7 Cara Untuk Bantu Usahawan Berhenti Beri Alasan!

7 Cara Untuk Bantu Usahawan Berhenti Beri Alasan!

Manusia sering memberi alasan kerana ini adalah tindak balas semula jadi manusia. Kita bersosial dan kita mengambil berat tentang pendapat orang lain dan sering cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. 

Apabila timbul ketidakselesaan dalam perbualan dan perbuatan, kita mula mencari alasan untuk mengelakkan tanggungjawab

Buat masa ini kita mungkin berasa lega, namun dalam jangka masa yang panjang kita akan mula rasa tertekan. 

Usahawan baru atau lama, kita semua adalah manusia biasa yang tak lari dari memberi alasan. Jika ia sudah mula mengganggu bisnes dan manghalang matlamat anda, sudah masanya untuk belajar cara untuk berhenti memberi alasan.

Kenapa wujud alasan?

1. Ketakutan

Ketakutan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada impian, tapi takut gagal. Nak kuruskan badan tapi tak berjaya, takut kena kecam terus bagi pelbagai alasan. Belajar tak dapat keputusan yang cemerlang, mula mencari alasan kerana takut mak ayah marah.

Macam-macam alasan akan wujud bila ketakutan. Bukan mudah nak berhenti memberi alasan jika ketakutan, namun ada caranya jika diusahakan.

2. Ketidakpastian

Dalam setiap apa yang kita ingin lakukan, sudah pasti kita memerlukan kepastian. Kita pasti mencari sesuatu yang yang kita tahu bakal membuahkan hasil yang menggembirakan. 

Kerana inilah ramai usahawan mahu kekal di dalam zon selesa yang kita dah tahu kita tak akan menjalani kehidupan bisnes yang sukar. 

Apabila kita berada di dalam situasi yang tidak pasti, otak kita akan mencari alasan agar dapat menangani ketidakpastian ini.

3. Tak ada tujuan

Orang yang sering memberi alasan juga dianggap sebagai malas, tidak bersemangat dan tidak menemui apa tujuan mereka. 

Mereka tak ada matlamat yang memberi inspirasi kepada mereka. Fokus mencari minat dan menjalani kehidupan kerjaya yang lebih bermakna dan menguntungkan.

Bagaimana untuk berhenti memberi alasan?

1. Bertanggungjawab

Pernah dengar ayat “masa lalu tidak sama dengan masa depan melainkan anda tinggal di sana”? 

Tidak kira apa sahaja yang telah berlaku pada masa lalu kita, masa depan kita bergantung kepada keputusan yang diambil pada hari ini. 

Tanggungjawab kita untuk buat keputusan yang menentukan kejayaan masa depan. Langkah perama untuk berhenti beri alasan adalah dengan menyedari bahawa nasib kita adalah atas tanggungjawab sendiri.

2. Cari tahu apa yang menghalang

Usahawan yang banyak memberi alasan mungkin mempunyai kepercayaan yang terhad dan menghalang perkembangan kejayaan bisnes mereka. 

Apa kepercayaan yang menghalang bisnes anda? Jika kita percaya kita tidak mampu untuk berjaya atau tak mampu nak atasi kegagalan, kita akan terus mencari alasan daripada mengejar apa yang kita impikan.

3. Ubah perjalanan cerita anda

Sebaik sahaja kenal pasti kepercayaan yang menghalang kejayaan, kita boleh menukar cerita tersebut kepada cerita yang lebih baik dan berhenti dari memberi alasan. 

Kenal pasti kata-kata yang negatif dan tukar menjadi positif agar membakar semangat untuk buat yang lebih baik.  

Apabila kita telah berjaya mengubah kata-kata dan perjalanan cerita kita, hidup kita juga akan berubah.

4. Kenal pasti pengajaran

Usahawan yang suka beralasan tidak peduli dengan kesalahan yang dilakukan kerana pasti akan ada sahaja alasan yang dapat dicipta. 

Mereka akan menyalahkan orang lain, situasi, pekerja dan sebagainya daripada belajar daripada kesilapan yang lepas. 

Orang yang berjaya pasti akan mencari pengajaran dalam kesilapan yang dilakukan agar dapat tambah baik kejayaan di masa hadapan.

5. Berhenti berfikir keterlaluan

Ciri utama seorang pemimpin yang hebat adalah berkeupayaan untuk membuat keputusan yang sukar untuk bisnes dan juga kehidupan. 

Tetapi hari ini, ramai yang suka beri alasan kerana tidak yakin boleh menjayakan kesukaran tersebut. Berhenti terlalu memikirkan masalah, buat tindakan sekarang membolehkan kita berhenti memberi alasan.

6. Tetapkan matlamat

Menetapkan matlamat adalah langkah pertama dalam mengubah apa yang kita tak nampak menjadi nampak. 

Bekerja ke arah matlamat akan memaksa kita untuk berhenti mencari alasan dan mula mencipta masa depan yang lebih menarik. Mulakan dengan matlamat yang kecil dan diikuti dengan matlamat yang lebih besar. 

7. Dapatkan sokongan

Kunci untuk berhenti membuat alasan adalah dengan mempertanggungjawabkan diri anda untuk tindakan anda. 

Nak merealisasikannya tidak mudah, dapatkan sokongan daripada orang penting dan kita percayai. 

Nak lebih baik lagi? Cari mentor dan sertai circle yang mempunyai pengalaman dan latihan yang diperlukan untuk memastikan kita bertanggungjawab dan produktif.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply