itulah orang yang akan berjaya jika disusuli dengan usaha, doa dan tawakal.

Artikel terbaru

1 Comment

  • norita

    Terima kasih atas sharing👍💕Kolam jiwa tu yang perlu sentiasa dibersihkan agar positif vibe boleh mengerakkan jasmani manakali ilmu yang betul dapat menguatkan rohani. In Shaa Allah

Leave a Reply